Thursday, August 26, 2010

Interview dengan Wali (Pemerhatian-pemerhatian dari Persidangan Para Wali, Ramadhan 1431, part 3)

We are watching you

Kes orang tak puasa kat Malaysia, memang dah biasa. Dan langkah sinikal dan hikmah golongan syariah dalam menguatkuasakan undang-undang Allah (van mayat), amatlah dipuji. Namun, ini tidak mematahkan semangat kuda-kuda setan yang terbawa-bawa dengan cara hidup selama 11 bulan yang lepas ke dalam bulan Ramadhan. Tahun 1431 menyaksikan jumlah orang tak puasa paling tinggi setakat abad ini. Trend peningkatannya juga semakin membahayakan. Dikhuatiri keadaan ini akan semakin teruk pada masa akan datang. Salah satu informasi yang menarik yang dapat aku curikan untukkan korang ialah tahap kreativiti orang Melayu dalam melanggar atau bermain-main dengan perintah Allah ini....



dicuri dari pemudapashk.blogspot.com
1. Buat selamber

Yang ni kira kurang ajar gila. Ada yang selamber isap rokok tepi jalan sambil berborak dengan member pada pukul 10 pagi, depan budak-budak yang pergi ke taska. Ada juga yang selamber meneguk arak tak kiralah siang atau malam. Dan bila ditegur, ada yang melenting dengan mempersoalkan isu hak aliran kapital makbapaknya, malah ada juga yang pandai memutarbelitkan ilmu tasawuf demi mematikan katakata budak muda yang menegurnya. Buat mereka ni, kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua.

Kan sengaja carik pasal namanya ni?
2. Makan dalam toilet.
Allah melaknat orang yang makan dan minum dalam tandas. Apatah lagi orang yang layan McValue meal dalam tandas dibulan Ramadhan. Takkan korang kurang asam sampai camtu sekali, kot? Kategori ni, walaupun sikit bilangannya, tapi menunjukkan trend yang meningkat. Di samping itu, kita letak ia nombor dua sebab hukumannya berat. Laknat tu bro. Sama cam setan dah. Bukannya dapat hidup lama, pun. Kembalilah. Belajarlah adab tandas.



3. Tak makan, tak minum, tapi isap rokok
Yang ni pelik. Betulbetul jin Islam. Jin Islam pun tidak memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dari terbit fajar hingga gelungsur matahari. Tapi ada orang Melayu yang kononnya berilmu dan baik sikit, diorang tak makan atau minum (minum sikit, laaa). Tapi diorang isap rokok. Bila dekat, bau Suryaaa jer. Taknak gosok gigi laktu, takut kurang pahaler, katanya sambil tersenyum. Ada jugak, ni kang...


Orang Islam taknak solat, aku ajak orang bukan Islam lak...
4. Tang puasa memang dahsyat, tapi bab solat, liat.
Diorang ni paling ramai. Tahun lepas, kategori ni berada di tangga teratas. Dia turun bukan sebab dia makin berkurangan. Tapi yang lagi 3 kat atas tu lagi membimbangkan trendnya. Orang dalam kategori ni paling ramai di kalangan Melayu. Diorang memang dahsyat bab puasa. Kita yang puasa ni takdapat nak ikut ketahanan mental, fizikal dan keceriaan mereka semasa berpuasa. Tapi tak semayang. Bila disuruh, diajak, diperdaya untuk bersolat, dia pandai jer melepaskan diri.



Seru nak pakai tudung tu dah lama sampai. Makcik jer yang tak reti ikat tudung wadina
5. Tidak menutup aurat
Peratus orang tidak menjaga aurat semasa berpuasa juga amatlah membimbangkan. Kerana peningkatan dikalangan perempuan yang bertudung tapi seksi semakin meningkat. Peratus golongan tua berseluar pendek juga meningkat. Ditambah lagi dengan budaya Bazar Ramadhan di Malaysia yang seumpama Jom Heboh setiap hari. Susah payah jaga mata sepanjang hari, hancur lebur lagi stengah jam nak buka sebab terpandang cleavage gadis Melayu montok cam amoi. Berdenyut jer Johny, habisla puasa.

"Satu large coke dengan bucket original resipi, k"
6. Drive Thru
Trend ini mula muncul tahun ini. Menurut data dari temuramah yang dilakukan bersama atendan pandu laju sekitar N9, didapati kebanyakan pengunjung tempat makanan segera ini di siang hari adalah dikalangan Melayu. Peratus kapel Melayu menguasai takhta, diikuti rapat dengan individu berseorangan, kemudian orang tua (>45tahun). Pelbagai alasan diberikan bila ditanya kenapa beli KFC pada pukul 10 pagi. Data ini hanya mengambil kira golongan kapel dan lelaki saja. Data seperti makanan yang dibelikan nyata-nyata untuk akak yang mengandung atau budak nakal kat sebelah driver tu, tidak diambil kira.

7. Suruh orang bukan Islam atau perempuan mengandung tapaukan/alasan: period
Ini memang nak kena. Bilangannya sedikit tapi tiaptiap tahun ada. Tahun 1998 jer takde.

"Aiseh, tak ajak memberrr"
8. Cari port nak makan. Makan ramai-ramai laktu. TIAP-TIAP HARI LAKTU! Tanpa segansilu
Golongan ni, dalam kepala dia takde benda lain. Dia dok pikir apa plan untuk tidak berpuasa hari ini dan nak makan apa. Makrifatnya tertumpu kepada tempat-tempat yang sesuai dijadikan tempat untuk melepak dalam setengah jam. Lagi cantik kalau tempat tu smoke proof supaya boleh isap rokok sekali lepas makan. Pastu kunyah singgam. Mulamula makan sensorang. Pastu makan berjemaah. Bila sambutan menggalakkan, siap ada rotasi tak formal pulak pasal penggunaan port baek kat bilik store belakang tu. Dah boleh buat team FB pulak dah bincang-bincang. Yang membimbangkan ialah orang yang melihat kegiatan mereka ini terdedah kepada dihumban ke neraka kerana bersubahat. Orang lain yang sedap mentekedarah, kita pulak yang kena bakar.


Setakat itu ajer yang aku sempat copy. Itupun aku dah sort ikut severity dan trend yang meningkat. List sebenar lagi panjang dan kadang-kadang kelakar la pulak aku tengok kemangkukan bangsa kita dalam tak berpuasa. AKu harap, kita rakyat manusia berusaha agar tidak tergolong dalam mana-mana golongan hardcore di atas. Sebab masa dah semakin time. Dan kita kena selamat sejahteraaa...Salam.

2 comments:

Anonymous said...

no7 tuh apsal 1998 xdak plak

Irwan said...

Taktau. Orang period dan betul betul uzur, tak dikira dalam data. Cuma yang ngada-ngada tu jer..Mungkin masa tu wali-wali pengumpul data sibuk fokus benda lain kot? 80/20 maaa..Tangan ada dua jer..takkan nak fokus semua...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails