Tuesday, December 28, 2010

Cerita Akhir Tahun


Di satu sudut, kelihatan seorang lelaki menyembah-nyembah seorang kaki tarik kereta daripada menunda kereta buruknya kerana dah 3 bulan tak bayar. Dia merayu agar diberi tangguh setengah hari lagi untuk mendapatkan wang kerana dua tiga menjak ini keadaan terdesak dan anak bininya jatuh sakit. Tanpa kereta, susahlah dia nak bawa anak isterinya ke rumah mak mentua setiap kali dia nak pergi kerja.

Di bawah sebatang pohon di tengah padang di sebuah kawasan perumahan, kelihatan tiga beradik sedang berehat dari pancaran matahari tengahari yang terik. Masing-masing mengandang beg galas mereka, cuba menjual barang-barang cenderamata yang dibeli dari Maideen kepada penduduk setempat. Mereka tak ke sekolah hari ini kerana membantu bapa mereka mencari wang nak beli susu untuk adik mereka yang sakit di rumah nenek mereka di kampung.

Di dalam sebuah rumah, kedengaran tangis esak seorang ibu tua yang setia mendoakan kesejahteraan anak-anaknya. Dalam fikirannya, anak-anaknya sedang sibuk menguruskan hal rumahtangga mereka di dalam dunia duit itu, duit ini. Bahkan si ibu tak pernah pun memberitahu bahawa hayatnya sudah hampir dek penyakit kronik yang tidak diubati atau diberitahu kepada sesiapa kerana dia tak mahu menyusahkan anak-anaknya (yang sentiasa tak berduit). Dia tak mahu mengadu kerana nak jaga air muka anak-anaknya yang belajar tinggi-tinggi belaka. Mereka semua bekerja di syarikat besar tapi tak seorang pun yang punyai masa untuk diri mereka sendiri, walhal untuk ibu 'yang dikasihi'...

Di satu sudut yang lain, kelihatan seorang pelajar universiti lelaki sedang sugul termenung dalam dilema. Dia sedang mengira-ngira untuk melakukan sesuatu yang tak pernah terpikir olehnya selama ini demi keterusan dia dan adik-adiknya yang memerlukan wang untuk pelajaran mereka. Ibu bapanya tak berduit. Hutangnya dengan kengkawan juga dah bertimbun. Kemudian datang sebuah kereta mewah dan pelajar itu masuk ke dalam sambil disambut dengan peluk cium si Datin Horny.

Di tengah-tengah kegelapan malam, kelihatan seorang perempuan Melayu berkemas-kemas sesudah memuaskan nafsu seorang lelaki tua. Dia mengambil upahnya dan kembali ke rumahnya. Di rumah, kelihatan beberapa orang anak kecil yang tidur bergelimpangan di ruang tamu. Si perempuan mengejut mereka dan mereka semua bangun dan makan juadah yang di bawa pulang oleh si perempuan. Si perempuan tak makan. Dia hanya melihat dengan linangan air mata.

Di dalam sebuah pejabat setiap kali akhir tahun, tuan Pengarah sedang mengadakan mesyuarat tergempar tentang cara nak habiskan duit peruntukan yang ada lebih lagi 50ribu. Tahun lepas dia dibambu oleh SetiaUsaha kerana tak habiskan duit maka tahun ini dia tak nak dibambu lagi. Mereka sepejabat sepakat nak mengadakan seminar kat Genting selama 3 hari dua malam tapi tak boleh bawak keluarga sebab takmau bocor rahsia.


Siapa yang mahu tahu? Di saat hati semakin membatu.
Kerana semuanya sibuk dengan lazer dan celah dada Jupe.
Dan sekumpulan lelaki tak tutup aurat mengejar bola yang sebiji.

Tiada Harapan


Kalau aku tak begitu,
Masakan aku begini sekarang?

Dan kalau aku begini,
Mungkin ada lagi jalankah,
Untuk aku kembali begitu?

Kerana masa semakin suntuk.
Aku tak pasti dengan esok.
Dan aku semakin keliru,
Dengan apa yang kutahu.

Inginku buangkan semua dan kembali ke sediakala
Tanpa itu
Tanpa ini
Tiada harapan
Tiada sangkaan

Yang ada hanyalah hari ini

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails