Selamat Hari Ahad
Kepada pengunjung setia semua
Minta maaf kerana aku takde
Keadaan mendesak, akupun ada kerja.
Tapi kepada yang dah datang
Janganlah sekadar pandangpandang
Selak-selak bacabaca apa yang terhidang
Buktikan padaku yang anda itu seORANG
Rangkap pertama menunjukkan watak kita bermula dengan umum. Dia menarik perhatian pembaca. 'Hari Ahad' itu menunjukkan bahawa dia update dengan pengunjung bog ini sehingga saat entry diupdate. Dan dia mulakan dengan merendah diri dan menerangkan keadaan yang menyebabkan kurangnya pertemuan.
Blog ini punyai reputasi mengupdate dua tiga entry dalam sehari, jadi ramai pengunjung yang dah boring berblogwalk, melepak dalam blog ni sambil baca apa-apa yang patut. Bila dah jumpa entry yang menyentuh perasaan, maka sebagai tanda terima kasih, mereka akan tinggalkan komen sebijik dua..
Setiap orang adalah dirinya sendiri
Sehinggalah dia tak punya apa lagi
Dalam kegelapan, mulalah mencari
Mujur juga kerana, masih MAHU kembali
Mula berceloteh sebagai watak 'aku' dalam payabesarpedas. Seorang yang sentiasa menghina diri sendiri bukan kerana dia self-hatred tapi kerana ini ialah methid dia dalam memperbaiki dirinya lagi. Dan pada hari Ahad ini, dia berceloteh pasal dirinya sendiri yang mementingkan diri sendiri dan terus menerus membiarkan diri bergelumang dalam fana dunia. Namun, dia mengakhirkan dengan kenyataan bahawa dalam kenakalannya itu, dia masih mahu kembali.
Kasihan sungguh kepada yang lain
Terus menerus dalam bermain
Bukannya taktau apa yang sepatutnya
Akalnya ada, ilmu pun penuh di dada?
...Dan dalam rasa kehinaan itu, dalam rasa diri hina atas segala maksiat dan perlanggaran hukum yag telah dilakukannya, dia terpikirkan jugak nasib orang lain di luar sana. Bukannya orangyang dia tak kenal. Bahkan kebanyakan benda mungkar yang dia saksikan, dilakukan samada oleh dia atau orang yang dia kenal. Dan dia rasa lagi kasihan kepada mereka. Lepas tu, dia kutuk dirinya balik sebab dah nampak, dah tau dan dah ada kesedaran tentang semua ini, namun, dia tetap tak berbuat apa-apa. Adakah dia tak berdaya? Adakah dia di halang? Soalnya oleh sapa?
Bukannya taktau
Atau takde ilmu
Tapi kerana diri
Masih diulit nafsu
Akhirnya watak 'aku' dalam blog ini pun mengaku. Jawapan kepada semua persoalan yang timbul sejak mula dia berpantun itu jelas setelah dia tahu apa yang dia nak tahu...
pantun oleh: 'aku' of payabesarpedas
komen oleh: tukang komen
grafik oleh: gogel
pencuri grafik: scuba of akuskizo
laptop: ajak
bilik: ajak
strimik: omak