|
Aku masih sedih kerana Dia belum bagi mesej pada ku... |
Dunia
dakwah melalui internet telah lama diperkatakan dikalangan ulama. Aku malas nak quote sapa yang kata boleh gunakan internet dan sapa yang kata tak boleh. Aku nak komen sebab mereka
mempersoalkan niat aku yang ada cerita pasal akhirat (payabesarpedas) sedangkan di satu sudut yang lain, aku bercerita pasal underground. Dalam payabesarpedas juga ada kondem RTM3, parti politik dan bangsa aku. Pada
abang-abang karkun, ini sudah langgar adab tertib usaha (takleh kondem orang, takleh usik politik, ekonomi atau mazhab). Pada brader-brader bus stand (
tarekat) pula, aku ini dah macam munafik.
Memang kadang-kadang aku rasa aku macam munafik. Takyah nak ingatkan aku....
Aku masih
baru dalam semua ini. Dan terus terang aku katakan niatku berblogging
bukanlah berdakwah. Aku cuma mahu
belajar dan berkongsi. Walhal masa aku keluar tabligh atau bersuluk sekalipun, aku masih dalam niat nak belajar. Tak pernah dalam hatiku ada niat nak mengajar.
Siapalah aku? Aku kan, seorang munafik?
Akhlakku buruk dan aku popularkan cerita cerita yang takku pastikan kesahihannya.
Dan semua kesalahanku ini, langsung tak pernah aku sandarkan kepada ayat Al-Quran atau sunnah atau sebagainya. Salahkan aku. Aku bukan menyampaikan. Aku hanya merekodkan kefahamanku tentang semua ini. Kemudian mereka mempersoalkan pula niatku
memblog walk kan blog-blog aku. Mereka kata aku ni
menjual agama untuk dunia (sebab letak iklan nuffnang dalam semua blogku).
Padaku, takde gunanya jika aku menulis dengan bersungguh-sungguh, tapi yang baca
hanyalah aku. Aku
mahu orang lain tahu pendapatku. Dan sebagai orang yang berilmu,
aku harapkan mereka itu menegurku sekiranya apa yang aku tulis adalah
salah. Lagi banyak komen, lagi bagus kerana setiap pandangan adalah hanya sekelumit daripada keseluruhan rupa bentuk hakikat sebuah realiti. Kalau satu entry dapat satu komen, maka aku akan banyakkan entry supaya komen yang aku dapatpun banyak. Bak kata falsafah dalam statistik:
'the more data we gather, the merrier'
Dan padaku juga, sekiranya pun aku benar-benar BERDAKWAH melalui blogging, apa kejadahnya jika aku sekadar berdakwah (update blog) sekurun sekali?
Bukankah 2 jam setengah kena buat HARIHARI? Bukankah
berzikir kepada Allah itu paling kurang pun pagi sekali, petang sekali? Jadi aku
updatelah blog blog aku setiap hari. Tapi brader-brader otai dan awwalin-awwalin burzuk ni mempersoalkan pula kekerapan update ku, kononnya aku nak dapatkan
buffered earning dengan banyak.
Dalam hal iklan tu pula, ia aku gunakan sebagai penanda. Bila aku dapat BE, maknanya blog aku tu ada nilai. Ini ialah penyenyap kepada bisikan setan dalam diri seorang munafik ini yang masih terpaut dalam dunia. Sekiranya setan berbisik:
apa kejadahnya kau beria-ia mengupdate blog kau ni?, Aku boleh jawab dengan;
kan kita dapat duit tu? Setan pun diam dan kalah. Tapi ini ialah cara aku. Tambahan pula,
aku mengupdate semua ni dari CC. Apa salahnya aku
dapatkan kembali duit yang aku gunakan? Kau orang tau ke kalau aku sumbangkan semua cashout aku kepada badan amal? Kau orang tau tak berapa aku sedekahkan hasil dari duit blogging ni setiap hari Jumaat? Ni tidak, asyik nak berparanoid buruk ajer dengan aku (baik aku berenti kejap sebab
Abu dah nak keluar dah ni)
Untuk semua ini, aku nasihatkan kepada semua agar
bacalah disclaimer kat bahagian bawah sekali kat payabesarpedas.
Kliklah link yang aku iklankan dalam shoutbox mereka dan
baca entryku dulu sebelum menyerkap jarangkan ku. Ni tidak. Bila diorang tengok
aku datang dua tiga kali sehari dalam blog mereka, mereka ingat aku ni sekadar nak promo blog dan diri aku lalu terus melabelkanku.
Prejudisma itu satu kebodohan. Tolonglah atasinya dengan akal dan kesabaran.