Thursday, June 16, 2011

Apa kata kita mulakan gerakan: White Friday



Kita mulakan dengan memakai pakaian berwarna putih atau bertemakan putih dan bersih pada setiap hari Jumaat. Falsafah utama ialah kita mahu hari Jumaat ialah hari untuk kita semua ingat bahawa kita semua adalah bersih. Kita sukakan kebersihan dan kemurnian. 

Pada hari Jumaat kita meraikan spiritualiti kita. Sebagai manusia di akhir zaman, yang mungkin pasti menyaksikan hari Kiamat atau tanda-tanda besar kiamat, kita harus kembali kepada fitrah, yakni asal kejadian kita. Dan putih adalah simbolik kepada kesucian dan asas dalam hal kerohanian. Maka pada Jumaat, kita berpakaian putih sebagai simbolik bahawa tak kira bagaimana kehidupan kita seharian dalam dunia globalisasi, kita untukkan satu hari dimana kita memperbaiki diri spiritualitas kita. Dan ia tidak tertakluk kepada orang Islam saja, malah kepada orang Atheist sekalipun. Sungguhpun kau Atheist, kau juga harus percaya adanya sifat kerohanian yang memayungi domain emosi dan perasaan engkau. Jika tidak, masakan perasaan kau bergelojak hanya dek kata-kata yang tak nampak?

Bila semua berpakaian serba putih pada hari Jumaat, maka Jumaat bakal menjadi hari dimana kita semua ingat bahawa kita ini sama. Tak kira apa jua bangsa, keturunan atau siapa kita dalam dunia ini, kita adalah sama saja. Semua orang adalah baik (putih). Tak siapa yang mahu jadi villain dalam dunia ini. Berpakaian putih adalah simbolik kita ambil peduli tanggapan orang terhadap kita, seperti kita mahu orang mengambil peduli tanggapan kita pada mereka. Di sini putih mengingatkan kita untuk meraikan orang lain yang berpakian putih kerana menyokong apa yang kita sokong.

Dan akhir sekali, kita berpakaian putih pada hari Jumaat sebagai tanda ada jugak sehari dalam seminggu tu kita berpakaian kerana memperjuangkan sesuatu yang kita percaya atau mahukan dan sesuatu itu adalah sesuatu untuk semua. Bukan macam kita pakai smart pada hari Isnin, atau berpakaian kasual pada hari Khamis. Berpakaian putih pada hari Jumaat ialah tanda bahawa kita uptodate dan mengetahui akan sesuatu.

Kepada orang Muslim, cukuplah aku beritahu, pakailah pakaian putih pada hari Jumaat kerana sunat. Dan yang sunat mendekatkan kita kepada Allah, tuhan sekalian Alam.

Ada berani?

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails