Monday, December 27, 2010

PAS for all

Aku baru balik. Dan banyak benda yang aku tak suka dah berlaku kat negara dan bangsa aku ni. Masa aku kat sana aku tak ambik tau sangat walaupun ada orang dok bukak RTM3 pakai henpon. Aku cuba lari dari semua ni sebab aku dalam latihan. Sekarang aku dah balik dan aku rasa menyampah dan rasa macam nak sambung latihan lagi. Tapi tak guna sebab niat dah lari.

Di satu sudut, keadaan politik bangsaku semakin kelakar. Dunia semakin diambang inflasi dengan kenaikan kadar dan magnitud jenayah, serta pelbagai bencana alam yang perlu diuruskan. Tetapi para penguasa dalam negaraku sibuk gaduh pasal adab mesyuarat, pasal tak puas hati sampai berpecah belah, dan tak kurang juga yang sibuk buat tahapa-hapa demi menyelamatkan keadaan spiritual masyarakat Malaysia yang semakin membimbangkan. Yang rakyat pulak semakin suka mempersoalkan dari kekal dalam barisan (bukan barisan nasional), lebih suka mengkritik daripada turut serta, dan ditengah-tengah semua kehuru-haraan, masih ada yang sempat menangguk diair keruh dengan mengambil untung. Maka makin kuatlah pendapatku mengatakan bahawa semua Melayu kena masuk PAS, dan yang dalam PAS, berperangai macam orang Islam.

PAS ajer yang padaku yang memperjuangkan tertegaknya hukum Islam di Malaysia. Dan padaku hukum Islam itu indah. Kita semua tak indah sebab kita belum Islam lagi. Kita mungkin muslim. Tapi belum mukmin. Islam itu ialah agama. Kita ni hanyalah bangsa manusia. Tapi mengatakan kita bukan Islam itu pula salah. Maka sapa yang tahu dia belum Islam, dan mahukan Islam, maka masuklah PAS. Dan bila dah PAS, belajarlah apa itu Islam. Maknanya, yang masuk PAS tak semestinya orang Islam atau Melayu saja.

Dan orang PAS pula sepatutnya sedar, bila awak mengaku PAS dan mahu dikenali sebagai PAS, awak kena bercakap, berperangai dan berpakaian macam orang Islam. Jaga mulut dan jaga akhlak. Tugasnya lagi berat dari jadi mamat tabligh yang sekadar belajar cakap-cakap. Jadi pejuang politik hanyalah untuk orang yang dah sampai tahap ikhlas saja. Sebab mereka berkhidmat untuk negara. Aku tak sanggup. Aku sekadar mengundi ajer.

Orang akan kata aku berpikiran sempit. Aku jumud. Aku ekstrimis. Aku cuma aku. Seorang Melayu yang tak guna. Tapi aku mahukan perubahan.

Perubahan dari aku yang muslim kepada mukmin.

Perubahan daripada perpecahan kesekularan kepada perpaduan akan ketauhidan.

Dan menurut pandanganku yang terbatas ini, yang ada cuma PAS.

Aku suka apa yang PAS buat kat Kelantan kerana maju padaku bukanlah kebendaan. Aku tahu dunia ini sementara dan akhirat itu abadan abada, tapi dalam peperangan di dunia demokrasi, undi aku itu adalah senjata. Dan aku menyeru kepada golongan majoriti Malaysia, bersatulah di bawah PAS.

Cukuplah dengan main-main setakat hari ini.

Atan Dan Abu (sebab aku, TABLIGH jadi busuk)

"Tan, besok pinjam keta kau" kata Abu. Mulalah tu. Jemariku masih terpacak pada keyboard laptop. Masih contemplate sama ada nak tulis atau tidak. Aku rasa macam aku dah kantoi sedangkan aku pun tak tau aku dah langgar hukum apa. Aku rasa munafik sebab depan cakap ye-ye, belakang aku buat juger. Aku blank. Aku kantoi dengan abang karkun.

Semuanya bermula sebab aku mencari wali. Memang normallah aku sebagai seorang budak Melayu tipikal akan terpengaruh dengan cerita kesufian sebab aku membesar kat kawasan Rembau. Kat Rembau ada ramai wali. Yang terang-terangan mahupun yang sembunyi-sembunian. Kami biasa dengan jin dan setan. Dan setakat David Copperfield, kami takat duduk atas kelapa gomeng jer masa menonton persembahan live nya.

Dalam pencarianku mencari wali, aku bertemu dengan abang karkun masa kat U ni. universiti kakilima. Hahahaha. Dan asbab dari dia, aku juga bertemu dengan Atan dan Abu, serta semakin memahami brader bus stand. Yang anehnya, pertemuanku dengan mereka semua membuatkanku lebih sedar dan mengenali diriku. Seorang mamat yang aku dok masih tercari-cari sehingga kini.

Abang karkun ialah wali. Tapi dia bukan seorang wali yang dilantik. Dia mahu jadi wali. Dia mahu jadi wali bukan sebab dia mahukan keramat atau pangkat dalam masyarakat Rembau atau Melayu yang menghargai konsep sainthood. Dia mahu jadi wali kepada takrif. Wali Allah bermakna padanya ialah terhegeh-hegeh mahu menjadi kaki tangan Allah. Bagaikan orang Melayu yang terhegeh-hegeh nak keja gomen sebab nak pencen. Atau kontraktor yang terhegeh-hegeh kepada Tuan Pengarah sebab nak dapatkan tender. Dia mahu sebab dia tahu. Abang karkun tahu dan dia berbuat sesuatu.

Yang mewalikan dia pada mataku ada dua. Pertama sebab dia tetap mahu walaupun dia tahu dengan memilih untuk mahu bermakna membuka pintu kepada pelbagai ujian fizikal dan mental yang berupa bala dan mujahadah dalam kehidupan dunia yang sedang dalam fasa akhir zaman sekarang ni. Kedua sebab sungguhpun dia tahu apa pekdah atau mujahadahnya, dia bukan lakukan kerana nakkan ganjaran, tetapi kerana kasihkan ketuanya. Dan kasihkan ketuanya bermakna kasihkan Allah.

Dan padaku, dua sebab ini melayakkan dia sebagai wali Allah. Tak perlu karomah. Tak perlu kata yang penuh falsafah. Orang yang berkeinginan dan istiqomah dalam perjuangannya adalah motivasi yang lebih baik untukku daripada orang yang dah sampai tapi tak buat apa-apa.

"Kau nak pegi sekali, tak Wan?" tanya Abu padaku bertempik dari ruang tamu. Suaranya bergema dalam bilik aku yang bawah tangga ni. Aku memperlahankan suara aku berfikir dalam hati.

"Memanglah dia pergi sekali. Dah abang karkun cakap nak jumpa dia. Bawak laptop dengan line internet sekali. Apa maknanya? Nak bancuh pasal blog la tu" kata Atan straightforward. Aku terdiam mendengar perborakan adik beradik dua orang ni. Tanganku terus melipat laptop dan mengemaskan apa yang patut.

"Kau jangan risau, Wan. kitorang support kau" kata Abu. Aku memasukkan cable wayar laptop dalam beg.

"Aku dah cakap jangan guna tajuk Tabligh-Leak. Mesti member abang karkun terbaca, dan sound dia, punya" kata Atan menyatakan pendiriannya berlepas diri dari belasahan abang karkun sebentar lagi. Aku mengezipkan beg laptop. Aku berdiri dan mengemaskan pakaianku. Kalau dulu aku kena bertukar dulu pakai kurta apa bagai sebelum nak jumpa abang karkun dalam ocassion begini. Tapi sekarang dah tak payah. sebab aku dah siang malam dok berkurta dan berketayap. Lagi kerap dari aku memakai jam. Lecturer tabligh kat U pun kata aku ni dah josh dan selalu mintak aku doakan dia. Padaku, kurta ni lagi mudah dari baju biasa. Nak basuh pun senang. Nak lipat pun senang. Unik pun unik jugak sebab sekarang semua orang nak jadi yahudi. Aku nak jadi pakistan, apa salahnya?

"Takde-takde-takde. Aku setuju namanya Tabligh-Leak. Ada unsur lawak sikit" kata Abu. Aku ambik wallet, henpon, perfume halal dan kunci rumah. Aku ambik beg dan switch off the light.

"Sebab kau lah ni kita dapat susah" kata Atan. Kedengaran Atan dan Abu main kejar-kejar dan tepuk-tepuk kat ruang tamu. Sekali imbas macam beruang grizzly bergurau pulak aku tengok budak dua ekor ni. Kang terlambak pulak ashtray tu kang.


"Hari-hari nak hidup senaaaang jer, boring arr. Tengok perut kau tu, dah boroi" kata Abu sambil menyucuk perut Atan. Mereka berguling-guling bergurau atas lantai. Kerumut carpet rumah sewa aku. sibbaik housemate aku yang lain takde.

"Dah-dah. Jom-jom. Aku dah siap" kataku sambil menuju ke arah pintu.

Kami bergerak menuju ke rumah brader bus stand, port kami. Dah lama rasanya tak buat camni. Maklumlah, agak busy dua tiga menjak ni. Aku termenung sepanjang perjalanan...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails