Monday, October 25, 2010


Tahapa-hapa punya perhimpunan
Buang masa, air liur dan karan
Setakat berpantun, tuding-tuding atau bersajakan,
Baik berhimpun di pantai Port Dickson

Dari si misai hai si songkok tinggi
Hingga ke pemudi bertudung sengkuap
Orang undi kau agar kau atur strategi
Bukannya pergi melopong atau tahan menguap

Ada juga yang bermuka series
Kerut di kening nampak meyakinkan
Bila disuruh komen, dia speechless
Tapi bila kat belakang, dialah yang paling lantang

Balik-balik cerita transformasi
Optimus Prime dan si Bumblebee
kalau takat main gerak-gerak jari
Samalah korang dengan kitorang di kedai kopini

Buai tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
UMNO bersidang lagi
Tapi semuanya sekadar cakap

Tiap tahun camtulah adanya
Persidangan dewa yang memperjuangkan bangsanya
Takde sorang pun yang ada agenda
Semuanya dok pikir lepas ni, hidangan ringan pukul berapa?

Orang berhimpun berbincang dasar
Apa yang kekal, apa yang kena tukar
Kalau setakat nak buat kelakar
Baik iklankan ajer di Buletin Utama

Lepas habis perhimpunan Agung
Pulanglah si makan tanggung dan si berak cangkung
Kembalilah ia semula ke kampung
Sambung lepak kat kedai kopi,
Sambil mulut melopong.

Kisah Karkun Sejuk

Karkun kesejukan

Aku pernah ikut tabligh masa zaman aku kat U dulu. Itupun sebab kebanyakan housemate aku adalah budak tabligh. Selalu gakla. Sampai tahap aku pernah keluar 40 hari masa satu cuti semester tu. Tapi lepas grad, aku tak berapa follow sangat aktiviti pentablighan. In fact kadangkala, aku rasa aku lagi mungkar dari budak yang tak pernah keluar tabligh.

Selepas aku start bekerja, aku agak sibuk. Walaupun gaji dari kerja aku dah kira OKlah jugak, namun aku buat jugak kerja sambilan. Aku join MLM. Aku join team kontraktor. Aku juga join member-member yang berniaga di pasar malam pada hujung minggu. Aku perlukan duit. Aku sibuk dengan urusan mencari duit nak membayar pinjaman PTPN aku secepat mungkin. Aku juga nak simpan duit untuk kahwin. Tapi aku lebih memerlukan duit sebab nak keep up dengan lifestyle aku sebagai seorang graduan.

Semuanya OK selama 3 tahun. Sehinggalah aku dikunjungi oleh bebudak tabligh yang kebetulan berziarah petang dan berada di depan rumahku masa aku baru balik kerja. Diorang macam biasa, menyampaikan apa yang patut disampaikan dan mentasykil aku untuk join jemaah mereka dan menyokong usaha tabligh jemaah tempatan. Aku tau semua tu. Tapi aku diamkan diri. Bahkan Maghrib tu, walaupun aku dengar dengan jelas azan yang berkumandang, aku masih hesitate nak pergi solat Maghrib berjemaah dan solat kat umah ajer.

Tak lama lepas tu, kat tempat kerja, ada beberapa budak yang baru bekerja di kilang tempat aku bekerja. Dari gaya mereka, aku tahu mereka adalah budak tabligh. Selalu jugak aku terserempak dengan mereka kat surau. Mula-mula tu, aku perasan dari kayu sugi yang mereka tegakkan di tempat wudhuk. Lama-kelamaan, mereka mula menghidupkan program membaca taklim di surau kilang, setiap selepas solat Zuhur. Walaupun aku tau kelebihan taklim dan ada juga rasa cemburu sebab mereka baru sebulan kat sini tapi berjaya hidupkan taklim (tak macam aku yang dah 3 tahun keja kat sini tapi tak buat apa-apa), aku masih menyembunyikan fakta bahawa aku ialah karkun 40 hari. Aku masih lagi main sembunyi-sembunyi. Kemudian mulalah ia berlaku.

Semuanya rasa tak kena padaku. Aku tak boleh nak fokus. Kerjaku banyak tak menjadi. Kawan-kawanku semakin menyampah denganku. Duniaku terasa sempit. Solatku terasa kosong. Aku tercari-cari apa puncanya. Adakah mak aku marah padaku? Bila aku talipon dan tanya mak, mak marah aku balik sebab pikir bukan-bukan pasal dia. Mungkinkah aku ada cakap benda yang bukan-bukan pasal bapak aku? Aku dah mintak maaf dah haritu. Apa lagi? Mana silapnya ni? Hati kecilku mengatakan bahawa aku kena kembali kepada usaha tabligh, namun aku diamkan bisikan itu dengan mengatakan orang lain takde pun tabligh-tabligh, hepi jer aku tengok?

Dan pada minggu terakhir itu, kejadian datang bertalu-talu. Pada hari Isnin, aku ditasykil oleh budak tabligh kat tempat aku bekerja sebab diorang nak bentuk jemaah 3Hari yang para jemaahnya solid terdiri dari pekerja kilang tempat aku bekerja ni.
Pada hari Selasa, masa aku berenti solat Maghrib di satu surau sebelum aku pergi tapau makan malam, ada jemaah tempatan surau tu yang sedang buat program bayan. Walaupun aku tengah solat masa tu, ada kata-kata pembayan yang aku terdengar dan telah masuk ke dalam hatiku.
Pada hari Rabu, aku menerima panggilan dari bekas housemate zaman U dulu yang tanya camana keadaan iman dan fikir risauku. Tahapa majiknya dia boleh talipon aku dari China (dia tengah outstation kat sana seminggu) dan dia boleh terkenangkan aku pulak.
Pada Hari khamis, sebelum program baca Yasin mingguan, tok Imam boleh buat lawak suruh aku pimpin bacaan Yasin sebab aku ni nampak cam budak tabligh (sebab aku pakai ketayap Pakistan).
Dan pada hari Jumaat, sebelum aku masuk ke dalam rumah setelah pulang dari kerja, jemaah tempatan telah membawa seorang ahli jemaah Pakistan pedal yang keluar di surau Taman aku tu untuk beri tazkirah kat aku. Isik tazkirah tu lebih kepada betapa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba Nya. Mulanya aku tak rasa apa-apa. Tapi lepas mereka bla dan aku masuk ke dalam rumah, hatiku rasa-berdebar-debar.

Aku terpikir: dalam ramai-ramai manusia dan mufti dalam dunia ni, Allah telah pilih seorang lelaki Pakistan yang tak reti cakap Melayu, yang bukannya berharta atau berduit, malah nampaknya lebih miskin dari aku, untuk datang berkelana beribu batu, semata-mata nak sampaikan pesanan bahawa Allah masih sayangkan aku dan mengajak aku untuk kembali kepada usaha...

Dah terlalu lama rasanya aku berada dalam keadaan ini. Aku terasa akan kotornya hati ini. Aku terasa betapa aku telah ditipu oleh nafsu dan setan selama ini yang menjauhkan aku dari usaha dan Allah. Aku ingin kembali. AKu berazam untuk kembali. Hujung minggu ni, aku nak keluar 3 Hari!

Dengan semangat baru itu, aku pun terus SMS karkun yang nak bentuk jemaah dari kilang aku tu dan akhirnya diizinkan untuk join jemaah tersebut. Aku kena tunggu di depan pintu gate kilang pada Sabtu hujung minggu ini, tepat pukul 9pagi.

Sampailah hari yang ditunggu-tunggu. Aku dah siapkan segala kelengkapan untuk 3Hari dan rasa tak sabar-sabar nak keluar hujung minggu ni. Maka aku pun pergilah ke gate kilang, menunggu para jemaah yang lain seperti yang di arahkan.

Setelah hampir 2 jam aku menunggu di depan pintu, usahkan jemaah, budak tabligh yang tasykil orang tu pun tak nampak batang idung. Aku rasa tak best. Aku mula paranoid memikirkan adakah azamku tak diterima? Aku tak mau mengalah. Aku bla dari kilang dan terus pergi surau tempat aku singgah solat Maghrib haritu (sebab aku tau diorang pun bentuk jemaah nak keluar 3 Hari pada hari yang sama).

Sesampainya aku di surau tu, surau itu pun lengang jugak. Api kekecewaan mula berbara di hatiku.
Bisikan yang mengatakan bahawa Allah dah tak pilih aku lagi sebagai asbab hidayah seluruh alam, semakin kuat bergema di hatiku. Sungguh berat perasaanku pada saat itu. Hinggakan air mata mula berlinangan dan jatuh di karpet surau. Aku rasa hina. Aku rasa ketinggalan.
Aku rasa aku kena solat taubat dulu.

Selesai solat taubat dan solat hajat, aku duduk di tangga surau, mengenangkan nasibku. Sedang aku mengelamun, bahuku di sentuh secara tiba-tiba dari belakang. Kelihatan seorang pemuda (yang nampak macam karkun) menghulurkan salamnya padaku. Dibelakangnya ada seorang pemuda yang kelihatan lebih tua sedikit dari yang pertama, sedang menadah tangan berdoa. Pemuda yang pertama berkata:

"Rilek la bro. Allah saja test ajer kesungguhan lu"
katanya sambil tersenyum mesra. Aku menyambut salamnya dalam tersipu-sipu
"Kalau lu betul-betul nak keluar tabligh, lu boleh ikut kitorang, tapi dengan satu syarat!"
kata pemuda itu lagi. Aku bertanya padanya apakah syarat itu.

"Lu kena khidmat selama 3 hari tersebut"
katanya sambil mengangkat-angkat keningnya.
Tibatiba bahu pemuda pertama di tujal oleh pemuda kedua tadi.

"Adoilaaa, abang ni..Lama-lama boleh lumpuhlah tangan kanan saya ni abang asyik tujal-tujal"
kata pemuda yang muda. Aku terdiam melihat gelagar mereka berdua.
"Kau ni asyik main-mainnnn jer. Takleh ke masa tasykil tu cakap elok-elok?"
kata pemuda yang lebih tua tadi. Aku tak mengerti apa semua ini.

"Kau kena ikut kitorang untuk misi rahsia ini. Kau DIPILIH dan kedatangan kami ini adalah untuk mengambil engkau"
kata pemuda yang tua itu. Aku yang masih kaget dengan semua ini, hanya menurut kehendak mereka. Yang muda itu mengangkat begku dan memimpin tanganku ke belakang surau. Yang tua tadi bersujud.




Di belakang surau, aku hampir pengsan kerana melihat sebijik UFO terapung betul-betul di atas atap surau. Pemuda yang memimpinku tadi tersenyum padaku sambil berkata:

"Abang pernah pergi Palestin, tak? Kita nak pergi sana, ni"
katanya. Tibatiba jer aku rasa nak pitam dan mual nak muntah tengok lampu kelipkelip kat keliling UFO tu.

Macam tu sekali Allah nak ajak aku kembali ke dalam usaha. Kalau tasykil yang tahap macamni pun tak mengetuk hatiku, aku taktaulah apa lagi yang dapat membawa aku kembali kepada Nya. Aku kagum. Tapi perasaan bersyukurku yang lebih menguasai...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails