Tuesday, June 7, 2011

Rembau's Digitalization (Packet Data)



baca dari mula...

Kalau aku dilantik, maka aku akan dilantik selama satu penggal. Satu penggal ada 4 tahun. 4 tahun ni, kalau dalam konsep aku tadi, ia akan jadi sebuah paket data (PD). Sebuah PD 16-bit, mengandungi 4 ketul 1 dan 0. Contoh: 1011 atau 1100 atau 0010. Setaip kod pula membawa makna tertentu, bergantung kepada decoder yang membaca PD tersebut, di sebelah yang menerimanya nantik. Ini ialah cara sistem digital bekerja dalam komunikasi.

Maka katakanlah aku dilantik sebagai Undang, maka aku akan mulakan PD kita sebagai '10..' Tahun pertama pemerintahan, kita akan tumpukan kepada penambahbaikan dalaman. Sebab kalau ikut, sekarang ni ada banyak benda yang perlu diperbaiki di Rembau. Stesen Bas yang moden, contohnya. Atau sistem pengangkutan awam yang lebih menyeluruh yang mengcover sekurang-kurangnya setiap taman yang ada dalam daerah ini. Setiap mukim kena ada sistem pasar, khidmat masyarakat dan aktiviti yang menjanakan ekonomi. Prestasi setiap sekolah dan masjid dipantau ketat, KPI penjawat awam diperkemas serta rakyat Rembau disatukepalakan semula melalui media atau aktiviti sosial macam perlawanan bola 7 sebelah contohnya. Kita bagi diri kita masa setahun. Kita akan duduk sama-ama, berkongsi dan bersetuju dengan KPI kita untuk tahun itu, dan kita bergerak.

Setiap elemen dalam daerah ini juga, secara amnya, kena berpikiran sebagai satu. Kita akan tumpukan kepada memastikan setiap elemen dalam KPI setiap mukim adalah hijau. Bila semua dah hijau, tahun berikutnya, kita test dengan mengosongkan diri. Sebab kalau kita nak berlumba, kita kenalah lengkapkan kereta kita. Kita mestilah cukup sifat dan berdaya saing dan ada stamina. Takleh nak pergi berlumba dengan kaki kanan bisul atau masa sedang selsema atau stereng tak cukup sifat.

ada lagi...tapi esok

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails