by aku budak podeh
Semalam aku tertengok citer 999 kat RTM3 part Maszidul Akmal Sidek turut serta dalam satu rush yang tangkap pengusaha sisha dan karaoke di Kelantan. Kelihatan dia mundar-mandir depan kamera, buat-buat cemas sambil abang polis tengah punggah botol syisya kat background.
Pastu diorang rush satu tempat karoke haram. Yang gempaknya, mamat karaoke tu siap buat penyerap bunyi dengan menggunakan bekas telur kertas yang ditampal didinding. Pastu interior design bilik-bilik karaokenya gempak. Tapi semuanya diperbuat dari bahan yang simple tapi cool. Korang kena tengok segmen tu sendiri untuk memahami apa yang aku katakan ni...
Yang paling menarik ialah temuramah dengan ketua penguasa Majlis Perbandaran something tu yang bagus. Dia mengatakan lesen syisya tak dikeluarkan dikawasan dia sebab cara menghisap syisya itu menggambarkan satu imej yang tak bagus. Seolah-olah ia menggalakkan penyalahgunaan dadah dalam masyarakat bawah jagaan dia.
Berkaraoke pulak hanya dibenarkan sekiranya ia tidak melibatkan perniagaan. Kalau orang tu kena bayar untuk karaoke, tak boleh. Tapi untuk keluarga atau majlis kahwin yang ada karaoke, takpe tapi dengan syarat-syaratnya. Baguslah jawapan dia.
Aku suka sebab ia mencerminkan penguatkuasaan hukum agama dalam negara ini, walaupun ia agak liberal pada luarannya...
Sebab dalam Islam, kita tak galakkan dadah. Membudayakan style isap dadah, bahkan memperniagakannya pula, ialah tak baik untuk sebuah masyarakat. Harini kita biasakana anak-anak dengan syisya perisa stoberi. Besok epal. Lusa masa dia keluar dengan member dia, dan member dia hulur syisya, mereka tak takut.
Mereka akan ambik 'syisya' tu dan hisap dan weng sebab 'syisya' tu berisi ganja.
Samalah macam kalau kita 'cool'kan budaya cara minum arak, anak-anak kita takkan heran bila ada mat salleh ajak 'cheers' dengan mereka. Mereka tak kisah dengan minum arak, kepada orang Islam atau tidak, dan mula ambik mudah dengan botol arak dan iklan arak. Aku malas nak cerita kenapa Islam tak suka arak. Cuba tengok cerita Piranha, tu. Nuff said. ITU KISAH BENAR padaku. Semuanya mula pasal sebuah botol arak. Terus keluar ikan piranha ababil.
Samalah macam kalau kita biasakan budaya berkapel. Anak pompuan kita belajar pandai, masuk U, kita bangga sekampung. Lagi dua sem nak abis U, anak kita kenalkan kita dengan seorang balak yang mukanya macam bapak budak. Takper. Budak tu pun, kabarnya anak datuk. Nampak pun gah dengan keta besarnya. Bakal lawyer. Kita tak sabar menimang cucu.
Padahal kita tau, tah berapa kali ntah anak kita telah lemas dalam percintaan dengan mamat tu...Kita bley kata, takper. Lagipun budak tu akan kawin dengan dia hujung minggu ni...
KITA boleh kata TAKPER?
.
.
.
.
Baik aku layan lagu Hunger Strike dari Temple of the Dog dan teruskan mogok lapar.
...Aku dah beremosi, ni.....
Baik aku berhenti...
Inilah azam aku tahun ini
Orang kapir masih main kejar-kejar dengan apa azam baru.
Orang Islam pulak, tengah stuck dengan masalah mereka AKIBAT azam yang lalu...
Maknanya:......aku..?