Wednesday, September 15, 2010

Selamat Kembali dan Selamat tak Hari Raya korang?

Aku tujukan kepada pengunjung blog ini yang kembali bekerja pada hari ini. Kepada yang terlepas, sila ikuti semula entry dari 9 Sept hingga ke hari ini. Esok ialah cuti Hari Malaysia. Ini mengingatkan aku kepada dialog di bawah:

" Adik tau besok cuti?" tanyaku sambil menyorong microphone pada sorang budak darjah 4. Dia terpisat-pisat dengan soalan abrupt ku. Aku membantu:
"Cuba adik nyanyi lagu Negaraku" syorku.
"Genggaman tangan ku, ingin ku, lak saa naaa kannnn...." nyanyi budak tu macam suara Faizal Tahir ke sapa ntah.


Aku jamin korang takkan pernah terbaca apa yang ada kat sini kat mana-mana. Dan seperti biasa, aku nasihatkan agar korang gunakan Firefox atau lagi bagus: Google Chrome. Tinggalkan Internet Explorer.

Dan:

"Jadilah Follower Blog ini"

Follower list ada kat bawah sekali. Terima kasih dan Selamat Hari Rabu.

Guess Who's Back?

m


"Scuba, kenapa bahasa dan blog kau makin cam sial sejak Raya, ni? Ni baru enam Syawal. Dah habis puasa enam belom?" tanya peminat fanatik aku sebentar tadi.

"Sila klik di sini dan tengok caption kat bawah gambar kat tips#5" jawabku ringkas.

Eksperimen CIA Terbaru



Aku sedang menjalankan satu eksperimen freemason melalui topeng CIA. Untuk entry kali ini, aku nak korang gerakkan pointer mouse ke gambar untuk mengetahui apa kaitan gambar tersebut dengan jumlah visitor yang menurun setiap kali musim perayaan.

Berita Terkini: Akaun FB aku di hack oleh PERVERT sebentar tadi.

Aku tengah korek hidung masa berkumandangnya ringtone henpon aku:

"Insyallah-Insyallah!" zikir henponku. Aku terlayan pulak zikir tu dari memikirkan sapa yang memanggilku. Kulihat caller ID: orang rumah...

"Bie, naper awak tulis 'i can suck ur tits' kat wall wane?" tanya isteriku.

"Mana ader?" jawabku blank. Pahal plak ni? Lampu CPU kepalaku berkelip laju.

"Awak kat mana sekarang?" tanya isteriku cemas.

"Kat umah" aku menyembunyikan jemari yang sedang cuba menarik sesuatu dari dalam hidungku.

"Saya dah log off pukulllll....(aku menge check stats log aku) pukul 0951hrs," kataku macam komando.

"Ni mamat ni tulis kat wall wanee dan wall minah slova..." isteriku cuba mempronouncekan nama minah salleh mana ntah.

Kami meneruskan perbualan dengan aku memberikan arahan selanjutnya tentang melaporkan hal ini ke SKMM. Mungkin diorang ada AKTA FB atau sebagainya. Kalau judi dan arak boleh diakta dan dicukaikan, kenapa FB tidak?

Setelah itu kami meneruskan kehidupan kami yang exciting dan penuh dengan warna-warni tanpa mengendahkan pasal kejadian AKAUN FACEBOOK AKU KENA HACK SEBENTAR TADI.
Buang masa jer beria-ia FB ni. Kan semasing dahada blog?

Kepada yang menyalahgunakan akaun aku sebab aku terlupa log off tadi, aku beri tazkirah ringkas kepada kau:

"WE KNOW YOUR MOTHER"

bring it on

Dang Me!

Entry ni di inspirasikan oleh artikel member baru aku: mohamed najib. Semoga ini akan membantu meredakan apa saja yang membara dalam hatinya.

In my blog-visitor population, I divide them into 2 types: readers and makers. Readers are my followers, commentors. They are the fuel to my blog. They give me the energy to keep updating this site. But in order for me to get more inputs for my writting, I need to promote my site to the mass community. I need to MOVE it so it reaches every corner of the earth. A quick way is to bombard FB with links to my latest or hottest entries. My new hobby is to blogwalk. I've yet to join any blogger community. I have my own reason and one of it is I'm too focused in producing good stuff than selling it. It's OK. A good product will walk by itself.

When I was exposed to Innit and the whole idea of 'nang' and 'dang', I keep exploring ways on how to get high score in it. Some say I need to join a network of friends to constantly have a high 'nang'. Some say I need to have a good selling topic. As naive as I may sound, I believe that a good post will always get a good score if its THAT good. I keep reminding myself to keep trying my best until I get MY big break. It doesn't matter to me the others have high score because by the end of the day, a quality and supportive nobody from Zimbabwe who hardly knows BM is more valuable to me than a friend who doesn't listen (because they are only interested in me if I return their favor).

So don't feel sad or become paranoid when you do not have good 'nang' for your post. If you're THAT frustrated, why don't aim for the highest 'dang' instead? That'll be something.

Dialog dengan Satanist




"Kau satanist?" tanyaku straight pada budak metal yang memakai loket salib terbalik. Dia budak Cina. Tapi aku sebenarnya aim kepada budak-budak Melayu yang di sekelilingnya. Tambahan pula, jika aku dapat dia, maka laluanku kepada budak-budak Melayu tu akan mudah. Aku bukanlah tackle budak cina ni atas sebab perkauman atau sebagainya sebab aku tau: diorang ni sebenarnya keliru. Tambahan pula, diorang yang kacau aku sebab aku sensorang kat Terminal 1 ni yang pakai jubah dan berserban bagai. Diorang yang gatal mintak lighter kat orang berserban, apasal? Sibbaik aku ada lighter. Panjang sikit cerita...


"A'ah' Tau pulak kau?" jawab mamat satanist tu. Kita gelarkan dia budak A sebab aku tak suka ulang-ulang taip nama setan. Macam zikir pulak.
"Tengok loket" jawabku pendek sambil melirik pada loket salib terbaliknya. Dia memegang loket tu.
"Kau tak suka ke aku benci dengan Kristian? Bukan ke Islam tak suka dengan Kristian?" usiknya cuba menduga air yang tenang. Umpan dah masuk mulut ikan nampaknya, bisik hatiku. Aku nak biarkan ikan makan umpan lebih dalam lagi, kasi sangkut kat pangkal hati.
"Sapa kata Islam benci Kristian?" tanyaku cuba menyelidik tahap pemahamannya.
"Korang kan selalu mintak supaya jangan jadi macam orang yahudi dan nasrani dalam Al-Fatihah korang?" tanya mamat Cina tadi. Boleh tahan, knowledge. Ni bukan satanist biasa, ni. Ni satanist yang kononnya tahu akan konsep realiti alam, ni. Best-best.

"Mana ada dalam Al-Fatihah kata jangan ikut Yahud atau nasoro. Dalam Al-Fatihah kata 'ghairil MAGHDU bi 'alaihim wa LAD DHOL LIN'. Orang yang dimurkai atau yang sesat lagi menyesatkan. Kalau Nasoro, mesti Allah sebut Nasoro macam ayat-ayat yang lain" aku mengakalinya. Silap la nak debat pasal benda yang aku dok ulang-ulang minima 17 kali sehari. Budak A terdiam. Aku menyerang dia pulak.
Anton Lavey: Pengasas kultus bodoh
"Kau ikut setan ke?" tanyaku. Budak A memandangku semula.
"Kenapa?" tanyanya.
"Tengok nama band kat baju kau pun aku dah tau. Band ni band satanist ni. Lagu dia semua berdasarkan verse dalam Bible Satanic. Kau ikut band ni, maknanya kau ikut setan la, ye" kataku menduga air di sebelah sana pula.
Crowley. Mamat saiko pertama
"Boleh tahan jugak kau ni. Kenapa kalau aku ikut setan?" mulalah dia guna taktik menjawab soalan dengan soalan tu. Cikai punya taktik.
"Sebelum kau nak ikut setan, maknanya kau kena mengaku adanya tuhan, betul tak? Sebab kalau kau tak caya Tuhan, maka takdelah setan. Setan dicipta oleh Tuhan. Camana kau nak ikut setan yang anti tuhan kalau tuhan itu tiada?" kataku bermain lojik dengannya.
"Betul. Tu sebab kitorang dipanggil jugak anti-christ" katanya bangga cam aku tak tau.
"Kalau kau percaya Tuhan dan setan, dan kau memilih pulak nak mengikut setan, maka kau mesti dah tau camana asalnya setan dilaknat, hingga dia rasa Tuhan tak adil dan kecewa dan mengeluarkan ikrarnya? Betul?" tanyaku lagi bagaikan machine gun. Memang tak kasi chan.
"Betul. Tuhan tak adil sebab pasal satu kesalahan, Lucifer terus dilaknat. Dan dari kisah penciptaan makhluk, seolah-olah dah memang set bahawa Lucifer akan duduk merengkok dalam neraka sebelum dia buat pun kesalahannya" jawabnya.


"Sebab Allah Maha Mengetahui akan kejadian sesuatu yang Diciptakan Nya" jawabku selamba.
"Jadi Tuhan memang sengaja buat Lucifer untuk disumbatkan ke neraka?" tanyanya. Aku tau mana perginya soalan ini. Tapi aku nak layan.
"Mungkin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" jawabku pendek, saja memancing soalan seterusnya.
"Kalau macam tu, tuhan tak adillah sebab lahirkan manusia ada yang Islam ada yang tidak" kata budak A. Kan aku dah agak...

"Sebab itulah syahadah ummat akhir zaman ialah kita mengaku Allah itu Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad SAW itu HAMBANya. Kita ni sekadar ciptaan Nya. Sukati Dia lah nak letak kita kat mana. Dan ummat akhir zaman ni termasuklah manusia dan jin dan setan-setan yang kau ikut tu" kataku.
"Walupun Tuhan humban kau ke neraka?" tanyanya memancingku. Aku tau soalan tu datang dari setan.
"Apa yang Allah tentukan, itulah yang Terbaik. Aku cuma boleh mengharapkan kasihan belasNya saja. Dan aku bersyukur sebab pintu taubat masih terbuka untukku selagi aku tidak syirik" pancingku. Muka Budak A berubah. Perkataan syirik tadi menarik perhatian dia dan budak metal member dia yang mula berkumpul mengelilingi kami.

"Setan pernah sembah selain Allah tak? Iblis pernah syirik tak" tanyaku pada salah seorang budak Melayu di tepiku. Mamat tu menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Budak A pun berkerut tanda dia pun tak pernah terpikir benda ni.
"Iblis tu pernah jadi ketua malaikat. Dah tentulah dia tau Tuhan itu hanyalah satu dan tentulah dia tidak akan syirik. Dan dia diberi penangguhan masa sehingga hari kiamat sebelum semuanya tamat" kataku lagi. Budak A dan budak-budak metal lain mendengar kata-kataku dengan penuh teliti. Nampaknya mereka MEMANG TAK TAHU.

"Iblis sepanjang masa menghantar setan untuk mencuri dengar perkabaran dari langit, takut-takut Jumaat ini ialah Kiamat. Sebab bila kiamat, maka tamatlah riwayatnya dan dia tak boleh nak main soal-soal lagi dengan Tuhan" kataku lagi.
"Kau bayangkan, masa dah dekat-dekat kiamat, tibatiba Iblis decide nak mintak ampun pada Allah dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kau agak-agak Allah yang Maha Pengampun tu akan mengampunkan tak dosa si Iblis?" tanyaku lagi. Makin dalam umpanku ditelan nampaknya.

"Iblis tak pernah syirik, maka ada HARAPAN taubatnya diterima Allah. Cuba kau pikirkan kedudukan kau kalau Allah dah ampunkan Iblis. Kau dah syirik kan Allah sebab ikut setan. Maka pintu taubat dah takde lagi untuk kau" kataku. By this time, ada di kalangan budak metal tu yang beristighfar dan membuka rantai dan baju t shirt mereka yang ada lambang salib. Budak A kelihatan tergamam.

"Kembalilah. Korang kena tipu dek setan dan rasa kecewa korang sebenarnya" kataku lagi. Aku berlalu meninggalkan mereka sebelum riak dan ujub menguasai aku. Aku terus menjauhkan tempat itu dengan melintas jalan ke Courts Mammoth dan ke parking kereta. Sementara menunggu enjin kereta aku panas:

"Assalamualaikum, bang" salam seseorang padaku. Aku menoleh ke luar kereta. Terpandang aku dua-tiga orang budak metal tadi berdiri tersipu-sipu di sebelah keretaku.
"Wa'alaikumus salam. Apa halnya?" tanyaku kebingungan. Ada benda tercicir ke? Aku menge check wallet dan handphone aku. Masih ada lagi...

"Kami nak kembali ke pangkal jalan lah bang. Kami nak bertaubat. Camana kami nak mula?" tanyanya padaku. Aiseh..Ni yang aku tak gemar ni. Aku sendiri pun masih mencari jawapan kepada soalan itu.

"Entahlah" kataku. Puas aku mengontrol ujub dan bisikan dalam hatiku sendiri. Bahaya betul ujian kali ni.
"Abang ni macam banyak ilmu, jer. Bantulah kami" kata salah seorang dari mereka.
"Aku sendiri pun perlukan bantuan. Sesama lah kita bertaubat. Dah. Aku takmau dilihat bersama dengan korang lagi. Kang tak pasal-pasal kalau bala turun kat korang, dengan aku-aku sekali yang kena. Hutang keta ni pun tak abis lagi ni" kataku menghangatkan keadaan. Mendengarkan kata-kataku yang kesat itu, aku perasan ada yang berlinang air mata. Macam nak give up pun ada. Aku rasa bersalah pulak sebab pakai method itu tadi.

Album cover ni ingatkan aku pada gambar Crowley yang kat atas tadi

"Tapi keampunanNya bukan terletak pada laknat atau berkat dari aku. Berusahalah, dan kau akan dapati Allah itu MAHA MENGASIHANI" kataku sebagai motivasi dan aku pun bla cepat-cepat sebab seat Recaro ni dah takbley menampung saiz buntutku yang semakin mengembang.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails