Ada satu cerita pasal seorang pakcik di hutan simpan di Pahang. Beliau tinggal bersama isterinya di sebuah rumah yang dibina khas untuk beliau. Rumah beliau bertiang tinggi (untuk elakkan ular atau air lecak masa musim hujan). Tapi ada sekeluarga harimau decide jadikan bawah rumah pakcik ni sebagai sarang mereka. Keluarga harimau ni terdiri daripada seekor ibu rimau dan 3 ekor anak-anaknya. Kadang-kadang, ada juga beberapa orang datang ke rumah pakcik ni nak berguru. Dan semua orang kagum tengok family harimau belang yang lepak bawah rumah tu. Si pakcik ni tak pernah kata dia yang bela harimau ni. Maklumlah, wali. Memang betulpun. Harimau tu yang datang dan lepak bawah rumah. Tapi Rimau and family tak kacau family si pakcik ni atau orang-orang yang datang berguru.
Cerita pasal rimau dok bawah rumah orang ni, akhirnya sampai ke telinga Pengarah Jabatan Perhilitan. Beliau bertindak menghantar beberapa orang eksekutifnya untuk menasihatkan pakcik tu untuk melepaskan harimau tu. Dah dua-tiga rombongan dihantar tapi mereka semua tak berjaya. Mereka semua cair dengan pakcik tu, malah ada yang terus menetap dan tinggal dalam hutan tu untuk berguru dengan pakcik tadi. Pengarah tertekan. Sebelum Karam Singh dapat tahu, aku kena buat sesuatu, bisik setan dalam hatinya.
Maka beliau pun berangkatlah ke rumah pakcik tu. Sesampainya rombongan Pengarah di rumah pakcik ni, mereka dipersilakan naik ke atas rumah. Si Pengarah perasan ibu rimau yang tengah menyusukan anak-anaknya lepak kat bawah rumah tu. Ibu rimau ushar jer. Goyang jugak si Pengarah ni. Pakcik wali kita ni, biasalah, adab menerima tetamu, walaupun beliau dah tau maksud kedatangan mereka. Beliau rilekkk jer, menidakkan arahan si Pengarah untuk melepaskan harimau tu ke hutan. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak membela rimau tu tapi rimau tu yang datang. Dah pernah halau tapi mak rimau tu bawak balik anak-anaknya lepak bawah rumah beliau. Si Pengarah buntu. Dan seperti Pengarah-Pengarah lain, beliau mula hilang sabar. Takkan dia pun nak balik pejabat dengan kekecewaan? Malulah dia kepada eksekutif-eksekutif yang dibasuhnya masa diorang kata diorang gagal dan nasihatkan agar Pengarah biarkan ajer rimau dan pakcik tu. Pengarah ni terus berceramah kepada pakcik ni pasal hak binatang la, perlembagaan la, kisah-kisah rimau naik hangain dan membaham orang la. Tahapa yang dia tersalah cakap agaknya, membuatkan pakcik kita ni berang. Tapi macam wali-wali Melayu, beliau hikmah...
Pakcik kita ni menyuruh si Pengarah diam dan mengajak rombongan Perhilitan ni ke bawah rumah. Mereka semua mengelilingi ibu rimau yang sedang menyusukan anaknya itu. Lalu si pakcik menarik sekor-sekor anak rimau yang sedang menyusu tu dari puting mereka. Ibu rimau ushar jer dengan mata mengantuk. Anak-anak rimau ni diasingkan kat satu tiang kat satu sudut rumah. Rombongan Perhilitan tahu, ni carik nahas namanya. Biasanya ibu-ibu akan marah bila anak-anak mereka yang sedang menyusu diganggu. Kedengaran bunyi rengekan anak-anak rimau. Ibu rimau ushar je. Si pakcik mendekati si ibu pulak. Rombongan sumer dah berdebar-debar. Ada juga yang dah mula memegang erat senapang dan pistol yang mereka bawa.
Si pakcik dengan selamba merangkul kepala ibu rimau dan cuba menyelak bibir rimau tu, menampakkan taringnya. Rimau tu layan jer. Cam kucing la pulak. Lepas tu, beliau menjentik taring harimau tu. Kemudian, beliau berkata: "Kalau rimau ni saya boleh buat gini, bayangkan apa yang saya boleh buat kepada tuan-tuan semua".
Pengarah tu paham dan mengarahkan rombongannya bungkus dan pulang ke pejabat.