Showing posts with label demokrasi. Show all posts
Showing posts with label demokrasi. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

lonely

Kadang-kadang kita begitu YAKIN,
...adakalanya kita rasa sungguh keliru...

apapun yang kita rasa, kita tak boleh membuang masa...

...jangan dipermain oleh emosi,

...atau diperalat provokasi...
Kembalilah ke objektif! FOKUS!!
...kesepian tidak mengubah fakta bahawa,

...kita juga yang perlu BERGERAK mengubahnya...

.
.
.







Wednesday, December 7, 2011

Atan Dan Abu : Pilihanraya dan Politik


Atan sedang leka main Angry Bird di henfonnya. Abu sedang leka menguis-nguis permukaan Tab Abang Karkun. Brader bus stand sedang lepak termenung (berzikir) kat depan tu. Aku dengan Abang Karkun sedang menusan kat belakang.


"Pilihanraya cam dah dekaat, jer?" kataku memecah keheningan yang setakat ini dipenuhi oleh asap-asap berbau cengkih. Abang karkun langsung tak menunjukkan apa-apa reaksi dari komen sekerat aku. Aku menyedut dalam puntungku. Dan cuba buat O.


"Pilihanraya kat Malaysia ni hanyalah wayang. Sekadar nak tunjuk kat orang luar yang Malaysia ni adalah negara demokrasi" jawab Abang karkun pendek. Beliau memang tak berapa minat dengan cerita-cerita politik. Tambah lagi yang takde kena mengena dengan hal-hal dakwah.


"Apa pendapat abang tentang politik Malaysia? OK ke?" tanyaku cuba mencungkil. Abang karkun menyedut puntungnya. Jauh pandangannya. Tak pasti pulak sama ada dia sedang pikir nak jawab apa atau dia dok pikir masalah ummat.


"Apa lagi pasal politik Malaysia? Ok lah ni" jawabnya pendek.

OK? Apasal Abang karkun kata OK? Bukan ke kedudukan Melayu semakin goyah kat negara ni sekarang? Melayu dah berpecah belah kepada pelbagai pecahan politik dan setiap satunya bagaikan dah tiada jalan nak bercantum lagi? Dan para pemuka dari bangsa lain nampaknya tak segan silu lagi nak mencabar kedudukan agama Islam? Duit zakat dipersoal di Penang. Isu murtad dah diekspolitasi bagaikan spekulasi saham dikalangan oportunis? Jurang antara orang kaya dengan miskin semakin terasa? Bahang inflasi mula mengetuk pintu negara kita? Melayu dah sama ramai bergelendangan di kota-kota?


"Semua tu adalah masalah kita. Kita yang tak buat kerja, maka semua tu terkeluarlah" jawab abang karkun yang bagaikan tusukan pedang tepat ke pangkal hati aku. Ye. Aku dah lama tak turut serta keluar tabligh dengan mereka. Maklumlah, aku baru mula kat tempat kerja baru...


" Abang rasa BN akan majoriti tak kalini?" tanyaku mengalih topik.
"Allah akan berikan tampuk pemerintahan kepada yang layak dan bersedia. Apa saja yang berlaku, pasti ada pengajarannya" jawab Abang karkun.

"Politik kat Malaysia ni OK lagi. Pihak kerajaan semakin mendengar apa yang dikatakan oleh rakyat dan pembangkang. Cuma pembangkanglah kena lebih bijak dalam mengutarakan isu-isu. Mereka kena ubah dari menggunakan serangan personal kepada membincangkan isu-isu sistemik. Isu birokrasi, isu kegagalan SME, isu masalah muda-mudi..." Abang karkun mengeronyohkan puntungnya yang semakin pendek. Aku turut melakukan perkara yang sama. Tetiba Abu datang menyertai jemaah bayan jin kami kat belakang ni.


"Wan, ada nusan lagi tak?" tanya Abu sambil menghulurkan Tab Abang karkun pada abang. Aku menghulurkan kotak nusantara kepad Abu.


"Lu sapot kerajaan, kan Wan? Apasal lu isap rokok tak bayar cukai?" tanya Abu. Aku tersentak dengan soalan Abu. Terkapai-kapai aku mencari jawapan.


"Aku dah takleh masuklah rokok lain" jawabku menyelamatkan diri.
"Oh, OK" jawab Abu.

"Kalau nak ikut, BN dah lama kalah teruk. Mereka cuma bergantung kepada akar-akar mereka yang telah menyelinap masuk jauh ke dalam sistem negara ini. Kalau tidak, awal-awal lagi mereka dah kalah dan awal-awal lagi negara ni dah hancur. Tapi itu masalah mereka. Masalah kita ialah keadaan akhlak, moral dan tauhid bangsa kita yang semakin parah. Kefakiran menghampirkan manusia kepada kekufuran. Tapi kemewahan pula menghampirkan kita pada keangkuhan..." kata Abang karkun tiba-tiba. Aku tersentak.


"Eleh bang, kita yang komplen dok risau-risau ni pun, sekadar lepak belakang masjid menusan. Masa buat kerja, buat memain pulak" kata Abu dengan pedasnya. Dia semakin tak cover sekarang.


"Betul kau cakap tu Bu. Mulai sekarang, aku akan lebih Jaws lagi dengan korang. Dah! Jom masuk, taklim!" kata Abang karkun. Aku menjeling pada Abu. Abu tersengih tak mengaku.

Dari jauh aku perasan Atan yang on the way nak join kami, buat U turn dan menyelamatkan diri...


Sunday, February 27, 2011

Haiya 'alal Falah!


Untuk BERJAYA manusia kena ada dua:


Habblum minallah (hubungan baik dengan Allah)
Habblum minnan nas (hubungan baik dengan manusia)

Kejayaan RASMI ialah endup dalam SYURGA. Nak masuk syurga, manusia kena SEBUT PASSWORD DI BAWAH NI SEMASA HIDUPNYA dan MATI DENGAN PASSWORD.


ASYHA DUALLAA EELA HA ILLALLAH,
WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR ROSULULLAH


(Aku bersaksi bahwa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH)

Setelah itu, selain kita kena mengetahui siapa ALLAH dan Muhammad SAW itu, dan apa makna bila dah masuk ISLAM ni, kita kena ingat:


ALLAH ITU MAHA AGUNG DAN TAK TERIKAT DEK MANA_MANA-MANA HUKUM

Dan Allah telah menetapkan rezeki setiap ciptaanNya.
Dan dalam hal rezeki dan cara mendapatkannya, Allah juga telah menetapkan jalan asbab bagi memudahkan manusia mendapatkannya. Kerana jika bukan jalan asbab yang Allah ambik, tentu manusia atas dunia tak jadi macam sekarang ni (kemajuan teknologi, ekonomi, pemikiran, etc). Tentu diorang jadi cam cerita majik macam The Matrix atau sebagainya. Tentulah orang kapir kebulur tak makan dan Iblis hidup sengsara dari saat dia taknak sujud, sampailah ke selama-lamanya. Tapi tak. Allah Maha HEBAT dan Maha Bijaksana.

Dan dalam menempuh keasbaban mencari rezeki yang telah dijanjikan itu, manusia kena ikut jalan yang ditunjukkan oleh BAGINDA SAW. Ikut jalan lain, dapat gak. Tapi tak dapat pahala la. Abis kat dunia jela. Dapat kenyang, berak dan kencing je. Takde faedah disudut akhirat (ni yang kita cakap takde pekdah-takde pekdah tu). Hidup kat dunia ni ialah mengumpul bekal untuk kehidupan akhirat. Jangan bila dah mati nantik kita mula dengan dompet yang kosong. Kat mahsyar memang pasti kena pau punya. Maklumlah, hutang banyak. MARA, PTPN, keta, umah, kawan, sedara....Memang alamat tak cium bau syurga lah gamaknya.

Jadi dalam memastikan segala rezeki (dan rahmat), hasil kebaikan yang dah kita lakukan, atau dari doa orang kepada kita, atau dari RAHMAT ALLAH kepada kita, dalam memastikan segala kebaikan yang macam air hujan yang terkumpul di atas kanopi kemah ni, turun mencurah dan sampai dan melencunkan kita, kita kena ada penyodok atau galahnya. Nak cucuk itu kemah yang mengembung. Kasi bocor satu lubang.

Dan penyodok itu ialah hablum minan nas. Menjaga hubungan sesama manusia. Muamalat, munakahat, bermasyarakat.

Ia dimulakan dengan menyebarkan salam dan senyuman, menggalakkan kata-kata yang baik daripada remark yang negatif dan pesimis, menggalakkan persatuan dan kemajuan daripada perpecahan dan kemusnahan (follow twitter aku..hehehe)


Itulah orang Islam. Dan ORANG ISLAM SEBENAR TIDAK MODERATE.  MEREKA TAKKAN TOLAK ANSUR. Orang ISLAM sebenar takkan mau semua ini dipermain-mainkan. Mereka takkan mau apa yang telah susah payah dibina dan dikekalkan oleh orang terdahulu (sampai mati-mati weyyhhh!), hanyut begitu sahaja dek kemaruk masyarakat dengan gaya hidup sensasi atau FB.


ISLAM BUKANLAH TERORIS KEGANASAN!
ISLAM ADALAH PEJUANG KEAMANAN!

Kami balas peluru dengan batu
Kami balas kartun mengejek dengan pemboikotan
Kami balas genocide dengan bantahan seluruh dunia secara aman
Apa lagi bukti yang kau mahukan?
Camana BACUL lagi yang kau nak?

Sekarang kau tuduh kami promote keganasan?
Kau tuduh kami mudah dipengaruhi dek internet dan spekulasi?
Kau tahu tak apa yang kami dah alami?


"Kau rasa hudud tu ganas sebab yang kena sodomi semalam bukan kau"








Baiklah. Kalau kau nak tau apa itu keganasan,

.
.
.

Kami biarkan Allah saja yang tunjukkan...

Wednesday, December 8, 2010

Politik Oh Politik

PRU semakin hampir. Semua pihak dah mula memperkemaskan barisan. Tapi aku dan rakyat yang lain, masih main kejar-kejar. Masih tenggelam dalam kemarahan sebab orang lain dapat lebih. Masih keliru dalam peperangan yang bukan perjuanganku.

Boleh ke aku tak peduli? Boleh ke aku melarikan diri? Sebab apa jua alasanku, Pilihanraya TETAP akan berlaku. Dan andainya MEREKA yang menang, dan anak keturunanku semakin jauh dari Nya akibat kekalahan itu, maka bagaimana nak aku bagi alasan nantik? Dahlah berdakwah pun malas. Nak beramal apatah lagi. Bila diajak mengundi pulak, aku mencarut-carut dan buat gambar smiley di atas kertas undi. Matangkah aku? BETUL ke tindakan ku?

Sekiranya pun aku membenci pada mereka yang berada di atas, apa pilihan yang aku ada? Puak yang satu lagi terdiri dari pihak yang NYATA-NYATA pengamal kronisme. Kalau orang yang mengatakan TIDAK KEPADA KRONISME pun melakukannya, apa harapanku kepada mereka yang ahli parti tertinggi terdiri dari anak bininya? Adakah aku memilih mereka kerana keBENCIanku kepada yang sekarang? Adakah aku memilih sebab aku terikut-ikut dengan PERASAAN? Atau, adakah aku memilih kerana aku mahukan perubahan? Bagaimana jika perubahan itu hanya mengundang pembaziran? Mampukah aku menanggung risikonya, kerana dalam keadaan sekarang pun, aku takde apa?

Sapa yang menang pun, aku tau, nasib rakyat hina macam aku takkan berubah. Takde sapa yang peduli jika keluarga kecilku dihalau kerana takde duit nak bayar sewa. Takde sapa yang nak percaya jika aku katakan aku tak dapat bayar cukai kerana nak rolling bayar duit pinjaman pendidikanku dan makan anak biniku. Takde sapa yang nak bantu pun kiranya aku mengadu pada Baitulmal. Aku hanya akan disorongkan dengan borang demi borang demi borang sampai staminaku tenggelam dek kelaparan.

Negaraku semakin menjadi hutan kapitalis. Inflasi memaksa mereka yang keliru menjadi semakin trajis. Tak siapa yang pedulikan suara si ibu yang menangis. Tak siapa yang nak memujuk anak kecil yang mengemis. Semua orang sibuk terkais-kais. Dan sejemput kerak yang kami dapat, ditagih pula oleh si buncit nak buat rolling main najis.

Jalan ikhtiar manakah yang patut aku lalui? Bagaimanakah lagi nak ku banting tulang reputku ini? Bahkan, pada saat doa paling mustajab setiap minggu itupun, kami dipaksa mendoakan mereka yang tak pernah ambil peduli...

Seandainya ini semua bukan satu kezaliman, sesungguhnya aku terasa aku sedang dianiaya. Dan dengan kemakbulan ini, aku doakan agar Tuhan, mengampunkan aku, keluargaku, dan mereka semua...

Monday, October 4, 2010

Pecahan Melayu


Melayu adalah TUAN TANAH Malaysia. Kedudukan mereka takkan dapat dikalahkan selagi mereka berpegang kepada konsep beraja. Untuk kalahkan mereka, mereka diperdaya untuk menerima demokrasi. Demokrasi ialah hak ketuanan kepada majoriti. Dari sini, barulah Tanah Melayu dapat dijajahi.


Melayu amat berpegang kepada agama. Mereka faham bahawa tanpa agama, mereka hanyalah orang asli yang hanya membuang masa. Dan untuk itu, kuasa dalam hal agama diberikan kepada yang kenyang dan kaya. Kerana jika bukan ibubapanya, kelalaian pasti menyerang keturunan mereka.


Di sudut yang lain, kuasa untuk pembangunan diberikan kepada yang bergeliga. Mereka sudah tentulah dididik dengan cara hidup dunia. Mereka ini diberikan kelebihan dan kuasa. Supaya mereka terus lalai dari bersiap-sedia.


Dan sepanjang masa, mereka diadu-adukan. Mereka dilaga-lagakan. Sehingga apabila sudah kenyang dek termakan umpan, tangsi kapitalis direntap dengan sepenuh kekuatan.


Akhirnya berpecahlah Melayu. Kepada UMNO, PAS, PKR dan tunggul-tunggul kayu. Jenis yang masa muda menjadi hamba nafsu. Bila dah tua, pandai pula bermodalkan anak cucu. Kemana menghilangnya si perenggan kedua, tak siapa yang tahu. Tak kisahlah apa jasa, bakti atau sumbangan beribu. Yang pasti, bila keadaan mendesak, mereka semua inilah yang akan lari dulu.

Yang tinggal hanyalah yang kulit bawang dan yang terlalu tua untuk melakukan sesuatu. Dan akhirnya, tanah ini akan dapat tuan baru.

Friday, September 17, 2010

Ada yang nak jadi NGOK. Ada yang nak jadi PENDAKWA bebas. Tak kisahlah. Yang penting ikhlasss

Awasi Lisan anda

Lebih ramai yang mendaftar sebagai ahli NGO dari mendaftar sebagai pengundi. Lebih ramai pengundi berdaftar pulak, taknak dikaitkan dengan mana-mana parti  politik. Lebih ramai yang mengambil lesen untuk menjadi pendakwah bebas dari menjadi PENGAMAL bebas. Aku bukan cakap pasal agama Islam saja. Dan peningkatan  kedua-dua ini di Malaysia motifnya satu: Deeyuduu. Aiti eitt.

Saturday, July 17, 2010

Demokrasi di Malaya

Aku terbaca baru-baru ni pasal ancaman terbaru kepada demokrasi. Dia kata, walaupun kita dah usaha nak terangkan sesuatu kepada seseorang, orang itu akan sama ada memahami, makin tak paham, tetap berada atas pagar atau terus menerus berada dalam keadaan jahil. Dia kata ancaman terabaru kepada demokrasi ialah otak manusia yang memilih untuk mempercayai apa yang dia nak percaya. Al Quran kan dah cakap, memang ada orang yang ditutup telinga dan matanya oleh Allah dan takyah susah-susah kita nak menerangkan sesuatu kepada dia (setelah dua tiga kali kita sound)...Betul la tu...

Artikel ni berat sikit, tapi sebab topik politik ialah yang paling popular, maka aku pun terpaksalah cerita sikit pasal benda boring ni. Kalau aku cerita pun apa pekdahnya pada aku? Silap-silap kena tangkap lagi, ada. Sebab kata-kata orang nobody macam aku takde impact. Takde fact. Takde leverage. Memang la..Blog ni pun sekadar bahan bacaan santai jer. Yang kau gi ambik series buat apa? Layan orang gila, kau pun sama la gila...Hahaha.

Demokaratsi ialah satu proses pemilihan semulajadi. Yang ramai akan dianggap sebagai mewakili kehendak keseluruhan populasi yang terdiri daripada majoriti, minoriti, atas pagar dan golongan jahil. Sebab by the end of the day, fitrah manusia tetap bersetuju dengan konsep: untuk bergerak ke DEPAN, kita mesti bergerak sebagai SATU entiti (negara, bangsa, agama, ideologi). Cara ini, dapatlah kita menumpukan seluruh tenaga dan masa kita ke arah satu matlamat: kemajuan. Kerana sumber bumi ni ada banyak tu ajer. Unsur dan tenaga dalam dunia ni banyak tuu jer. Takde tambah, takde kurang. Cuma dia berubah-ubah bentuk jer. Jadi, sumber yang ada (masa dan tenaga tadi), perlu digunakan untuk kehidupan seharian dan persediaan untuk hari esok. Dan memandangkan duit ada banyak ni jer, kita kena utamakan hal-hal berkaitan survival menurut keutamaannya. Demokrasi dibina berdasarkan lojik pemikiran manusia yang lurus yang menganggap : kebenaran atau kebaikan (yang sememangnya menjadi fitrah atau motivasi penentu seorang insan) akan menjadi pilihan majoriti, sekiranya semua insan-insan ni tadi, mendapat data/info yang secukupnya mengenai pilihan-pilihan yang ada (sebelum membuat keputusan). Kalaupun mereka dapat tau mereka dah buat keputusan yang salah pada kali pertama, sekurang-kurangnya mereka dah tau nak buat apa pada pemilihan seterusnya. Sebab sejauh manapun kita mampu meramal, hakikat hanya akan terbuka setelah sesuatu itu berlaku. Macam jodoh. Macam rezeki. Macam mati. Lepas mati semua orang akan percaya bahawa, ADA kehidupan selepas mati. Tapi dah terlambat..

Jadi, dalam menentukan 'kebersihan' dan evolusi sistem demokrasi ke arah satu sistem yang sempurna (dalam menjaga hak MAJORITI populasi yang diwakilinya), populasi (atau pemimpin yang menentukan peraturan) perlu menerima kenyataan bahawa kesempurnaan demokrasi hanya akan diperolehi melalui kesempurnaan sistem maklumat. Lagi banyak input yang diperolehi tentang sesuatu isu, lebih baik pemahaman kita terhadap isu itu dan bagaimana kita nak menanganinya. Keputusan pula dibuat berlandaskan set peraturan kolektif yang dipersetujui antara orang-orang yang diwakili. Truth will always prevail. Selagi kita berpikir tentang truth dan mau truth.

Sesuatu dianggap sah bila rukunnya dipenuhi. Ini rule kat Malaysia. Seorang warganegara dianggap sah bila dia penuhi rukun negara. Rukun negara MALAYSIA nombor satu ialah kepercayaan kepada tuhan. Dalam hal ini, Malaysia sah sebab kita ada agama rasmi: Islam. Agama Islam dipilih kerana majoriti orang di Malaysia beragama Islam dan majoriti populasi (pada masa perlembagaan dibentuk) menerima, bahawa setakat hari ini di MALAYSIA, pemerintahan Islam mengandungi kesemua elemen dalam hal menjaga hak dan kehendak manusia; dari cara pemerintahan sebuah negara, hinggalah ke cara nak basuh kemaluan selepas kencing. Ni bukan cerita Melayu jer ni. Kitorang pun belajar benda ni dari orang Arab. Dan Orang Arab itu pula dapat dari Tuhan. Tuhan? Kau tak percaya pada tuhan? Maka kau dah tak sah sebagai warganegara Malaysia, maaaa...Kau kena percaya kepada tuhan. Tak kisahlah lepas tu kau religious ke idak. Kau kena percaya ada kuasa yang MEMILIKI semua ini. Percaya kepada ghaib. Benda yang takde. Kenapa Malaysia dibentuk sebegini? Sebab untuk satu masyarakat terus maju dan berdaya saing, mereka perlu bersatu. Setelah bersatu, mereka akan melantik pemimpin (atau at least satu set of rule pasal kepemimpinan). Dan mereka mahu pemimpin dan yang dipimpin terus loyal kepada agenda dan perjuangan. Kita mahu satu kumpulan yang amanah. Dalam hal mendapatkan kepercayaan, cara paling berkesan terhadap manusia ialah FEAR. Budak ofis jadi rajin bila bos ada. Bila bos takde, semua mengular. Tapi kalau diorang ni semua taat kepada satu kuasa ghaib, mereka akan sentiasa rasa diperhatikan. Berimannn jer. Taat jer semasing. Tu pasal laaa kepercayaan kepada tuhan tu nombor satu dalam runkunegara Malaysia ni. Ni wali yang set kan ni...Mesti ada yang tukar besok ni...Maklumlah, demokrasi.Sukati korang laaa..Ini baru rukun pertama...

Dan di Malaysia, jika kita mahu terus maju ke depan, informasi tentang ketuhanan, kemajuan spiritual perlulah seiring dengan kemajuan material yang asyik diberi penekanan. Informasi tentang Islam, kebaikan dan hak kemanusiaan mestilah diumumkan dan tidak disekat. Namun, perlu diklasifikasikan bahawa; pegangan Sunnah wal Jamaah Mazhab Syafie yang dah terbukti berkesan di Malaysia, yang menekankan kepada hukum warak melebihi hukum syarak semakin mendapat ancaman. Ini yang perlu dibendung kerana ia adalah perpecahan kepada golongan majoriti (Melayu) di negara ini.

Dan sungguhpun begitu, orang Melayu dipecahkan lagi kepada golongan UMNO, PAS dan PKR pulak. Dahlah kena awasi ancaman dari gaya hidup barat, internet, nak kawal ekonomi lagi... silap, tuhan takkan tolong sebab demokrasi bukanlah sistem yang diiktiraf olehNya. Apa-apa sulap, sendiri tanggung. Tak macam sistem beraja atau khalifah. KAkalu silap, tuhan betulkan sebab dua sistem ni aje yang tuhan iktiraf. Tengok Brunei, Tonegok ARab. Kayo-rao ado minyak sebab rahmat dari tuhan.

Nak pecahkan demokrasi senang je. Pecahkan golongan majoriti, bagi diorang berkumpul dalam pecahan baru. Lepas tu bagi info-info yang menyemarakkan lagi perpecahan ini. Barulah minoriti dapat menguasai...Hisshh..Mangkuk punya sistem. Dan kalau sistem niTulahh..Korang ambik jalan susah. Korang nak jadi wali manusia. Kan senang kalau jadi wali tuhan?

Anyway, adakah kita perlu melarang pertumbuhan kumpulan dari agama yang lain? TIDAK. Selagi kumpulan itu tidak menyemaikan kepada kebencian atau cara hidup yang bertentangan dengan budaya Malaysia orthodox (sex is taboo, no homosexuality, no violence) dan menyemaikan kefahaman tentang kebenaran, kedamaian dan kemajuan, kita rakyat MALAYSIA patut sokong. Nak bincang pasal tauhid (tuhan tu ada berapa) pun boleh. Sebab Tuhan yang satu dah lahirkan aku sebagai muslim, Ah Chong sebagai Buddhist, Samy sebagai Hindu dan Netanyahu sebagai yahudi. Kita tak perlu membenci satu sama lain pasal taksub dengan perspektif kita yang sempit dan takmau mengambilkira perspektif lain, sebab masa dah tingal NI jer, minyak dah makin susut, dan mamat saintis masih lagi tak jumpa sumber tenaga free tu. Apa itu realiti pun masih tak pasti lagi (sila rujuk Kita, mug dan realiti). Tapi jiwa masih rasa kosong. Institusi kekeluargaan semakin hilang. Sopan santun dah makin kurang. Bayi tak beribu bapa bersepah-sepah.

Cuma kadangkala kita perlu dihukum sebab kenakalan kita kerana menurut nafsu. Tapi membenci? Never.
Bila benci maknanya kena ada dua atau lebih pihak. Dan penyemaian kebencian ialah perpecahan kepada dua atau lebih pihak. Ini sangat ditentang oleh Islam yang mengamalkan dasar satu tuhan, satu iman. No syirik-syirik.


So, apa yang kita nak buat ni?
Kalau kau tanya aku, aku nak minum air kosong kejap.
.
.
.
Lepas tu aku kena tau apa perintah Dia untuk aku pada saat itu. Dan buat perintah tu.

Kalau takde apa, aku lepak bersyukur nikmat, tu je lah.

Aku sekadar menyampaikan ajer.
Kau kena bukak benak kau, bagi info masuk. Lepas tu selidik info tu, berdasarkan set peraturan kau. Macam aku: aku check pakai hukum warak. Kalau tak paham, parking kat satu side, nantik kita sambung balik.

Pepehal, kita minnum dulu.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails