Walaupun Malaysia takde gempa bumi, kau lupa ke keliling Semenanjung ada apa? |
"Kenapa Malaysia takde gunung berapi atau gempa bumi?" tanya abang karkun kepadaku. Aku blank. Amenda tanya soalan Geografi tetiba, ni? Aku buatbuat gelabah dan mengerut dahi seolah-olah berpikir.
"Sebab kita berada di luar lingkaran gunung berapi dunia?" jawabku komfiden.
"Kenapa ada gempa bumi?" tanyanya lagi.
"Sebab pergerakan plat tektonik antara benua" jawabku. Yang ni aku tak kompom. Main tembak jer.
"Dua-dua salah" potong abang karkun.
"Bumi akan bergetar bila salah satu dari 4 perkara ini berleluasa tanpa ada seorang pun yang merasakan perkara itu adalah salah" kata abang karkun.
"Apa dia?" Aku yang dah memang merakamkan perbualan kami, mengeluarkan pen dan kertas seolah-olah nak menyalin info yang abang karkun nak bagi.
"Bila zina, muzik, arak dan yang satu lagi aku lupa, berleluasa, maka bumi ini akan rasa takut. Dan bila takde sorang pun atas muka bumi tu yang buat sesuatu untuk menghentikan semua itu, maka bumi akan bergetar supaya semua kemungkaran itu dihentikan. Camana tak berenti? Semua dah mati" kata abang karkun lagi.
Sekarang barulah aku paham kenapa kat Malaysia dahada gempa bumi. Dahada kejadian bencana alam. Sebab kat Malaysia semua orang dah anggap main sebelum kawin, minum arak dan berlebihan dalam muzik itu adalah OK. Walhal itu adalah tak baik. Aku rasa yang satu lagi tu, kalau tak riba, judi. Dan dua-dua ni, bukan saja ada, malah sambutannya lebih menggalakkan dari mengumpul dana bantuan ke Palestin atau sebagainya. Siap gaduh-gaduh 1Malaysia lagi pasal nak halalkan judi ke idak.
Mujur aku tersedar sebelum aku turut hanyut dalam bala |
Dan hasil dari kedua-dua rakaman dari abang karkun dan brader bus stand menunjukkan bahawa bencana alam yang menimpa kawasan kampung aku ni adalah angkara perbuatan mungkar dan amal ibadat yang buruk dari orang kampung aku yang majoritinya beragama Islam. Aku tak suspek orang-orang tua yang mendiami kampung aku ini dalangnya. Ataupun kapel yang kitorang sound masa diorang tengah sibuk bermukadimah zina haritu. Aku rasa suspek utama ialah diri aku sendiri.
"no offense" |
Tak citer lagi pasal kemalasanku nak tap bahu orang untuk berjemaah atau keliatanku bila ada orang yang menge tap bahu aku untuk jadi imam. Doa pun tak pernah tumpu. Masa terdesak jer aku doa betulbetul. Siap janji-janji lagi, tapi bila sesak dah lepas, dok tangguhtangguh nak kotakan janji.
Haduihh. Ya Allah. Ampunilah daku. Janganlah dek kerana diriku yang lemah, dan kotor ini, aku melihat orang lain pula yang menanggung deritanya. Ampunilah daku, sesungguhnya nyawaku masih belum dikerongkong dan Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun.
No comments:
Post a Comment