Wednesday, April 6, 2011

Interview Dengan Wali (Cerita dari Bang Ali)


Ada satu cerita yang diceritakan oleh Bang Ali kepada kami. Ia berkenaan dengan seorang wali yang mempunyai seorang bini yang tak pernah puas. Dulu masa hidup miskin, bini dia qanaah jer. Tapi sejak dia tau yang laki dia dah capai tahap kewalian, dia mula mengada-ngada. Yang si laki pun senyaaap jer.


"Tapi sebab dia wali, kita takleh nak cakap apa..."
Kami semua ketawa dengar punchline Bang Ali tadi.

Dikisahkan, laki ni seorang wali tahap abid. Maknanya dia ni kerjanya beribadaaaaaaat jer kepada Allah. Ada kalanya, seminggu dia dok bersolaat jer. Ada kalanya seminggu dia dok bersedekaaaah jer. Adakalanya, dia gotong-royong sensorang bersihkan jalan ke kampung maknya. Pendek kata, ada ajerlah ibadah khusus dan ibadah umum yang dia buat. Offer jadi bilal, dia taknak. Tapi selalunya, dialah yang bang.

Duludulu, diorang taktau yang si mamat ni dah jadi wali. Tapi ada sekali tu, mamat tu buat amalan yang guru dia kasi dan benda tu menjadi on the spot. Bini mamat tu suka, lah. Mamat tu pulak, takut. Sebab ketakutan itulah, dia diangkat jadi wali. Dia berenti kerja dan terus mengabdikan diri kepada Allah SAHAJA.

Jadi, bila ada keperluan nak beli barang dapur atau pakaian anak bini, si wali ni akan tadah tangan dan mintak dari Allah. Cara dia ialah dia akan selukkan tangannya ke dalam ufti wangnya setelah dia buat solat hajat dan amalan-amalan tertentu. Bila dia seluk, dia akan keluarkan genggaman. Dia akan serahkan isik genggaman itu kepada bininya, tanpa melihat pun apa dia. Maka bininyalah yang akan menguruskan segalanya selepas itu. Setakat ini, setiap kali bini dia dapat isik genggaman dari wali kita ni, bininya akan buat muka maintain.

Tapi bila si wali ni kembali jer ke bilik rahsia dia, akan kedengaranlah suara bininya menjerit kegirangan. Pempaham jerlah. Tah batu permata intan berlian ke hapa dalam genggaman tadi tu agaknya. Tapi si wali ni tak pernah tergerak nak ambik tahu. Sebab dia wali. Semua ni gurauan jer padanya.

Sampailah satu masa, ada sekumpulan jemaah budak tabligh (jemaah kami) yang buat ghash, melalui rumah mereka pada petang tu. Selaku wali, mamat ni memang dah terasa kehadiran cahaya ni dari tadi lagi. Malangnya, belum sempat dia nak sambut bebudak tabligh tu, bini dia yang bukak pintu dulu.

Nak dijadikan cerita, bini dia tahapa redflagnya agaknya, boleh emo lak dengan bebudak tu semua. Nak disedapkan cerita pulak lagi, otai dikalangan jemaah bebudak tu pun melenting lah pulak (kelihatan abang karkun tak senang duduk). Terjadi sedikit ketegangan disitu. Si wali tiba tepat pada masanya nak meleraikan kesalahfahaman tersebut. Dia menyuruh bininya masuk. Dia meminta maaf kepada jemaah. Jemaah pun minta maaf dan mereka berlalu.

Malam tu kebetulan gas habis. Duit bekalan pun dah habis. Maka si bini pun macam biasa, memberitahu masalah keluarga mereka ini kepada si wali. Si wali pun setlah agenda malam ni nak buat amalan rahsia tu. Malam tu, amalan berlaku macam biasa. Solat hajat, istighfar. Lepas tu seluk uncang wang. Terasa ada benda kat dalam genggaman tu, tapi cam biasa, wali kita ni tak heran pun. Dia terus bagi kandungan genggaman itu kepada bininya. Bininya cam biasa; "Abang taruk lah kat situ dulu". Si wali pun memasukkan genggamannya ke dalam tas tangan lawa milik bininya. Kemudian dia kembali ke bilik rahsia.

Kedengaran suara bininya marah-marah. Lepas tu kedengaran bunyi tapak kaki melangkah menuju ke bilik rahsia. Tak kusyuk jadinya zikir si wali kita ni. Bini si wali masuk ke dalam bilik dan menghulurkan sekeping nota kat wali kita ni tadi. Tertulis dalam tulisan Arab selatan yang bila diterjemahkan berbunyi:

"Hari-hari camni, tokey balak pun lingkup!"

Malam tu mamat wali kita ni iktikaf dengan jemaah tadi kat masjid. Besoknya dia terus keluar 4bulan.

Abang karkun menepuk bahu Bang Ali dan menghulurkan sebijik gelas. Bang Ali mencapai gelas itu dan menuangkan teh susu suam ke dalamnya.
Kami meneguk minuman kami.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails