Friday, June 17, 2011

Kriteria menjadi makmum



Kengkadang, masa kita nak bersolat jemaah di surau di tempat kerja contohnya, kita berhadapan dengan persoalan memilih imam. Pada masa ni, semua orang akan kebelakang dan menyembunyikan diri. Mereka yang sinonim dengan jolokan ustaz, alim atau arifbillah pula akan kelihatan ke depan. Padahal semua orang tau, orang yang paling layak jadi imam pada masa itu ialah orang yang paling baik bacaannya, sempurna pakaiannya serta paling takut nak jadi imam. Topik kita pada kali ini ialah soal bacaan Al Fatihah sebagai seorang makmum. Lagi banyak ilmu yang perlu diketahui untuk menjadi seorang makmum sebenarnya...

Pesanan utama yang nak disampaikan di sini ialah kepentingan dan galakan untuk bersolat jemaah. Selain ilmu nak masbuq, camana nak tepuk bahu bakal imam tu, kat mana berdiri, dan camana nak react bila orang ketiga pulak masuk, itu semua adalah soal fardhu ain. Satu lagi hal ialah boleh ke kita tepuk bahu orang yang bersolat sunat sebagai imam kepada solat fardhu kita? Pegangan saya ialah bila kita masuk surau, kita nak solat fardhu, kita pilihlah imam mengikut the best knowledge yang kita ada. Satu lagi isu ialah dua imam dalam satu surau/masjid. Ini semua kita tak bincangkan sebab itu boleh tanya ustaz.

Bila menjadi seorang makmum, kita kena ada ilmu pasal bacaan Al Fatihah. Nak jadi imam kita kena betulkan bacaan Al Fatihah. Nak jadi makmum pulak, kena tau  dalam timing apa, bacaan Al Fatihah MESTI dihabiskan. Seorang makmum diberi masa dari saat imam mula berdiri sehinggalah imam sudah ke depan sebanyak dua rukun yang besar. Dalam kes kita, kita kena rukuk (habiskan Al Fatihah) sebelum imam nak bangun dari sujud pertama. Jika tak abis, kita kena rukuk jugak. Di sini, kepentingan membaca Al Fatihah dengan makhraj dan fokus yang betul dah satu hal, nak catch-up habiskan sebelum imam rukuk, lagi satu hal. Dapatlak lepas Amin atau pada dua rakaat terakhir.

Surah Al Fatihah yang dibaca dalam solat, terbaik ialah sebanyak 7 kali berhenti. Bacaan setiap ayat dimulakan dengan menarik nafas, dan nafas dikeluarkan semasa menyebut setiap perkataan dalam surah tersebut. Tu sebab dalam mengaji ada ilmu kat mana boleh berhenti takbley berhenti, kat mana boleh sambung takbley sambung.

Kelajuan membaca surah ini menjadi mustahak semasa menjadi makmum. Oleh sebab itu, surah Al Fatihah ada juga orang baca patah 3 atau patah 5. Sila rujuk ustaz yang bertauliah apa makna patah 3 atau patah 5. Pada pendapat kami, skil ini amatlah mustahak dan berguna sekiranya kita menjadi seorang makmum, dapatlak apabila berdepan dengan imam turbo. Atau kita sendiri yang bawak laju.

Bacaan Al Fatihah adalah jantung kedua kepada sebuah solat selepas syahadah. Sebutan, intonasi, pernafasan serta fokus semasa membaca surah ini di dalam solat adalah sangat mustahak. Bila ia ditekankan sebagai rukun, maka ia tentu ada hikmahnya. Dan kerana itulah, kami berkongsi sesuatu ini. Nah, api dah dinyalakan. Pergilah bertanya-tanya!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails