Sunday, August 22, 2010
Apa nak jadi dengan TV3?
Sejak dari kecik, hanya TV1, TV2 dan TV3 aje yang clear kat kawasan kampung aku. Kalau nak TV7, 8 dan 9, kena beli boosterla, kena letak antenna atas galahlah, atau kena tebang pokok kundang pusaka nenek yang menghalang gelombang TV ke rumahku. Bukannya kampung aku takde orang yang mampu nak pakai TV satelit. Cuma bilangan orang dalam kampung aku yang dah semakin kurang. Jadi yang tinggal adalah orang-orang tua dan diorang semua tak pedulik sangat apa yang ditayangkan di TV. Tak macam aku atau budak-budak muda yang lain. Sungguhpun di rumah mak bapak kami ada TV, kami lebih gemar melayan TV di kedai kopi kampung sebab boleh bincang-bincang dan berkongsi-kongsi pendapat dan rokok. Namun, sebab owner kedai kopi ni orthodox sikit, TV dia cuma ada RTM dan TV3 ajer. Nak tukar channel pun kena pulas-pulas tombol yang dah dua-tiga kali tercabut tu. Dan sebagai golongan pemuda harapan bangsa yang prihatin, rancangan berita ialah rancangan kegemaran kami.
Labels:
Isu Semasa,
melayu islam,
RTM3
Nikmat Raya dah kembali
Subscribe to:
Posts (Atom)