Tuesday, October 5, 2010

Aku anak Malaysia


Aku cumalah rakyat yang hina. Salah satu dari jutaan mereka. Suaraku takkan kedengaran. Ditenggelamkan oleh jiranku yang nampaknya lebih memerlukan. Namun aku terus juga berada dalam barisan. Mengharapkan satu hari nanti, masa untuk suaraku didengari, akan kesampaian.
Mintak sedekah lagi senang dari hantar borang cukai
Ketika di jabatan kerajaan, aku diperlakukan umpama aku ni peminta sedekah. Giliranku diletakkan paling bawah, di bawah anak pengarah, sedara datuk, orang berduit dan yang berkabel besar. Dan apabila tiba masaku, aku kena isi borang semula. Semata-mata kerana lokalitiku, bukan dalam jurisdiksi mereka.
Dari pembangkang..
Namun ku sahut seruan kerajaan. Belilah barangan buatan tempatan. Ketika di jalan raya, aku memandu di lorong kiri. Keretaku perlahan, takut menghalang kereta import para menteri. Tak sampai setahun, keretaku mula meragam. Tingkap yang macam sial, enjin pulak yang macam minum minyak hitam. Baru jer lepas warenti, keta pun masuk wokshop. Genuine part yang dibuat di Rawang, lagi mahal dari barang import. 

..sampailah ke kerejaan..
Dengan sabar, tinggal beberapa bulan saja lagi, langsailah harga keretaku. Tapi 6 tahun itu tiada maknanya, seandainya terlewat bayar sebulan dua.

Semakin hari, kurasa semakin sial. Malaysia adalah negara bangsawan dan mereka yang berkapital. Orang kebanyakan sepertiku dibiarkan terkial-kial. Sebab makbapakku bukan jutawan kosmetik, atau orang politik atau artis terkenal.



Bukankah ini negaraku? Bukankah aku ini Melayu? Kenapa pula hakku yang perlu dicatu? Bukankah sudah separuh abad negara ini merdeka? Mengapakah keadaan kita masih di takuk lama?


Malaysia ialah negara orang kaya dan bangsawan. Sekali lagi aku tekankan. Orang kebanyakan sepertiku takkan dipedulikan. Apa yang terdaya olehku hanyalah terus beratur dalam barisan. Sedangkan si mereka, selamba potong que sebab ada kenalan. Kami tak dipedulikan seandainya membayar cukai pada masanya. Tapi kamilah pengkhianat negara, seandainya terlewat sebulan dua.






dititipkan oleh Abu
Pembayar cukai tegar

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails