Wednesday, September 22, 2010

Wali dari Bangi (Dialog dengan karkun sejuk)

Kopiah karkun yang semakin menjadi trend
Masa kitorang keluar 3 hari kat somewhere, abang karkun dan aku ditugaskan untuk menziarahi seorang karkun sejuk. Karkun ialah orang yang pernah keluar Tabligh, minimum 72jam (3 hari x 24 jam). Bila dah bergelar karkun, biasanya orang itu akan aktif dalam aktiviti tabligh yang memang sentiasa busy (maklumlah, dunia akhir zaman). Namun, ramai juga karkun yang terpedaya dengan rakan-rakan, desakan family, gaya hidup moden, blog dan macam-macam lagi dan mengakibatkan mereka jauh dari terus AKTIF menjalankan usaha dakwah. Dan mereka inilah yang dipanggil karkun sejuk. Dan kepada yang dah sejuk, golongan yang masih panas MESTI pergi jumpa mereka kembali untuk memahami apa masalah mereka agar usaha dakwah itu dapat diperkemaskan.

"Assalamualaikummm" salam abang karkun. Aku mengesat peluh di dahiku. Maklumlah, tak biasa lagi ke hulu-ke hilir pakai serban...Abang karkun memberi salam lagi:
"Assalamualaikummm". Senyap. Takde orang kot? Ada sedikit rasa kesyukuran dalam hatiku yang kotor ini.

"Wa'alaikumussalamm" jawab orang dalam rumah. Aisehhh. Melepaslah aku nak balik masjid awal dan menyambung program membuta di tengahari, bisik setan dalam hatiku. Aku melempang setan itu dan dia diam kembali. Kelihatan seorang lelaki berketayap tabligh membuka pintu dan menyambut kami. Lawa baju Raya dia.

"Selamat Hari Raya" ucap abang karkun lagi. Dia menghulurkan tangannya nak bersalaman dengan mamat tu. Mamat tu menyambut salam abang karkun sambil tersenyum tersipu-sipu.

Siswa UNP (dicuri dari blog ustaz Hambali)
"Selamat Hari Raya. Jemputlah masuk" pelawa mamat tu. Selepas mamat tu menyuruh anak-anak pompuannya mengosongkan ruang tamu, barulah kami bertiga masuk ke dalam rumah. Kami dipelawa untuk duduk dan mamat tu meminta diri untuk ke dapur untuk bawa minuman. Aku cuba sedaya upaya aku untuk tidak terkesan dengan keadaan rumah dan kelibat anak pompuan mamat tu yang cantik. Terinspirasi jugaklah aku sekejap. Abang karkun langsung tak lari fokus. Dia kelihatan berkerut. Aku tau dia mesti tengah baca pikiran aku...Sedaya upaya aku cuba membayangkan kertas A4 yang kosong...

"Buat susah-susah" kata abang karkun tiba-tiba. Mamat tadi kembali ke ruang tamu membawa minuman. Aku menyambut tray minuman dan membantu menghidangkan air. Maklumlah, aku ni budak baru lagi. Kenalah banyakkan khidmat. Lagipun, dapat gak aku promo diri aku kat bakal bapak mentua ni. Aku macam rasa anak pompuan dia mengushar aku jer. Rasa segak pulak berserban ni. Aku lempang pipi aku sendiri. Abang karkun dan mamat tu tergelak melihat gelagat aku. Mesti diorang pun pernah kena bisikan cam aku sekarang ni...

"Apa susahnya. Tetamu istimewa datang, kenalah layanan istimewa juga. Lagipun Raya" jawab mamat tu. Tak lekang wajahnya dengan senyuman.

"Apa kabar sekarang, sheikh?" mula abang karkun. Mamat tadi tersipu-sipu. Dia hanya terdiam. Aku mengushar balang kueh Raya yang mengandungi kueh yang gempak. Aku cari almond london, aku cari kueh batang buruk. Yes! Dua-dua ada. Aku melengahkan kehendak nafsuku dengan meneguk minumanku.
Kueh batang buruk
"Camnilah banggg...Kejap pasang, kejap surut" jawab mamat tu. Dia duduk bersandar di kusyennya. Abang karkun senyum. Aku sedang merangka nak makan kueh mana dulu. Batang buruk kah? Atau Almond london kah?

"Samalah kita. Cumanya, harini hari awak. Esok lusa mungkin hari saya pula" kata abang karkun lagi.

"Yang pentingnya, usaha tegur-menegur, ingat memperingati itu perlu diteruskan..." abang karkun menyambung.

"..Itulah kita, insan" sambung mamat tu pula.

"Kat sini ghash hari apa? Dulu massa aku keluar kat sini kalau tak silap, hari Selasa, kan?" pancing abang karkun. Aku tau dia sedang menguji mamat tu nak tengok mamat tu ambik tau ke idak tentang usaha tempatan. Mamat tu berkerut macam memikirkan sesuatu.

"Dah tukar rasanya. Dulu buat hari Isnin. Tapi jemaah ramai yang takboleh nak commit, jadi program ghash tempatan ditukar ke hari Jumaat. Ghash lepas Maghrib dan bayan lepas Isya'" jawab mamat tu. OK. Lulus ujian pertama. Aku tau ni...

"Oh, gituu. Patutlah harini lengang jer" kata abang karkun pula. Mamat tu tersenyum. Abang karkun meneguk minumannya pula. Dia membuka balang berisi kerepek pisang dan mengambil sekeping. Sekeping tu dia patah duakan dan salah satunya dia berikan padaku. Adab makan pisang tetap diamalkan walaupun pisang dah bertukar menjadi kerepek. Aku menyambut kepingan itu, tapi matahati aku masih berlegar antara kueh batang buruk atau biskut coklat. Berkerap-kerup bunyi kerepek dikunyah dalam mulut kami.

Muak la pulak

"Haritu Maulana yyy datang markas, kan? Kau ada pegi tak? Awwalin tu" tanya abang karkun untuk ujian kedua. Jelas kelihatan muka mamat tu cam cuak-cuak surprise. Tapi masih tersenyum.

"Ye ke? Saya dah lama tak ke markas" kata mamat tu. Dia tak sembunyikan kemaluannya tapi cuba menarik perhatian abang karkun kepada maulana yyy yang abang karkun petik tadi. Aku tau abang karkun tak tinggal program malam markas, kecuali Hari Raya kedua haritu sebab dia sakit.

"Wahhh. Maulana yyy turun ke Malaysia, mesti ada benda penting yang dia nak sampaikan tu. Abang pegi?" tanya mamat tu kepada abang karkun. Abang karkun tersenyum mungkin kerana perasan dengan usaha mamat tu nak alihkan perhatiannya.

"Pegi, tapi tak berapa clear. Datang lambat, dok jauh sangat. Maulana pun cakap slow. Puas gak aku cuba kemutkan telinga aku nak mengecam perkataan dari maulana" kata abang karkun berkongsi pengalamannya. Kami semua ketawa perlahan dengan lawak abang karkun. Pandai abang mengawal suasana.

"Bulan lepas, keluar 3 hari kat mana?" tanya abang karkun untuk ujian ketiga. By this time, aku perasan dahi mamat tu berkerut.

"Dah lama saya tak keluar, bang. Sejak dapat anak pertama haritu, sampailah dah nak keluar anak kedua. Masih belum terpilih agaknya" backing mamat tu akan dirinya sendiri.

"Kau pergi tak malam markas dan mesyuarat mingguan?" tanya abang karkun. Aku sedang berusaha mencapai balang almond london sebelum tanganku diketuk oleh abang karkun.

"Dua-dua saya tak pergi bang. Terlalai dengan isteri dan anak-pinak" jawab mamat tu.

"Kita karkun ni, kena sentiasa ada hubungan dengan markas" mula abang karkun memecah batu.

"Walau sibuk camana pun, kita kena pergi program malam markas dan MESTI MAINTAIN KELUAR 3 HARI"
Layang-layang banyak. Tapi dah putus talinya
"Kalau tidak, kita umpama layang-layang putus bertali" kata abang karkun panjang.
"Sebab musuh kita, takkan biarkan karkun terlepas. Kau pun tahu, kan?" abang karkun memandang tepat pada mamat tu. Mamat tu tertunduk dengar ayat-ayat cinta abang karkun. Dia meng angguk-angguk dengan kebenaran dari abang karkun. Abang karkun menampar lagi tanganku yang cuba mencapai balang kueh batang buruk. Dia mengambil balang almond london dan kueh batang buruk dan diletakkannya di sisinya. Alahai bang...janganlah camni. Mamat tu tak pedulikan gelagat kami. Dia masih tertunduk.

"Mula-mula mereka jauhkan kita dari jemaah. Lepas tu, mereka beratkan kita untuk datang bersolat di masjid. Lepas tu mereka meracun agar kita lambat-lambatkan solat. Bila ini dah berlaku, itu tandanya kita dah kembali macam kita belum kenal usaha...Lepas tu macam-macam ujian datang sebab kita ni DAH TAHU" pesan abang karkun. Aku tertarik dengan kronologi ujian bagi karkun yang menuju kesejukan.

Malam markas gi dengar bayan. Bukan melepak ngeteh
"Jadi, aku harap dapat jumpa kau kat markas ujung minggu ni. Ke, kau nak join kitorang pergi ziarah kawan yang lain sekarang?" kata abang karkun lagi sambil meng angkat-angkat keningnya dan tersenyum. Mamat tu memandang abang karkun. Aku longlai bila dengar ada rumah nak pergi lagi lepas ni. Tapi aku tipu nafsuku dengan berazam untuk terus pegang bekas kueh kegemaran aku sebelum abang karkun sorokkan di rumah kedua nantik. Nafsuku bersemangat kembali.

"Insya Allah. Jazakallah. Saya sedang menunggu keluarga mentua nak datang ni. Tapi, abang doalah untuk saya" kata mamat tu pula.

"Tengoklah kalau aku ingat. Aku sendiri pun perlu didoakan" kata abang karkun merendah diri. Abang karkun menghabiskan minumannya. Aku ikut abang karkun dan mengosongkan gelas aku. Aku nak tuang air sedas lagi takut-takut lepas ni air kat rumah kedua tak best. Abang karkun senyum jer. Dia bangun tanda nak gerak. Mamat tu pun bangun. Abang karkun memegang bahu kiri mamat tu. Macam tak sempat jer sedas lagi...Aku serba salah. Ah, takyah minumlah.

"Harini hari kau. Masa hari aku nantik, aku mintak kau datang nasihatkan aku, boleh?" tanya abang karkun.

"Ye-ye" jawab mamat tu tersipu-sipu. Kami bergerak ke pintu dan keluar rumah. Aku terus ke kenderaan dan menye tart kereta. Abang karkun dok bincang-bincang lagi dengan mamat tu dan selepas bersalaman dan berselawat, kami bersurai.

Jangan lupa doa malam selepas ghash

Pengajaran yang aku dapat:

1) Karkun kena saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Takde sapa otai takde sapa yang junior. Semuanya sama selagi kita tak mati lagi. Dan selagi kita masih hidup, kita kena sentiasa diperingatkan.

2) Masa ada orang datang ke rumah dan membawa pesanan yang baik, kita jangan cepat melenting atau mengalah kepada nafsu atau syaitan. Ingatlah kisah kaum yang dibinasakan kerana membelakangkan ajakan para Nabi ke arah Allah dan kebaikan. Walau camana siot pun cara orang yang dihantar untuk mengingatkan kita tu, ambillah yang jernih-jernih saja. Si pemberi ingat pun sekadar manusia biasa yang takde hikmah, jadi maafkan jelah terkasar bahasa tu sumer.

3) Hati-hati semasa mengajak orang takut-takut terselit kerek dalam kata-kata. Maklumlah, masa tu kita di pihak yang kanan. Jangan perasan nabi. Atau rasa diri macam mufti. Takut-takut kita akan diuji pula dek kesalahan lintasan hati kita semasa berdakwah. Paling selamat ialah sentiasa merasakan orang yang kita tegur itu lebih baik dari kita dan kita niat agar Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan apa yang kita sampaikan.

4) Karkun kena sentiasa ada hubungan dengan markas, paling cikai pun; jangan tinggal program malam markas. Sebab orang yang datang markas, termasuk dalam doa perlindungan dari orang-orang lama. Barulah kita ni tak tersasar jauh dek hasutan setan atau dunia. Karkun sejuk yang dah lama tak datang markas, jangan takut atau segan untuk kembali. KALAHKAN SETAN ITU! Takutlah kepada Allah yang dah ingatkan kita untuk kembali tapi kita masih ngengada main kejar-kejar. Nantik kalau Allah dah tak pilih langsung, baru terhegeh-hegeh nak mintak ampun.

5) Ujian karkun yang  dah kawin (dan baru dapat anak) lagi dahsyat dari karkun yang belum berkahwin. Sebab mereka ada tanggungjawab kepada anak bini dan nak aktif dalam tabligh sambil nak balancing kewajipan antara keduanya, memang hidayat (mencabar). Kebanyakan orang baru kawin masih kalut dan kalau mereka dibiarkan dalam kekalutan sensorang, maka kuranglah sorang lagi pejuang amalan sunnah Baginda SAW. Oleh itu, kepada orang lama, kenalpastilah karkun yang memerlukan kaunseling dan cubalah tengok apa-apa yang boleh dibantu.

6) Masa pergi ziarah rumah orang, jangan pikir benda lain macam kueh batang buruk atau Almond london atau Eric atau deko-deko. Fokus pada objektif dan sentiasa zikir, fikir, syukur dan sabar dalam mengajak/menyampai.

7) Kadang-kadang kena tipu nafsu kita ni dalam melakukan perkara kebaikan. Teknik ni memang popular di kalangan wali. Diorang paksa nafsu baca Al-Quran sepanjang malam sebelum makan daginglah. Ada yang sengaja taknak buat apa yang dia rasa nak buatlah. Ramai yang guna taktik buat apa yang dia atau orang lain taknak buat macam basuh lubang-lubang jamban masjid. Bukan sekadar menafikan ajer kehendak nafsu sebab untuk orang yang tak pernah mendidik nafsunya, pastu tiba-tiba nak halang itu dan ini, nantik nafsunya memberontak dan meng kontek setan yang lebih tinggi pangkatnya untuk menghasut kita. Makin susah ujian kita nantik..

8) Kena pandai susun soalan dan ayat semasa berkata-kata dengan orang. Kena jaga hati dia, hati kita dan lebih-lebih lagi, Yang Maha Mendengar. Sebab manusaia mudah nak termengarut semasa berkata-kata jadi masa kita nak jumpa orang atas sesuatu urusan, kita kena tau apa yang kita nak dan camana nak dapatkan apa yang kita nak itu dengan cara yang harmoni. Bukan macam melepaskan batuk di tangga atau macam bagus.

9) Akhiri setiap perjumpaan dengan selawat dan istighfar. Perjumpaan yang tidak diakhiri dengan dua ni, dikatakan lebih busuk dari bau bangkai serta apa yang dibincangkan adalah sia-sia. Setan boleh twist macam-macam.

10) Masa beraya, orang pompuan jangan gatal-gatal nakgi layan tetamu lelaki. Yang tuan rumah lelaki pulak, pandai-pandai jagakan aurat anak bini kita. Ni macam bos main order-order air. Siap terdetik lagi nak menayangkan bini atau anak pompuan yang cun berpakaian Raya.

Atan dan Abu (Solat tutup mata)


"Abu, kenapa masa kau solat tutup mata?" tanyaku selepas Abu selesai bersolat sunat. Dia memandang aku. Mata kami bertentangan sekejap. Kemudian dia berpaling mengadap kiblat semula.

"Aku taknak perasan" jawabnya. Aku paham. Kalau bukak mata, kadang-kadang kita ternampak solat orang sebelah. Dan masa tu kita akan rasa macam kita lagi bagus dari mamat tu sebab mamat tu dok bergerak-gerak dan tergaru-garu. Aku rasa macam berpuas hati jer dengan jawapan Abu.

Seminggu berlalu. Kemudian satu hari, selepas solat Maghrib, aku terjumpa kembali dengan Abu yang bersolat tutup mata. Tapi masa selain berdiri, dia bukak mata. Aku taknak tanya dia. Aku pegi tanya Atan .

"Sebenarnya, Abu baru capai tahap kusyu'" mula Atan.

"Masa Abu solat, dia dapat rasakan dia kat depan Kaabah, mengadap Hajarul Aswad"
"Tiap kali dia bukak mata jer, dia terpandang Hajarul Aswad. Tapi sebab takut terperasan, maka Abu solat tutup mata..." jawab Atan.

Perghhh Abu..dasat laaa.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails