|
Jika sudah memakai spek Allah, semuanya nampak 'Allah' |
"Bang, apa maksud 'Allah Ada'? Jika Allah itu ADA, maka kita ni TIADA. Susah saya nak explain kat yahood ni," tanyaku kepada brader bus stand yang sedang meraut lidi untuk dibuat penyapu.
"Kau amalkan tak muhasabah setiap malam?" tanya brader. Aku tak istiqomah bab muhasabah ni. Usahkan muhasabah, adab tidur pun dah lama tak buat. Tidur kapir, makan kapir jangan mati cam orang kapir, cukupppp.
"Tak, kenapa?" tanyaku jujur. Para wali tak suka orang bengkang bengkok atau yang suka mengextravaganzakan cerita diri sendiri.
"Pernah buat tak?" tanyanya lagi. Brader meletakkan lidi yang dah siap dan mengambil sehelai daun kelapa yang sudah siap dipotong dari pelepahnya. Dia mula meraut batang itu pula.
|
Di langit ada Allah |
"Pernah" jawabku pendek. Aku layan dulu.
"Masa kau muhasabah tu, apa yang kau nampak?" tanya brader lagi. Dia langsung tak memandang padaku yang sedang berkerut cuba memflashback kan diri ke saat aku bermuhasabah sebelum tidur.
"Yang pastinya, saya cuma ingat pasal Dia dan saya" jawabku. Yelah. Semua yang berlaku ialah mesej dari Nya. Dan bila aku muhasabah, maka yang teringat padaku hanyalah aku dan Dia dan bagaimana hubunganku pada Nya untuk hari itu.
"Mana perginya orang lain dalam hidup kau masa muhasabah tu?" tanya brader.
"Mereka semua hanyalah asbab sampainya sesuatu dari Allah itu kepada saya" jawabku komfiden. Jawapan ni aku curik dari kuliah tauhid yang aku ikuti setiap hari Isnin di masjid Negeri.
|
Allah itu teratas, cuma langitlah yang kita kaitkan dengan Allah |
"Kau agak, masa orang lain muhasabah, apa kedudukan kau pada mereka?" tanya brader lagi. Dia meletakkan lidi penyapu yang baru dirautnya. Dia ambil sebatang lagi.
"Saya ni hanyalah asbab kepada sampainya sesuatu dari Allah kepada orang itu" jawabku. Aku mula nampak cahaya jawapan tapi tak pasti cahaya itu putih kalimantang atau kuning-kuning panas bulba lampu.
"Apa yang kekal dalam muhasabah kau dan orang lain tadi?" tanya brader.
"Allah!" kataku.
"Maka di dunia ni, kita TIADA. Yang ADA hanyalah Allah" jawab brader bus stand. Beliau berhenti meraut lidi dan meletakkan pisau di lantai.
"Pisau ini tiada" mula brader. Aku fokus pada pisau. Ni mesti nak buat magik ni. Cayalah! Brader ajer yang ada magik sepanjang masa. Abang karkun cuma ada magik masa keluar tabligh jer.
"Tapi dengan ketiadaan ini, hasrat yang pada mulanya tadi, TIADA (nak meraut lidi untuk dibuat penyapu) kini sudah ADA" kata brader. Dia mengumpulkan lidi yang telah dirautnya dan diikat dan jadilah sebuah
penyapu lidi.
|
Kita ni cumalah lidi penyapu |
Aku masih terkial-kial memahami kata-kata brader yang last tu. Sampailah sekarang.