We are watching you |
Kes orang tak puasa kat Malaysia, memang dah biasa. Dan langkah sinikal dan hikmah golongan syariah dalam menguatkuasakan undang-undang Allah (van mayat), amatlah dipuji. Namun, ini tidak mematahkan semangat kuda-kuda setan yang terbawa-bawa dengan cara hidup selama 11 bulan yang lepas ke dalam bulan Ramadhan. Tahun 1431 menyaksikan jumlah orang tak puasa paling tinggi setakat abad ini. Trend peningkatannya juga semakin membahayakan. Dikhuatiri keadaan ini akan semakin teruk pada masa akan datang. Salah satu informasi yang menarik yang dapat aku curikan untukkan korang ialah tahap kreativiti orang Melayu dalam melanggar atau bermain-main dengan perintah Allah ini....