Showing posts with label Sufism. Show all posts
Showing posts with label Sufism. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Memahami Realiti

Aku sedang melayan video di yutiub. Atan tengah main game kat hempon dia. Abu dengan Abang Karkun tengah selidik something kat tab Abang Karkun.

"Power jugak Tab made in China, ni" kata Abu.
"Made in China, tak semestinya takbley pakai" jawab Abang Karkun.
"Bukankah Baginda SAW pernah kata yang bunyinya lebih kurang; tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri Cina?" kata Atan tiba-tiba. Tengah pasang telinga, rupanya. OK. Aku test.

"Hari tu masa 4th of July, diorang jumpa apa yang dikatakan sebagai Higgs boson. Diorang dah jumpa bukti yang dalam 'space' and 'time' kita ni, ada medan yang dipanggil Higgs field. Pendek cerita, diorang dah temui konsep 'alam ghaib'" kataku panjang lebar. Semua orang pandang pada aku kecuali Abang karkun. Tipikel.

"So?" tanyanya.
"Takdela. Saya terpikir jer, camana alam ni berfungsi, sebenarnya"
"Teruskan"

"Camni. Ahli sihir datang ke sebuah kampung. Di atas pentas, ada sebiji batu yang besar. Depan orang ramai, dia angkat batu tu tanpa sentuh pun. Orang kampung pun kagum" mulaku.

"Tetiba ada pakcik berteriak, ahli sihir itu hanya guna tipu daya. Yang berlaku sebenarnya ialah, ada jin yang angkat batu tu. Tapi orang ramai tak nampak. So, orang pun selamat. Cerita pun abes kat situ" aku senyap sebentar, bagi Atan dan Abu catchup. Aku tak risau Abang karkun tak paham ke apa sebab dia boleh baca pikiran. Aku tau dia dah tau makna soalan aku.

"So, melalui ilmu mata kasar, saya boleh explain the mechanics of macam mana nak mengangkat batu tu. Kena ada peralatan. Tapi sekarang, saya tak nampak jin tu. Dan saya tak nampak atau rasa apa-apa yang boleh dijelaskan menurut ilmu fizik saya, bagaimana jin itu, mengangkat batu tersebut. Macamana batu tu boleh lepas dari tarikan graviti bumi. Macamana benda yang tak berjisim boleh angkat batu besar tu" Aku tengok Atan dan Abu. Dua-dua tengah menganga. Abang karkun ketawa.

"Oh, keh keh keh. Amender, la kau ni. Itu yang kau pikirkan?" kata Atan.
"Ntahnya. Cubala pikir kalau elektrik takde masa 21 Disember nantik, mana nak cekau lilin ke, mana nak cari motobot murah ke, sapa ada batang pancing lebih ke..." kata Abu pula. Kami semua ketawa. Tapi itu tak menjawab soalan. Aku pandang Abang karkun. Dia sibuk lap air matanya dek lawak bangang adik beradik dua ekor ni. Aku mula saspek diorang ni ada darah jin sesikit. Aku picit ibu jari kaki kiri Atan.

"Keluar! Keluar!" kataku. Atan menggeleng-gelengkan kepalanya macam kena histeria. Makin kuat kami ketawa.

"Dah-dah! Astaghfirullah...Lalai betul aku dibuatnya dengan korang ni!" kata Abang karkun. Aku ushaar jer Abang karkun, menunggu jawapan kepada soalanku. Ada jugak aku try-try konon nak baca fikiran Abang karkun tapi biasalah. Paling kuat pun aku terbayang gambar sebijik kacang, jer. Makrifat kebendanya? Anyway, by that time, Brader bus stand pun sampai membawa dulang berisi jag dan gelas-gelas kosong.

"Air dah sampai!" kata Abu.
"Bismillah! Bismillah! Jemput! Air orang bujang jer, ek?" kata Brader bus stand merendah diri. Wali-wali memang camni. Baik budi pekerti dan suka menjamu orang. Aku leka sekejap tapi kembali fokus kepada persoalan bila bibirku menyentuh air kopi o yang masih panas lagi. Adoi! Kok ye, pun kaaaan...

"Hehe. Maaf. Nabi biasanya akan minum air bila dah suam sikit. Tunggu dia sejuk, jap" kata Brader bus stand. Kelihatan Abu dan Atan yang tadi berkerut memuncungkan bibir nak menghirup air kopi panas, terus buat muka relaks dan meletakkan gelas masing-masing dengan berhati-hati takut air panas tu tumpah,  di tempat yang tak terlanggar, nantik. Aku pandang Abang karkun. Dia tak usik gelas dia.

"Dah lama dah, manusia kaji benda ni. Bukaklah Al-Quran dan bacalah dengan tartil. Manusia akan jumpa jugak, macam-macam secret. Rahsia penciptaan, rahsia bagaimana semua ini berfungsi, rahsia masa, rahsia dalam rahsia dalam rahsia...

Sungguhpun begitu,ia tetap terbatas hingga 90% ketepatan. Tetap akan ada 10% ketidakpastian, walau manusia dan jin dah rancang hingga ke nano saat yang ke per sejuta. Dan 10% itu, adalah pivotal pulak tu. Takde dia, 90% tadi tu tak berguna" kata Abang karkun panjang lebar. Kami semua dah duduk mengadap dia. Tapi dia masih leka dengan Tab dia. Ntah apa sajalah yang menarik sangat tu agaknya?

"Ramalan kaji cuaca, ni haaa" kata Abang karkun sambil angkat dan tunjuk Tabnya padaku. Kelihatan gambar peta dunia dengan line-line kaler-kaler dan pola pergerakan awan. OK. Aku diam, sekarang. Sambung arr lagi, bang?

"Tapi, untuk mereka yang dah paham, Allah beri kelebihan. Setiap kelebihan, sesuai dengan tahap iman mereka dan mereka tidak terpengaruh dengan kelebihan itu. Ingat tak cerita pembantu Nabi Sulaiman Al-Asif yang ahli kitab tu?" Abang karkun berenti dan meletakkan Tabnya tadi ke sisi kirinya.

"Yang kalahkan ifrit dengan bawak Istana Puteri Balkis, tu?" tanyaku. Abang karkun mengangguk dan membetulkan postur dan duduk tegak depan gelas minumannya. Dia senyum. Atan dan Abu buat muka saspen. Brader bus stand pun senyum sambil geleng kepala. Aku tenung jer Abang karkun.

Dengan selamber dia pegang gelas panas tu dengan telapak tangan kanannya. Dia angkat dan pegang gelas tu depan bibir. Kelihatan wap air terbang laju dek nafas Abang karkun. Eh? Bukan gelas tu panas ke? Aku pandang Abu. Atan muka excited. Dia pun pegang gelas dia tapi terkujat sebab panas.

"Alhamdulillah. Semoga Allah tambahkan barokah dalam hidup tuan rumah yang menyediakan hidangan ini. Bismillah..." katanya dan terus meneguk air panas tu perlahan-lahan. Setelah tiga teguk, dia letakkan semula kat tepi dan ambik balik Tabnya tadi.

"Perghhhhh!!!!! Camner abang buat? Camner bang? Ajar, arrrr" kata Abu sambil goyang tangan Abang karkun. Atan pulak dah duduk kat tepi bahagian kaki dan ambik kaki kiri Abang karkun dan taruk atas pahanya dan mula mengurut-ngurut. Brader bus stand tersengih. Aku usik gelas aku dan biarkan tanganku memeluk gelas panas tu sambil cuba fokus nak tahan kepanasan tu. Siap buat berdengung lagi macam meditasi reiki. Tapi panas jugak. Nak meletup rasanya jari aku. Aku masih tak puas hati.

"Kongsi-kongsi, la ilmuuu" kata Atan pula.
"Ntah. Tapi tabligh.." cucukku. Abang karkun ketawa lagi.

"Dah tua pun tak berubah-ubah!" seloroh Abang karkun pada kami.
"SIFU!" kata mereka berdua serentak.
"Sifu bijik tasbih, kau! Hahaha" jawab Abang karkun. Serambi rumah brader bus stand, bergema lagi dengan gelak ketawa, malam Selasa tu. Dah lama tak camni...

Monday, July 23, 2012

Menyerah kalah

Aku lemah,

Aku tak berguna.

Aku menyusahkan,

Aku hina.


Aku tahu nilaiku di dunia,

Tak perlulah aku diduga lagi.

Cuma janganlah kelemahan ini,

Terpercik pula kepada mereka..


Aku hina,

Aku lemah.

Aku menyerahkalah,

Kepada Allah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433H


Alhamdulillah!
Sampai juga kita ke Ramadhan untuk tahun ini.
Semoga peluang kali ini,
Tidak kita sia-siakan,
lagi...

Friday, January 27, 2012

Rahsia yang Ali r.a tahu tentang Allah?


Aku sedang melepak menusan di beranda rumah brader bus stand dengan Abang Karkun. Tengah leka-leka memoncongkan bibir nak buat O, nak celen adik beradik Abu dan Atan, tetiba abang Karkun berkata:


"Kau tau Wan, aku sejak dari kecik ada banyak benda yang aku mintak kat Allah. Banyak benda yang pelik-pelik..."


Aku berhenti menghembus asap nusan dari peparuku namun bibirku masih memoncong. Mataku ke kiri kanan cuba mencari jawapan. Dan dengan moncong-moncong tu, aku gelengkan kepala.

"...Ada, aku mintak nak terbang, lah. Siap buat solat hajat, nii. Ada mintak nak jalan atas air. Yang dah jadi rutin ialah mintak nak mimpi makan satu talam dengan Baginda SAW..."

Aku sedut nusanku yang dah tinggal suku dan mencucuh puntung ke ashtray. Ni mesti citer best, ni. Dah lama abang Karkun tak citer benda-benda camni ngan aku...OK. Aku diam.



"Kau ingat tak cerita yang ada satu hari tu, ada sorang sahabat bertanya kepada Ali r.a tentang Allah. Kemudian jawapan dari Ali r.s pulak ialah yang lebih kurang bunyinya: "Kalau aku beritahu kau jawapannya, kau akan kata aku telah melakukan kesyirikan"...Camtuu, laa bunyinya. Kau ingat tak, Wan?"

Aku gelengkan kepala dengan spontan, seperti yang dijangkakan.


"...dan antara yang paling pelik aku mintak , aku pernah mintak kat Allah akan jawapan kepada soalan sahabat tadi kepada Ali r.a..."

Abang Karkun mengalihkan pandangannya ke kejauhan bagaikan nak mula mengimbas satu siri kenangan pahitmanis yang tak tercerita dek lisan, tak tergambar dek perbuatan, hanya boleh difahami oleh yang merasai...


"...dan aku rasa, Allah dah bagitau aku jawapannya..."

Aku excited. Yes!

"Apa jawapannya, bang?" tanyaku bagaikan kanak-kanak yang tak sabar-sabar nak dapat gula-gula.


"Kalau aku beritahu, nescaya kau kena laksanakan hudud ke atasku..." jawab abang Karkun sambil buat roll eyes. Masa tu aku rasa macam nak ambik puntung nusan tu dan cucuh kat mata abang Karkun.

Melawak, rupanya!

Thursday, January 5, 2012

Atan dan Abu - Jangan di tegur Pengemis itu




Atan dengan Abu sedang menusan depan masjid jamek kat mana ntah sementara menunggu masuknya waktu Asar. Sebuah kereta mewah berhenti dekat dengan mereka dan keluarlah 3 mamat berpakaian smart bertali leher siap ber-name tag sekali. Sorang dari mereka terus masuk ke masjid. Dua darinya mengejoin Atan dan Abu menyendatkan peparu. Salah seorang dari mereka meminjam lighter Atan. Dalam beberapa minit, mereka berempat dah rancak berborak pasal propa parti memerintah, masalah ekonomi global hinggalah ke masalah susahnya nak mendapatkan stok nusan di area PJ. Sedang mereka leka berborak, seorang pengemis tua lalu dekat dengan mereka. Seorang dari mamat smart memekup hidungnya.
Tak semena-mena, si pengemis berpaling dan memandang mereka berempat.


"Apa tutup-tutup hidung? Aku busuk sangat ke?" tempik pengemis itu sambil menghidu-hidu area ketiaknya. Atan dan Abu tertunduk. Mereka mengakui bahawa, mana ada bau pun.


"Takdelah. Nak mengadap tuhan, kan kena pakai pakaian yang suci?" kata mamat smart A.


"Mana kau tau pakaian aku tak suci? Seluar kau tu. Mana kau tau takde kesan percikan air kencing kau?" tanya si pengemis. Mamat smart A terdiam dek pertanyaan pengemis yang sungguh tepat.


"Ye, lah. Kalau suci pun, at least pakaila pakaian yang OK sikit" kata mamat smart B, membacking mamat smart A.



"Kalau aku ada duit, baik aku beli makanan. Pakaian aku masih boleh digunakan. Syaratnya ialah suci. Bukan baru ke, lawa ke. Kalau betul apa yang kau cakap, kenapa kau tak tukar pakai jubah ke baju melayu ke bila nak mengadap tuhan? Kau nak hadap tuhan dengan pakaian yang kau guna nak menghadap makhluk?" jawab dan tanya pengemis itu. Peh! Dasat jugak pengemis ni. Atan dan Abu dah rasa macam nak bagi teh cina dan angkat si pengemis jadi sifu mereka jer. Tapi mereka maintain.

Tetiba azan berkumandang memecah kehangatan perbincangan ilmiah yang sedang berjalan. Si pengemis berpusing nak bergerak.


"Nabi pernah kata, kalaulah taknak memberatkan ummatnya, nescaya Baginda SAW akan wajibkan ummatnya bersugi sebelum solat. Haa..Korang eloklah pergi gosok gigi dulu sebelum join berjemaah..." kata si pengemis sambil berlalu.

Atan dan Abu cepat-cepat memadamkan puntung masing-masing dan mengiringi abang pengemis masuk ke masjid...

Wednesday, December 28, 2011

Redha atau Pasrah?

Bukan aku givap.
Atau dah fedap.
Tapi kadangkala aku keliru
Dengan cara dan matlamat.
Aku tak mau jadi tentera setan
Menghantar bangsaku ke dalam neraka
Walaupun adakalanya
Perbuatanku berlawanan dengan kata-kata
Aku mau jadi pengikut Baginda
Namunku tahu,
Aku bukanlah pemimpin ke syurga
Maka,
Apa yang boleh aku lakukan sekarang
Ialah mencampakkan seberapa banyak kaumku keluar
Dari neraka.
Jalanku mungkin berlainan
Namun matlamat dan harapan
Tetap sama.
Jika neraka itu adalah ketentuan untukku dari Nya,
Aku yakin.
Itulah yang terbaik

Wednesday, October 12, 2011

How to Save a Life



Lagu ni pernah aku post kat blog aku yang lain. Dan ia aku post sebab aku kehilangan seorang mamat yang aku dah plan nak approach sebab semua orang dalam blogosphere komplen beliau ni seorang yang liberal dan free thinker. Tapi terlepas sebab peminat blog ni pergi kacau dia dulu, mengakibatkan mamat tu terus taruk dinding antara aku dengan dia. Sampailah sekarang. Lirik lagu ni membuatkan aku terkedu.

Para pendakwah yang sekular macam aku, pasti dapat merasakan feel lagu ni. Liriknya ialah apa yang aku imejinkan akan berlaku kalaulah pertemuan yang aku rancangkan dua tahun lepas tu, berlaku...

Friday, March 25, 2011

Gila



Semuanya bermula dengan kejahilan. punyalah jahil sampaikan dia tak tau pun yang dia tu wujud. Sampailah ada yang tanya dia, nama dia sapa. Sejak dari itu, semuanya bercambah. Kejahilannya bertukar menjadi kekaguman.

Dalam kekaguman, dia mengekori gerak hatinya. dia ke kiri mengikut nada naluri, atau ke kanan menuruti lembah lojika. Setiap penemuan menambahkan lagi akan kekaguman. Petunjuk di sepanjang jalan, seolah-olah mengarahkan dia ke satu sudut yang belum dapat dikomprominya. Dalam ketertanyaan, dia meneruskan pengembaraan kekagumannya. Semakin lama semakin kagum. Semakin lama semakin dalam.

Apabila ditanya apa yang dikagumkannya, dia tak dapat menggambarkan. Maka dia pun mula belajar untuk cuba menggambarkan kekagumannya. Dia mula mendalami keterujaan dalam pengetahuan dan kefahaman. Maka semakin terbukalah hijab, semakin terasalah kehampiran, semakin bebaslah...

Namun, semakin dia rasa dia faham, setiap kali, pasti kefahaman itu mencambahkan kejahilan-kejahilan baru. sehinggakan ada kalanya penemuan barunya mendedahkan bahwa apa yang dia lakukan selama ini walaupun bukan salah, namun masih belum TEPAT. Tapi kesalahan itu juga adalah satu kekagumannya tersendiri. Dan ia berputar-putar begitu. Maka ini menambahkan lagi akan keka-kekaguman. Begitulah sedikit sebanyaknya...

Dalam kekaguman timbul keasyikan. Kepesonaan. Kelarutan. Dia hilang dalam keasyikannya. Tatkala dia kagum, dia lupa segala-galanya. Mana boleh begitu, kerna dia masih dibaluti dunia. Masanya masih belum tiba. Dan bukanlah si hamba yang taat andai meminta-minta dicepatkan, bahkan pula apa yang tak pasti lagi terbaik untuknya.

Maka ada masanya dia pasti kembali ke sarung duniawinya. Perlu makan, perlu rehat, perlu pengurusan. Tetapi ketagihannya dalam candu sufisma bukanlah sesuatu yang boleh diperbaiki secara klinikal atau psikolojikal. Sufisma ialah soal dia dengan Dia. Biarkan mereka. Kita uruskan saja, mana yang terdaya...

Kerna sampai masa, Dia pasti kembalikan dia kepada kita.
Untuk berkhidmat untuk Nya.

Bukankah ITULAH semua ini?
Mahu menjadi HAMBA?
Mahu kerja?

Thursday, March 17, 2011

Burung yang suka mandi lumpur



Teringat kisah seekor burung yang cantik yang sedang membersihkan bulu pelepahnya di atas dahan sebatang pokok. Burung itu menyisirkan paruhnya di celah sayap dan ekornya mengeluarkan daun dan bulu yang terlekat. burung itu semakin bersih dan semakin cantik dan ia berdiri megah di atas dahan pokok itu.

Burung itu memandang ke bawah dahan dan terlihatlah olehnya sebuah lubang di tanah yang berisi lumpur. Tibatiba burung itu terbang menjunam ke bawah dan masuk ke dalam lumpur tersebut. Ia pun bermain-main dan berkubang dengan lumpur itu tadi. Habis lumpur memasuki setiap celah bulu dan sayapnya.

Setelah penat bermain, si burung nak kembali ke dahannya. Tapi dia tak boleh terbang kerana sayap dan ekornya sudah dipenuhi lumpur. Si burung pun bersedih. Dia pun menangis di tepi kelopak lumpur.

Selesai ia berduka cita, si burung berjalan ke sana sini. Dia teringatkan ada satu kolam air yang berhampiran. Perlahan-lahan dia berjalan merentasi kawasan cik Kucing dan Cik Ular sementara nak sampai ke kolam air yang ditujunya. Akhirnya si burung berjaya sampai di kolam air. Dia pun membersihkan lumpur di badannya. Sampai berkocak air di kolam itu dek lumpur dari badan si burung.

Selesai membuang lumpurnya. si burung dah boleh mengibarkan sayapnya. Setelah test flight, dia pun berjaya terbang dan kembali semula ke dahan tempat asalnya. Dia pun mula membersihkan bebulu pelepahnya kembali.

Bila dah bersih dan cantik dan kering, si burung berdiri di atas dahan mendabik dada. Kemudian ia terlihat ke lopak lumpur tadi. Kemudian ia terjun dan berkubang semula.

Begitulah keadaan si burung yang cantik. Berulang-ulang dalam pekerjaannya. Hinggalah ada burung lain yang mengganggu, aturannya...


pengajaran:

1) sentiasalah berada dalam keadaan sentiasa membersih dan mencantikkan diri, sama ada dari luaran mahupun dalaman.

2) Jangan ditanya lojika burung yang berkubang lumpur. Saat-saat kita menurut nafsu, pernah kita persoalkan kelojikan kita?

3) Masalah takkan selesai dengan duduk menangis di tepi kolam lumpur. Lumpur makin mengering dan keras, ada la. Bergerak! Cari penyelesaian!

4) Lumpur kena basuh kat kolam air, bila dah bersih, barulah boleh sisirkan pelepah sayap. Tak bersih, masakan boleh cantik?

5) Kalau taknak terpedaya dengan kolam lumpur, jangan tengok!

6) Jangan berhenti dari terus menrus membersihkan diri setelah kotor.

7) Dapatkan pendapat luar jika mahu keluar dari vicious cycle.

8) Masa lalu kat kawasan yang berbahaya, jalan diam-diam.



Friday, December 10, 2010

Macamana dengan Jumaat pertama di tahun baru?


Bagaimana dengan Jumaat Pertamamu?
Adakah SEMALAM lebih bertakwa?
Adakah TAHUN ini lebih berwaspada?


Kerana tiada gunanya berazam
Dan seribu kata
Jika muka yang sama NI lah
Yang memungkirinya


Sempatkah kita sampai ke Ramadhan tahun ini?
Dapatkah kita mati dalam iman nantik?
Adakah esok
Akan lebih baik dari hari ini?


Pepehal pun, aku azam:
Nak banyakkan salam
Nak banyakkan 'Bismillah'
Nak banyakkan Insya Allah'
Nak tambah lagi ISTIGHFAR



Bismillah,
Astaghfirullah
Insya Allah
SUBHANALLAH!

Wednesday, December 8, 2010

Semalam dan Hari ini




Semalam aku batu kelikir
Harini aku dah jadi batu asah

Sungguhpun aku hanyalah batuan
Dulu aku sekadar jadi bahan beristinjak
Sekarang aku dah jadi bahan mempertajamkan pulak

Dan sudah tentulah dengan kejadian baruku
Jodohku hanyalah bergaul dengan yang tumpul-tumpul
Aku tak kisah
Bahkan aku bangga
Kerana aku
Ada juga gunanya

Bukanlah aku mahu lekakan diri
Dengan menggaulkan kemungkaranku dengan positiviti
Jauh sekali nak meriak
Atau mentakburkan diri
Sebab aku sedar
Aku
Belum jadi pisau lagi

Monday, December 6, 2010

Kasih Sayang


Dah pukul tiga setengah pagi. Mata mengantuk. Nak kena bangun awal, esok. Tapi hatiku tak tenteram kerana anak sulungku dijangkiti batuk. Dan selsema. Akibat batukannya, anak keduaku juga terjaga. Dan mereka berganti-ganti merengek, sampaikan ahliyaku dan aku naik lembik.

Setelah mereka reda, sambil menggosokgosok belakang anak-anakku, aku termenung.
Agaknya beginilah keadaan aku.

Masa sihat, aku main tak ingat dunia. Panjat sini. Lompat sana. Bila time makan, aku nak makan dan minum cam orang dewasa. Nak makan yang pedas pedas. Bila lidah dah terbakar, nak minum air sejuk pula. Aku teguk sampai habis. Kemudian, belum sempat cuci mulut, aku terus keluar rumah sambung bermain.

Bila time makan ubat, aku liat. Ubat yang dipaksa masuk, aku luahkan semula sehingga menyusahkan ummiku mengelap lantai yang baru dimopnya. Mengotorkan baju yang baru disarungkan padaku. Dan bila tukar baju baru, aku takmau baju lengan panjang. Aku nak pakai yang lengan pendek sebab aku tak suka panas-panas masa tidor. Kalau boleh, aku nak tidor tak berbaju cam Abi.

Dan bila time tidorku terganggu dek ketidaksedapan badanku, aku merengek-rengek. Pernafasanku tersekat sebab hidungku tersumbat. Tapi jemari dan tangan yang nak menyapu hingusku ku tepis dan aku bergolek ke hujung katil melarikan diri. Dan bila bahagian ini hilang sejuknya, aku merengek dan bergolek lagi ke bahagian yang lain pula.

Kesian Abi dan Ummi yang menjagaku. Begitu sabar dan gigih mereka memastikan aku dapat tidur lena, sedangkan selsema dan batuk itu, berpunca dari kedegilanku mematuhi larangan.

.
.
.


Aku berharap si Dia, Yang Menjagaku selama ini, mengampunkan ku. Kerana aku tahu. Dia lebih sayangkanku. Lebih dari kasih sayangku terhadap anak-anakku...


Selamat Tahun Baru.

Friday, October 29, 2010

Aku tak sihat

Kebersihan dan kesihatan Hati perlu di jaga

Maaflah kawan-kawan semua.
Aku tak sihat
Aku mungkin tersenyum
dan melawak here and there

Tapi dari bunyi batukkan ku
Dan pekatnya kahakku
Kau pun akan tau
Betapa seriesnya sakitku

Kadangkala kita terlalu beria-ia
dalam mengharungi hidup di dunia
hinggakan terlupa
akan kesihatan diri kita
Jagalah diri
sebab kalau tak sihat nantik
Camana kita nak hadapi
Hari Esok yang menanti...

Thursday, October 28, 2010

Sepi itu Indah


Kesepian itu kadangkala adalah musuh
Kadangkala ia boleh membunuh
Ia boleh datang tatkala kita keseorangan
Namun ia bagaikan sumpahan
Bila kita rasa sepi semasa dikelilingi oleh kengkawan


Bila sepi aku mengerti erti rendah diri
Bila sepi aku mengerti erti abdi
Aku kenali si Maha Mendengar melalui sepi
Aku ketahui RahmatNya melalui sepi


Tapi sepi itu indah bila ada masa nak menikmatinya
Dan ia amat perit bila dalam keterdesakan
Kita dipaksa untuk melayaninya


Namun
Pada malam Jumaat ini
Aku bermohon
Agar Dia tidak biarkan aku kesepian



Wednesday, October 27, 2010

Tahuku SEPI


Aku bukan sepi kerana aku bersendiri
Menghadapi kecibaian dunia harihari.
Aku bukan sepi kerana tiada yang mendengar
Raungan peritku tatkala aku tersasar.

Manusia atau makhluk bukanlah sebabnya.
Masa dan keadaan juga bukan di antaranya.
Kesepian yang ku maksudkan, tiada terlihat dek mata.
Ia hanya kelihatan,
Tatkala diri diselubungi kegelapan.

Aku sepi bila kutahu doaku tak diterima,
Kerana kutahu; Dia MAHA MENDENGAR.
Aku sepi bila aku tak nampak apa-apa,
Sedangkan kutahu; Dialah SUMBER cahaya

Bahkan ku-juga-tahu
Dia MAHA TAHU.
Dan biasanya Dia akan Memberikan,
Sebelumpun aku menadahkan tangan.

Ya Allah,
Ampunilah daku.
Berikanlah aku petunjuk,
Tentang kesalahanku.
Kerana jawapan itu sudah tak perlu...
Andainya nyawa,
 Sudah terlepas dari jasadku.




Friday, October 22, 2010

Selamat Hari Jumaat


Wahai Allah,
Tuhan Yang Satu
Tiada lagi Tuhan selain Mu
Andainya kau tidak mempedulikanku
Kesepian itu mungkin mengkufurkanku

Kerana ke mana lagi bolehku mengadu?
Sedangkan Kau tahu
Dari kecik lagi aku hanya bergantung pada Mu
Walaupun aku selalu mengikut nafsu
Aku bermohon keampunan dari keluasan Rahmat Mu

Ya Samad
Aku bergantung harap pada MU
Bantulah Aku
Selamatkanlah Aku
Dan semua ummat Muhammad SAW
Yang meminta-minta pada Mu

Ujian keimanan ini amat berat
Seandainya Kau tidak menolong kami
Maka apalah gunanya lagi
Kami menghabiskan beras di sini?

Tuesday, October 19, 2010

Yang Mana Satu?

Yang mana satu patut aku pakai? Yang Warna hitam? Atau yang warna hijau?

Yang hijau terlalu striking. Kang orang dok tengok aku jer..
Yang hitam pulak ada gambar tengkorak. Tak sesuai dipakai di dalam solat
Yang mana satu agaknya Allah akan suka?
Ah takper, kang nak solat kang aku tukarla balik...

Monday, October 18, 2010

Kita, mug dan Realiti (asbab)

Bayangkan anda berada dalam hutan. Dalam keterlekaan, tangan pulak terluka kena duri rotan. Nak dijadikan cerita, luka tu kena tepat tang urat arteri. percikan darah tu mengalir ikut denyutan jantung anda. Anda cemas. Usahkan First aid kit, minyak gamat pun tak bawak. Anda melihat darah mengalir menitik-nitik dengan banyaknya. Mata mula berpinar nak pitam. Perjalanan pulak, nak pusing jauh, nak teruskan pun jauh...Apa nak buat?

Dunia ini, dunia asbab. Setiap ayat dalam Al-Quran turun pun setelah 'penyebab turunnya ayat' itu berlaku (walhal Al-Quran itu sudah siap tersedia di Sidratul Muntaha). Walhal Allah Yang Maha Kuasa itupun melakukan sesuatu di atas muka bumi ini dengan asbab. Bukannya Allah itu lemah. Tapi Dia memberi satu mesej. Mesejnya ialah, jika manusia hendak buat atau ubah sesuatu di dalam realiti ini, manusia itu perlu melakukan asbabnya. Nak hilangkan haus kena minum. Nak hilangkan lapar kena makan. Dan nak selesaikan masalah, kita kena buat asbab. Biasanya, kita akan solat. Tapi dalam keadaan genting macam urat terluka dan mengalami pendarahan teruk serta takde bandage atau first aid kit ni, mana sempat nak solat-solat? Wudhu pun belum tentu dapat ambik dengan darah-darah mengalir ni...Apa nak buat?

Selalu kita dengar orang kata kita kena ikhtiar dan selepas itu baru boleh berdoa dan bertawakal. Ada juga yang kata kita kena doa dulu, lepas tu baru berusaha. Ada juga yang tak buat apa-apa selain berdoa dan mengharap bantuan dari Allah saja. Aku setuju dengan pendapat kedua. Pada aku, kita kena mintak izin dulu dari Yang Maha Kuasa sebelum kita memulakan apa-apa usaha (Allah Maha Mengetahui tapi Dia suka dengar pengakuan dari mulut kita sendiri). Sebab masalah yang kita hadapi ini adalah ketentuan Dia juga (walaupun kebanyakannya sebab kita yang hidup tak ikut peraturan). Jadi, sebelum nak hilangkan masalah, kita kena mengaku dengan Allah dulu dan mintak hidayat dan pertolongan dariNya. Sebab tak guna jugak kalau dah buat macam-macam tapi Allah tak izinkan.

Maka anda pun beristighfar banyak-banyak. Kemudian anda memulakan dengan Bismillah dan doa pendek sikit, mintak tolong pada Allah. Hehehe. Doa pulak kena ada adab. Tapi dalam kecemasan begini, adab yang simplenya ialah puji Allah dulu, seru nama-nama Nya dari Asma'ul Husna yang berkaitan dengan masalah kita ni, kemudian selawat sekali sebagai adab kepada Baginda SAW.

Kita bersihkan tempat luka tadi bagi kawasan luka itu jelas. Laa..Takde la besar sangat (kita pulihkan semangat). Kemudian, kita pun cuit sikir air liur kita dengan jari telunjuk kanan. Kita calit pada kawasan luka sambil niat air liur dijadikan asbab. Kemudian kita tawakal kepada Allah. Alhamdulillah, darah berenti. Kita pun meneruskan kembali perjalanan kita di dalam hutan...

Friday, October 15, 2010

Kita, Mug dan Realiti (solat2)

Macam-macam betul permainan jin sekarang ni


sambungan dari sini...

Semua orang dah tahu kisah Israk dan Mikraj. Semua orang dah tau bahawa peristiwa itu disamping meninggikan martabat Baginda SAW, adalah bertujuan mengingatkan kepada manusia betapa penting dan istimewanya perintah mendirikan solat itu. Semua perintah yang lain di utuskan kepada Baginda SAW melalui perutusan Jibrail. Tapi perintah solat, Baginda SAW dapat direct dari Allah.
Dome of the Rock

Setelah melalui pelbagai kesukaran dalam perjalanan dakwahnya, kadang-kadang Baginda SAW terasa juga kesunyiannya. Sungguhpun iman kepercayaan Baginda SAW kepada perintah dan janji Allah adalah 100%, Baginda SAW juga adalah manusia. Dan sebagai manusia yang telah diuji dengan pelbagai ujian yang getir, serta berjaya pula dengan cemerlang, Baginda SAW telah di Israk Mikraj kan untuk menerima perintah agung.

Kita pendekkan cerita Baginda SAW bergerak dari Makkah ke BailtulMaqdis, kemudian ascend ke langit hingga bertemu Allah. Pada satu tahap yang paling tinggi antara para nabi, Baginda SAW berserempak dengan Nabi Ibrahim a.s, sedang bersandar di batang pokok kehidupan yang terletak di tengah-tengah padang rumput yang luas. Setelah bertukar-tukar salam, Nabi Ibrahim a.s berkata:
Mangkuk Nabi Ibrahim a.s

"Syurga itu, tanahnya subur. Padangnya luas dan pemandangannya indah" sambil melemparkan pandangannya ke arah padang rumput yang menghijau di hadapan mereka.

Kemudian Baginda SAW naik lagi ke langit yang tinggi sehingga Jibrail sendiri pun (ketua malaikat) tak pernah sampai. Baginda meneruskan perjalanan secara solo. Jibrail hanya memandang dari bawah. Kelihatan Baginda SAW semakin naik ke dalam cahaya yang gilang gemilang, semakin jauh, Baginda SAW seumpama menjadi titik yang halus di dalam cahaya megah yang mengasyikkan.


"Attahiyatul muba rokatus solawatut toyyibaa tu lillah" kata Baginda SAW.

"Assalamualaika ayyuhan nabiyyu warohmatullahiwabaro katuh" sahut jawapan Nya.

"Assalamualaina wa ala ibadillah hissolihin" jawab Baginda SAW lagi.
Angkasa lepas tu belum habis lagi langit pertama

Jibrail yang memerhatikan dialog yang penuh emosi, rindu, kasih, perhambaan, keagungan, takut, harap, dan penuh ikatan antara Allah dan Muhammad SAW ini hanya mampu berkata:

"Asy hadu alla ila ha illal lah. Wa asy hadu anna muhammadan abduhu warosuluh" dalam kekaguman dan membenarkan kebijaksanaan Allah pada sebelum kejadian manusia dulu.
Apa-apa jer laahh. Janji kusyu..

Jibrail terus bersalawat ke atas Baginda SAW dan Nabi Ibrahim a.s.

Setelah selesai, Allah tunjukkan lagi rahsia kerajaan Nya kepada Baginda SAW sebelum melepaskan Baginda turun ke bumi semula.

Sejak dari hari itu, hubungan Baginda SAW dengan Allah menjadi lain. Kalau dulu, Baginda SAW menghadapi ujian ini dengan keseorangan. Dulu komunikasi hanyalah satu arah. Jibrail membawa perintah dari Allah, Baginda SAW kena ikut. Kadang-kadang, perintah itu mendapat tentangan. Kini, setelah peristiwa Israk Mikraj, Baginda SAW sudah boleh mengadu DIRECT kepada Allah SETIAP malam...

Thursday, October 14, 2010

Marilah Berjaya


.
.
.
Allah Maha Besar!
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segalapuji bagi Allah, rab sekalian alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Akan dikau kami sembah dan akan dikau kami pohonkan pertolongan
Kurniakanlah jalan yang lurus
Yakni jalan orang yang kau berikan nikmat
Bukan jalan orang yang kau murkai
Atau jalan orang yang sesat...
Semoga Allah makbulkan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Katakanlah Allah itu satu
Allah lah tempat pergantungan segala makhluk
Dia tidak beranak atau diperanakkan
Dan tiada sesuatu yang setaraf dengan Nya

Allah Maha Besar
Maha Suci Rob Yang Maha Agung lagi Maha Terpuji


Allah Mendengar siapa yang memujinya
(kepada Roblah segala pujian)

Allah Maha Besar
Maha suci Rob yang Maha Tinggi lagi Maha Terpuji

Allah Maha Besar
Wahai Rob, ampunilah dan rahmatilah daku

Allah Maha Besar
Maha suci Rob yang Maha Tinggi lagi Maha Terpuji

Allah Maha Besar...
.
.
.

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"
.
.
.

Assalamualaikum...
Assalamualaikum.
Ya Allah, ampunilahhhh daku
Selamatkanlah kami, ummat Muhammad SAW

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails