Beruntungnya ummat akhir zaman kerana di zaman kita, ajaran dalam pengayaan spiritualiti (agama) itu telah lengkap. Buku panduan juga dijamin takkan diselewengkan. Tak macam Yahudi dan Nasrani (manusia) yang masih menipu diri sendiri dan orang lain dengan cuba menegakkan buku yang telah obsolete (obsolete bukan sebab Allah perbetulkan ayat Nya sendiri, tapi sebab buku-buku tu dah dimodify oleh manusia sampai dah lari mesej asalnya). Bukankah Allah itu Maha Mengasihani dengan menurunkan buku yang baru dan yang terjamin originalitinya?
Beruntungnya ummat akhir zaman kerana kita tak dilahirkan bukan dalam zaman ini. Jika kita dilahirkan bukan dalam akhir zaman, maknanya kita ni kena pergi area tempat kaum Yahudi yang paling screw-up sekali dan cari Nabi akhir zaman kat situ. Macam yang Salman Al-Farisi buat. Dan kalau kita dapat jumpa pun dengan nabi tersebut, agak-agaknya kita boleh survive ke dengan keadaan maksiat dan kejahilan yang berleluasa pada zaman tersebut? Zaman Nabi Luth a.s contohnya. Atau zaman Nabi Musa a.s ke? Sibbaik lahir zaman ummat Muhammad SAW. Takyah gi Madinah pun kita dapat Islam. Bukankah Allah itu Maha Luas rahmatNya?
Beruntungnya ummat akhir zaman kerana nabi yang diturunkan adalah milik semua dan bukan milik sesuatu kaum seperti nabi sebelumnya. Maka ini memudahkan kita yang dari bangsa ajami ni untuk relate dengan kisah Baginda SAW dan bernaung di bawah panji Baginda. Takdelah orang Arab nak kerek lebihlebih cam orang Yahudi. Bukankah Allah itu Maha Adil?
Beruntungnya ummat akhir zaman, kita boleh mempelajari spritualiti kita dengan mudah dari Tok Sheikh, ustaz atau penceramah bebas yang semakin ramai dewasa ini. Terletak kat kita jer kita nak master bab mana. Dari bab tauhid, sampailah ke sistem perbankan Islam, semua ada ahlinya dan takyah kita nak meredah rusuhan kat Mesir nak ke Universiti Al-Azhar nak jumpa ahli yang bersanad mursyid. Allah telah jadikan Islam (agama yakni pengayaan spiritualiti) itu tersangat mudah untuk kita. Bukankah Allah Maha Bijaksana?
Beruntungnya ummat akhir zaman dimana mereka boleh tweet direct kat Allah bila ada masalah, tak macam ummat zaman dulu yang kena MELALUI nabi mereka kalau nak cakap apa-apa kat tuhan. Ummat akhir zaman hanya perlu maintain subscription (dengan jaga solat fardhu 5 waktu) untuk dapatkan kelebihan ini. Dan mereka boleh rapatkan hubungan dengan main tweet-tweet dengan Allah masa semua orang dah tido. Kengkadang Allah @mention kita tapi maklumlah, dia follow kita balik pun kira OK. Maklumlah, follower Allah kan berbilion-bilion? Kita ni sapa? hehe. Ni tamsilan ajer...Maha Suci Allah dari apa yang kita fikirkan tentang Dia.
Beruntungnya ummat akhir zaman kerana dikatakan akan dihisab dulu sebelum ummat Nabi-Nabi lain. Takdelah lama sangat dok kat mahsyar. Sehari kat mahsyar sama jer cam berjuta hari kat mahsyar. Sapa masuk dulu kemudian tu jadi tak penting bila soalan selamat ke idak dari neraka itu masih belum terjawab. Lagipun umur ummat akhir zaman pendek-pendek. Cepat sikit habis kira semua orang. Bukankah Allah itu Maha Penyayang?
Beruntungnya ummat akhir zaman kerana semua orang kenal siapa Allah. Sekarang terserahlah kepada kita samada nak mencintai Nya atau berpaling dari Nya...