Showing posts with label sainthood. Show all posts
Showing posts with label sainthood. Show all posts

Friday, October 15, 2010

Kisah Para Wali (Ahmad Khazruya dengan lilin)


Pada satu ketika, Ahmad hendak menjamu seorang tamunya. Untuk itu Ahmad menyalakan 70 batang lilin. Melihatkan layanan yang mewah itu, tamunya itu menyindirnya.

"Aku tak senang menyaksikan semua ini. Pembaziran ini tidak sesuai untuk seorang sufi"

Ahmad menjawab: "Jika demikian, padamkanlah lilin-lilin yang telah kunyalakan bukan kerana Allah"

Sepanjang malam itu tamunya tdai sibuk memadamkan lilin itu tapi tak satupun dari 70 lilin itu dapat dipadamkannya. Keesokan harinya Ahmad berkata kepada tamunya itu:


"Mengapa kau merasa hairan. Mari, ikuti aku, akan kutunjukkan hal yang benar-benar menakjubkan"


Lalu mereka pergi sampai ke pintu sebuah gereja. Ketika melihat Ahmad dan sahabatnya, pengurus gereja itu segera mempersilakan mereka masuk. Kemudian ia mempersiapkan jamuan di atas meja dan mempersilakan Ahmad makan.


"Orang yang sedang bermusuhan tidak akan makan bersama" kata Ahmad.
"Jika demikian, Islamkanlah kami" jawab ketua gereja itu. Ahmad mengislamkan mereka yang semuanya berjumlah 70 orang. Pada malam itu Ahmad bermimpi dan di dalam mimpi itu, pesanan Allah disampaikan berbunyi:

"Ahmad, engkau telah menyalakan tujuh puluh lilin untuk Ku dan kerana itu untuk mu Ku nyalakan 70 jiwa dengan api iman"

Kisah Para Wali (Bisyr - manusia kaki ayam)



Bisyr, dilahirkan di Merv dan menetap di Baghdad. Sewaktu mudanya, dia adalah seorang yang boros. Satu hari dalam keadaan mabuk, dia berjalan dalam keadaan terhuyung hayang. Tibatiba dia terjumpa secarik kertas yang bertuliskan "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang". Bisyr lalu membeli minyak wangi mawar untuk dipercikkan pada kertas tersebut dan menyimpannya dengan cermat di rumahnya.

Pada malamnya, seorang wali bermimpi. Dalam mimpi itu, ia diperintahkan Allah untuk mengatakan kepada Bisyr: "engkau telah mengharumkan nama Ku, maka Aku akan mengharumkan dirimu. Engkau telah memuliakan nama Ku, maka Aku pun memuliakan dirimu. Engkau telah mensucikan nama Ku, maka Aku pun menyucikan dirimu. Demi kebesaran Ku, Kuharumkan namamu, baik di dunia mahupun di akhirat nanti". Bisyr adalah seorang pemuda yang pemboros, mungkin sudah tersalah mimpi. Wali itu berfikir.

Setelah berwuduk, solat, wali itu tidur kembali namun mimpi itu berulang lagi. Berkali-kali.

Keesokan harinya ia pergi mencari Bisyr. Melalui seseorang, dia tahu Bisyr sedang mengunjungi sebuat pesta buah anggur. Sesampainya di sana, dia bertanya kepada tuan pesta:

"Adakah Bisyr ada di sini?"
"Ada. Dia berada dalam keadaan mabuk, lemah dan tidak berdaya" jawab orang itu.


"Katakan kepada Bisyr bahawa ada pesanan yang hendakku sampaikan kepadanya" wali itu berkata.
Tidak perlu IQ tinggi untuk mendengar mesej dari Nya


"Pesanan dari siapa?" tanya Bisyr.
"Dari Allah" jawab wali.
"Ya Allah!" Bisyr berseru dengan berlinangan air mata.
"Apakah pesanan untuk mencela atau menghukum diriku? Tapi, tunggulah sebentar, aku akan beritahu kepada sahabat-sahabatku terlebih dahulu"


"sahabat-sahabat" kata Bisyr.
"Aku telah dipanggil, oleh kerana itu aku harus meninggalkan tempat ini. Selamat tinggal! Kamu tidak akan melihat diriku dalam keadaan seperti ini lagi"
Bisyr ada di celah-celah gambar para habib ini

Sejak dari itu Bisyr berubah menjadi seorang yang soleh sehingga tidak seorang pun yang mendengar namanya. Bisyr tekah memilih jalan pengasingan diri. Dia begitu asyik beribadah kepada Allah dan muali saat itu ia tidak pernah memakai alas kaki. Itulah sebabnya kenapa Bisyr digelar sebagai manusia kaki ayam.

Kisah Para Wali ( Bisyr dengan Ahmad bin Hambal)

Betul ke ni gambar Imam Hambali? Ada tasbih keliling leher pulak?



Ahmad bin Hambal sering mengunjungi Bisyr. Ia begitu mempercayai kata-kata Bisyr sehingga murid-muridnya pernah menegur sikapnya itu.

"Pada zaman ini, tiada orang yang dapat menandingimu dalam bidang hadis, hukum, teologi, dan setiap cabang ilmu pengetahuan, tetapi setiap saat engkau menemani seorang pemabuk. Betulkah tindakanmu itu?"

"Mengenai setiap bidang yang kamu sebutkan tadi, aku memang lebih mengetahui dari Bisyr. Tetapi mengenai Allah, dia lebih berpengetahuan dariku" jawab Ahmad bin Hambal.

Friday, October 8, 2010

Kisah Para Wali (Sahl dan bermain dengan hati)

Nafsu suka gertak kita dengan gastrik


...Hatinya bersetuju untuk tidak meminta apa-apa lagi. Tetapi ketika sampai di kota Kufah, hatinya berkata:

"Hingga sejauh ini aku tidak pernah meminta sesuatu pun darimu. Tetapi pada ketika ini aku ingin sekerat roti dan sepotong ikan. Berikanlah sepotong roti dan ikan kepadaku dan engkau tidak akan kuusik lagi sepanjang perjalanan menuju Makkah"

Ketika memasuki Kota Kufah, Sahl melihat sebuah penggilingan yang digerakkan oleh seekor unta. Sahl bertanya:

"Berapakah yang kamu bayar untuk menggunakan unta ini?"
"Dua dirham!"
"Lepaskanlah unta ini dan ikatlah aku sebagai penggantinya. Berilah satu dirham untuk kerjaku hingga waktu Isyak nanti"

Unta itu dilepaskan dan tubuh Sahl diikat kepada penggiling itu. Setelah malam tiba, ia pun menerima upahnya sebesar satu dirham. Dengan wang itu dibelinya sepotong roti dan sekerat ikan dan diletakkan didepan dirinya. Sahl berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai hati, setiap kali engkau mengkehendaki makanan ini ketahuilah olehmu bahawa engkau harus melakukan pekerjaan seekor unta dari pagi sehingga matahari terbenam untuk mendapatkannya"

Kisah Para Wali (Sahl dalam fana)

Senang nak FANA dalam tarekat yang ni


Setiap kali melakukan latihan kerohanian, Sahl akan mengalami ekstasi selama 5 hari berturut-turut dan selama itu pula ia tidak makan. Jika latihan iti dilakukannya di waktu musim dingin, peluhnya keluar dan membasahi pakaiannya.

Jika dalam keadaan ekstasi ini para ulama bertanya kepadanya, maka Sahl akan menjawab:
Senang nak pura-pura FANA kalau camni

"Janganlah kamu bertanya kepadaku kerana di dalam saat-saat kerohanian seperti ini, kamu tidak akan mendapat manfaat dariku dan dari kata-kataku"

Kisah Para Wali (Sahl dan necromancer)

Necromancer sebenar betul-betul bercakap dengan empunya roh

Pada satu hari, ketika Sahl sedang duduk berserta sahabat-sahabatnya, lalulah seorang lelaki. Sahl berkata:

"Orang itu mempunyai satu rahsia"

Ketika mereka manoleh, orang itu telah pun pergi.
Setelah Sahl meninggal dunia, salah seorang muridnya duduk di makan Sahl, lelaki tadi lalu pula di situ. Murid Sahl menegurnya:

"Syeikh yang terbaring di dalam makam ini pernah mengatakan bahawa engkau mempunyai satu rahsia. Demi Allah Yang telah Memberikan rahsia itu kepadamu, tunjukkanlah kepadaku"

Lelaki itu menunjuk ke makan Sahl dan berseru:
Necromancer yang ni sekadar bercakap dengan jin jer...

"Sahl, berbicaralah!"

Dari dalam kubur, terdengarlah suara yang lantang:
"Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan Tiada bersekutu"

Lelaki itu kemudian bertanya:
"Telah dikatakan: barangsiapa yakin Tiada Tuhan Selain Allah, maka tiadalah gelap baginya di dalam alam kubur. Benarkah demikian Sahl?"

Dari dalam kubur itu terdengar jawapan Sahl:
"Benar!"

Kisah Para Wali (At-Tirmizi dengan Nabi Khidir)


Telah beberapa lama Tirmizi tidak bertemu dengan Nabi Khidir. Pada satu hari, seorang pembantu yang masih gadis mencuci pakaian bayi dan kotoran-kotoran bayi itu di masukkan ke dalam sebuah besen. Sementara itu, Syeikh Tirmizi dengan mengenakan jubah dan serban yang bersih berjalan ke masjid.


Kerana satu hal yang tidak disangka-sangka, tibatiba si gadis mengamuk dan segala isi besen tertumpah ke atas kepala Tirmizi. Tirmizi tidak berkata apa-apa dan menahan marahnya. Tidak berapa lama kemudian, bertemulah dia dengan Nabi Khidir.

Friday, October 1, 2010

Kisah Para Wali (Abu Yazid dan selubung keakuan)


Abu Yazid berkata: "Dunia telah kutalak tiga. Kemudian seorang diri aku berjalan kepada Yang Esa. Aku berdiri dihadapan Nya dan berkata:
"Ya Allah, tiada sesuatupun yang kuinginkan kecuali Engkau. Apabila Engkau telah kuperolehi, maka semuanya turut kuperolehi"

"Setelah Allah Mengetahui keikhlasan hatiku maka kurnia pertama yang diberikan Nya kepada ku adalah membukakan selubung keakuan dari depan mataku"

Kisah Para Wali (Sedutan dari kisah mikraj Abu Yazid)


..."Tidak ada seorang manusia pun yang pernah mencapai kemuliaan yang lebih tinggi daripada apa yang telah kucapai ini. Tidak mungkin tingkatan yang lebih tinggi dari ini"

Tetapi kuperhatikan betulbetul ternyata kepalaku masih berada di tapak kaki seorang Nabi. Maka sedarlah aku bahawa tingkatan terakhir yang dapat dicapai oleh orang-orang soleh hanyalah tingkatan awal dari kenabian. Mengenai tingkat terakhir dari kenabian tidak dapat ku bayangkan.


Kemudian rohku tembus ke segala penjuru di dalam kerajaan Allah. ...Ketika rohku menemui roh kesayangan Allah, Nabi Muhammad SAW aku melihatnya seratus ribu lautan api yang tiada bertepi dan seribu tirai cahaya. Seandainya kusuakan kaki ke dalam antara lautan-lautan api itu, nescaya aku akan hangus binasa. Aku merasa takut kehairanan. Tetapi betapa besar pun keinginanku, aku tidak berani memandang tiang perkhemahan Muhammad Rasulullah. Walaupun aku telah berjumpa dengan Allah, tetapi aku tidak berani berjumpa dengan Muhammad.

Kemudian Abu Yazid berkata:

"Ya Allah, segala sesuatu yang telah terlihat adalah diriku sendiri. Bagiku tiada jalan yang menuju kepada Mu selama aku ini masih ada. Aku tidak dapat menembus keakuan ini, apakah yang harus kulakukan?"

Maka terdengarlah perintah: "Untuk melepaskan keakuanmu itu ikutilah kekasih Kami, Muhammad. Sapulah matamu dengan debu kakinya dan ikutilah jejaknya"

Monday, September 6, 2010

Interview dengan Wali (Kesimpulan dari Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431)

Faveret kami ialah cerita setan kena bedal...
Kepada yang tak mengikuti siri ini selama bulan Ramadhan yang lalu, ini aku recap balik bagi korang tau ujung pangkal. Pemerhatian pertama ialah semakin meningkatnya bencana alam di Malaysia. Maksiat yang berleluasa telah mengundang bencana alam dan sekarang semua bencana alam itu sedang mengetuk pintu negara kita. Rakyat Malaysia dah semakin takde tempat nak melancong. Nak pegi laut, takut tsunami. Nak camping kat gunung, takut tibatiba hujan, sesat dan terus jadi orang asli. Nak pegi Indonesia pulak, kalau terselamat dari gempa bumi atau gunung berapi, kira nasib baik dah tu. Kat sana sekarang dah ada pengebom berani mati dan suka meletup tak kira tempat.


Pendaftaran para Wali
Pemerhatian kedua ialah kadar orang yang tak poser pada tahun ini dikalangan MELAYU semakin meningkat. Aku belum selidik dengan lebih mendalam lagi kenapa peningkatan ini berlaku, tapi trendnya cukup membimbangkan hingga membuatkan abang karkun dan brader bus stand menangis. Aku cuba nak menangis jugak tapi sebab tak tau untuk apa aku menangis, air mata tu tak keluarkeluar.

Pemerhatian ketiga ialah pembuktian tentang obsesi orang Melayu dengan cerita berbaur politik dan konspirasi. Dari data stats kat blog aku ni, entry itu mendapat hit tertinggi dalam masa yang singkat dan aku kengkadang menyalahgunakan info ini untuk mencari makan. Dari sini kita dapat tau orang kita semakin berpuak-puak. Sesuatu yang menyedihkan ialah bagaimana pejuang-pejuang kebenaran di dunia maya ini (blogger) terlalu asyik dalam meng copy dan paste kan cerita-cerita berkaitan politik (semuanya jadi politiklah sebab pakai kacamata politik-kita mug dan realiti) dalam menumpang populariti. Ada juga yang kreatif dengan berfikir dan mengubah fakta dan jpeg sampai jadi cam cerita mamat DAP sembelih lembu, dan ramai pulak yang ulang tayangkan tu. Aku pun taktau. Ada hikmah rupanya aku didedahkan dengan blogging pada bulan Julai yang lalu...

Dan kesemua ini, bila dinilai dari kacamata seorang Melayu Islam di MALAYSIA, memberikan pandangan kepadaku bahawa aku kena lakukan sesuatu. Aku kena lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan negara aku. Dahlah kes jenayah, buang bayi, bunuh makbapak semakin menjadi-jadi. Aku pun semakin pemalas dan amalan pun makin kureng. Dan setelah melalui Hari 31 Ogos dalam bulan Ramadhan yang lalu, aku telah sampai ke kongklusi ini: AKU NAK BANGUNKAN ISLAM DALAM NEGARA AKU!

Dan untuk itu, aku kena bangunkan Islam DALAM diriku.
Dan buat kerja lagi dan lagi.

Sampai GILAWALI

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails