Wednesday, September 1, 2010

Atan dengan Abu (Kisah Atan mulamula nak taubat duludulu)


Atan ni sebenarnya sekali dengan Asan. Sila klik di sini kalau nak tau serba sedikit pasal Asan. Pendek cerita, watak Melayu moden dan alpa itu ialah Asan. Dan dia suka berbesfren dengan Atan. Atan dengan Asan ni sebaya. Dengar ceritanya si Atan ni memang partner in crime kepada Asan. Apa saja aktiviti mungkar yang nak dibuat oleh Asan, dia akan bawak Atan sekali. Pegi disko, pegi double date, pegi isap dadah, lepak depan umah sewa awek sampai kena halau kat KRT. Sebab Atan ni tak banyak kerenah. Dia ngikuttt jer. Tambahan pula, dia cekap bawak keta. Sampai ada satu masa tu kami gelarkan dia "Atan-the satan powered driver". Kalau takat nak cocok keta orang sampai kena bumper tu, selamber. Kalau setakat nak sep-sep side mirror atau tempeleng kepala mat rempit yang mencilok masa traffic jam, itu biasa. Dapatlak lengan Atan yang besar sebab dia pernah kerja mengait kelapa sawit kat Felda Serting, masa lepas SPM. Sekali katok jer, berterabur helmet mamat tu atas asphalt.

Bonus Raya! (umum dah 2 kali, dapatnya entah bila)

Pepehalpun, bonus raya!!!

Tentu mak aku gembira. Ya Allah, terima kasih kerana gembirakan mak aku.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Ampunilah dosa kami, Ya Allah.
"Sungguh mendalam sindiran anak kau ni, Wan.."

Surat kepada orang indonesia (isu bakar bendera)

Mamat ni sebenarnya na buat magic, tapi media dah tipu kita
Kepada orang Indonesia, yang beribu dan berbapakan orang Indonesia, yang berketurunan dari gugusan kepulauan Indonesia. Dan yang perasan indon.
Dan kepada orang Malaysia, yang mengaku datang dari Malaya, dari keturunan tanah banjaran titiwangsa, kepada semua:Hahaha! Kepada semua orang MELAYU..."Assalaamu alaikum!"

Yang beria-ia marah tu, bekas burh kat Malaysia dulu
Bila aku tanya kepada: sumber maklumat paranoia, pakar-bidang-sains-politik-auta-mengauta, bekas-ahli-Illuminati-yang-dah-bertaubat-nasuha, bakawali abad 1432; apa pendapat dia tentang isu orang Indon bakar dan ludah bendera Malaysia kat seberang sana, dengan muka malu-malu segan, dia menjawab:


"Eheh. Den tak ambek tau bonaaa, halhal tuu, Wan..." jawabnya pendek sambil mengcover-cover mulutnya takut bau kasturi dikesan. Maklumlah...Berpuaserr...


hehehe

Last phase of Ramadhan fourteenTHIRTYONE

"Saya bakar untuk anak bini saya jer. Abang Long ngan Kak Ngah kalau nak, bakar sendiri!"
Ramadhan datang dan pergi. Dah berkali-kali. Adakah kali yang ini ada peningkatan? Atau adakah kita semakin gostan? Ayuh, sedarlah kawan. Masih ada kesempatan. Walaupun kita ni mungkar selama 11 bulan, untuk 10 hari yang terakhir ini, marilah kita rebut peluang. Yang tak pasti lagi kita kecapi, di tahun hadapan.


Raya datang lagi. Kehangatannya semakin dicari-cari. Dapatlak bila perkataan'malam tujuh likur' atau 'pasang pelita' atau 'kudung main mercun' mula menjadi cliche. Atau bila lagu-lagu Raya mula dikumandangkan di media-media, SMS-SMS dan sekarang: tweet-tweet Raya pun semakin banyak tersebar di kalangan rakyat Malaysia, dalam dan luar negara. Bagaikan kita semua diiingatkan kembali siapa diri kita dan mana asal-usul kita. Sesetan-setan mamat yang bertindik tiga di telinga, atau sepengkid-pengkid minah genit yang ganas tapi kiut, hinggalah ke orang-orang tua tak sedar diri berseluar pendek gi beli barang nak buka puasa, padahal nafas berbau Suryaaa. Semuanya terasa. Semuanya bagaikan telah berPUASA dengan sempurna (atau sekurang-kurangnya mencuba), gembira menyambut kedatangan Eidulfitri, hari manusia kembali bersih, kembali ke fitrah.
"Kalau Israel datang kacau misi bantuan kita ke Palestin lagi, aku tembak dengan Warhead Lemang 2010 ni...Lepas tu diikuti dengan Warhead Rendang Daging Kerbau"


Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails