Wednesday, December 8, 2010

Atan dan Abu (Pernahkah?)



"Bu, aku nak tanya ni" mula Atan. Abu yang sedang mengorek bijih terhenti dari aktiviti melombongnya. Dia menarik jemarinya dan tercari-cari kat mana nak calit benda tu.

"Katakanlah aku baru lepas solat. Pastu, aku wirid-wirid sikit. Pastu masa doa, aku baru perasan ada kesan dakwat pen marker kat telapak tangan kiri aku" Atan terhenti. Dia memandang pada Abu yang sedang sibuk mencari tempat nak calitkan benda tu.

"Kau dengar, tak ni?" marah Atan pada Abu yang macam endah-tak-endah dengan soalannya"

"Dengarrrrr" kata Abu. Abu berhenti mencari. Dia mengentel benda di jarinya tu.

"Kalau aku baru perasan yang ada kesan pen marker kat tangan aku lepas solat, maknanya, air wudhu tak kena lah kat area tu" sambung Atan tak mempedulikan kelakuan Abu. Abu masih menggentel.

"Abis, tu?" tanya Abu.

"Abis tu, aku kena ulang balik tak solat aku?" tanya Atan.

"Ntah" jawab Abu. Abu menjentik bend ayang di jarinya itu ke udara.

"Siot punyer Abu" kata Atan kekecewaan.


Ada sesapa yang tau apa jawapannya? Sapa yang tau, silalah komen. Sapa yang taktau, jangan memandai. Pergi tanya ustaz dan jawab dalam ruangan komen. Aku pun akan tanya soalan ni pada ustaz aku.

Kita lumba sapa yang jumpa jawapan dulu, amacam?

Semalam dan Hari ini




Semalam aku batu kelikir
Harini aku dah jadi batu asah

Sungguhpun aku hanyalah batuan
Dulu aku sekadar jadi bahan beristinjak
Sekarang aku dah jadi bahan mempertajamkan pulak

Dan sudah tentulah dengan kejadian baruku
Jodohku hanyalah bergaul dengan yang tumpul-tumpul
Aku tak kisah
Bahkan aku bangga
Kerana aku
Ada juga gunanya

Bukanlah aku mahu lekakan diri
Dengan menggaulkan kemungkaranku dengan positiviti
Jauh sekali nak meriak
Atau mentakburkan diri
Sebab aku sedar
Aku
Belum jadi pisau lagi

Politik Oh Politik

PRU semakin hampir. Semua pihak dah mula memperkemaskan barisan. Tapi aku dan rakyat yang lain, masih main kejar-kejar. Masih tenggelam dalam kemarahan sebab orang lain dapat lebih. Masih keliru dalam peperangan yang bukan perjuanganku.

Boleh ke aku tak peduli? Boleh ke aku melarikan diri? Sebab apa jua alasanku, Pilihanraya TETAP akan berlaku. Dan andainya MEREKA yang menang, dan anak keturunanku semakin jauh dari Nya akibat kekalahan itu, maka bagaimana nak aku bagi alasan nantik? Dahlah berdakwah pun malas. Nak beramal apatah lagi. Bila diajak mengundi pulak, aku mencarut-carut dan buat gambar smiley di atas kertas undi. Matangkah aku? BETUL ke tindakan ku?

Sekiranya pun aku membenci pada mereka yang berada di atas, apa pilihan yang aku ada? Puak yang satu lagi terdiri dari pihak yang NYATA-NYATA pengamal kronisme. Kalau orang yang mengatakan TIDAK KEPADA KRONISME pun melakukannya, apa harapanku kepada mereka yang ahli parti tertinggi terdiri dari anak bininya? Adakah aku memilih mereka kerana keBENCIanku kepada yang sekarang? Adakah aku memilih sebab aku terikut-ikut dengan PERASAAN? Atau, adakah aku memilih kerana aku mahukan perubahan? Bagaimana jika perubahan itu hanya mengundang pembaziran? Mampukah aku menanggung risikonya, kerana dalam keadaan sekarang pun, aku takde apa?

Sapa yang menang pun, aku tau, nasib rakyat hina macam aku takkan berubah. Takde sapa yang peduli jika keluarga kecilku dihalau kerana takde duit nak bayar sewa. Takde sapa yang nak percaya jika aku katakan aku tak dapat bayar cukai kerana nak rolling bayar duit pinjaman pendidikanku dan makan anak biniku. Takde sapa yang nak bantu pun kiranya aku mengadu pada Baitulmal. Aku hanya akan disorongkan dengan borang demi borang demi borang sampai staminaku tenggelam dek kelaparan.

Negaraku semakin menjadi hutan kapitalis. Inflasi memaksa mereka yang keliru menjadi semakin trajis. Tak siapa yang pedulikan suara si ibu yang menangis. Tak siapa yang nak memujuk anak kecil yang mengemis. Semua orang sibuk terkais-kais. Dan sejemput kerak yang kami dapat, ditagih pula oleh si buncit nak buat rolling main najis.

Jalan ikhtiar manakah yang patut aku lalui? Bagaimanakah lagi nak ku banting tulang reputku ini? Bahkan, pada saat doa paling mustajab setiap minggu itupun, kami dipaksa mendoakan mereka yang tak pernah ambil peduli...

Seandainya ini semua bukan satu kezaliman, sesungguhnya aku terasa aku sedang dianiaya. Dan dengan kemakbulan ini, aku doakan agar Tuhan, mengampunkan aku, keluargaku, dan mereka semua...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails