Wednesday, September 29, 2010

Isu sosilawati: dari sudut mahsyar (untungnya mereka berempat)

Aku seorang rebellious, dan seorang rebel takkan join team mainstream. Aku tak berapa suka sangat nak cerita pasal kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 4 orang lelaki. Tapi sebab mainstream itu ialah jumlah visitor, aku nak cerita kat korang pandangan seorang payabesarpedas terhadap isu ini. Sebelum apa-apa, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada diri kita sendiri dan mereka semua. Al Faaatihah...[bssswwsssss shoh-sheh sssssss aaaameeen]. Ok. Kita mula.

Maha Hebat Allah Yang Bijaksana, Yang Mengaturkan segala-gala yang berlaku dalam realiti ini. Maha Suci Allah dari apa yang aku paham tentangNya. Aku berlindung dengan Ar Rahim atas kesalahan aku sendiri.
Gambar ini ditaja oleh pembunuh mereka berempat

Beruntungnya mereka berempat. Kepada Allahyarhamah Sosilawati dan tiga Allahyarham yang lain. Kita berbaik sangka. Beruntungnya Datuk Sosilawati, yang tak bertudung dan ranggi semasa hidupnya, telah ada yang nak menanggungkan beban tu, untuknya. Mati dibunuh di bulan Ramadhan. Insya Allah, mereka juga mati dalam Islam. Kerana amat BESAR KEMUNGKINANnya mereka telah pergi dengan syahadah. Dapat pulak kematian mereka di doakan oleh sekelian orang Malaysia. Bahkan dilaporkan, orang-orang soleh pun ada yang telah datang menziarah. Kita kata mereka beruntung kerana, orang yang mati dibunuh, boleh claim sebuah redemption ketika di mahsyar nantik. Teruklah sapa mastermind, proxy, machai, dan orang yang tahu tapi tak buat apa yang sepatutnya, ketika main dakwa-dakwi kat alam akhirat nantik. Mereka berempat telah ada jalan ceritanya. Aku terpikirkan jalan cerita aku...

Kita kata beruntung jugak sebab asbab kematian mereka, sekelumit dari ekor kejahatan yang ada di Malaysia telah terbongkar. Kita dapat petunjuk kepada, rupa-rupanya, banyak lagi kes kezaliman yang dilakukan oleh seorang yang bergelar PEGUAM. Lebih menakutkan sebab si peguam tu, melakukan semua ini, bukan kerana dia didesak atau diacukan pisau dilehernya. Kita tak perlu menunggu keputusan laporan dari Polis dan AG untuk menyedari bahawa PEGUAM itu tadi telah menyalahgunakan ILMU dan KEPERCAYAAN yang diamanahkan kepadanya, demi menurutkan gaya hidup modennya; bergelumang dalam duit.

Ketahuilah; apa yang berlaku adalah peringatan akan sebuah keadaan semasa di Malaysia. Keadaan sebuah kapal. Keadaan sebuah dunia yang sedang menuju KIAMAT. Kejahatan itu bukan saja telah dibiarkan sewenang-wenangnya, bahkan telah dipupuk ke dalam masyarakat sebagai satu bentuk komersial; menganggap manusia sekadar nombor pengimbang dalam buku kira-kira mereka. Kita kena kembali kepada kesedaran yang menilai amanah, jujur dan bijaksana sebagai sesuatu yang berharga. Bukan pada berapa duit yang ada dalam akaun kita, atau kita bawak keta apa.

Kita kena kembali menilai diri kita dalam persediaan menuju alam seterusnya, kerana MASA sudah TIADA. Harini hari Rabu. Lusa Hari Jumaat. Kiamat boleh berlaku dalam sehari. KITA boleh kiamat dalam sekelip mata. Soalnya, kalau kita mati, lah sekarang ni, KAT MANA kita nantik ketika di mahsyar nantik?
Tapi cerita bukan stretfowed macam tu, brader. Kita kena lalui kubur dulu kalau Jumaat ni tadi bukan KIAMAT. Kena main kejar-kejar dengan Mungkar Nakir di barzakh...

Beruntungnya mereka berempat kerana semua yang di atas tadi telah terbentang untuk mereka. Telah ada yang nak menanggungnya. Tak kisahlah jika peguam tu terlepas dari hukuman mati empat kali, atau terbongkarnya satu konspirasi kapitalis di dalam menguruskan kepercayaan sebuah kumpulan. Itu hanya Allah yang Maha Tahu.

Yang pastinya mereka berempat memang beruntung.
Bersyukurlah.

Interview dengan Wali (Debu, pasir dan rumput kering)


"Brader, apsal brader pakai keta cabuk, camni?" Soalanku dibalas dengan lirikan dari brader bus stand. Dia tengah drive. kami sedang menuju ke Bangi untuk mengambil abang karkun. Kitorang nak pegi beraya dan beraya dengan keta brader ni agak suspen. UFO ada, ilmu lipat bumi pun ada. Tapi nak jugak naik keta yang tah berapa kali dah berenti mengejut di tengah jalan.

"Keta cabuk ni banyak jasanya padaku" jawab brader. Beliau mendropkan gear sebab nak keluar dari simpang. Berkriuk bunyi spring tayar bila kereta brader membelok.

"Kalau banyak jasanya, apsal dibiarkan tak lawa, camni?" tanyaku. Aku memandang-mandang bahagian dalam kereta yang lusuh dan macam tak berjaga tu seolah-olah tukang audit. Brader mencuri pandang padaku. Tibatiba jer aku rasa bersalah dengan soalanku tadi. Cabulnya mulut aku. Aku tau brader tak kisah dengan kecabulan mulutku. Aku juga tau para wali takkan naik darah bila yang dipersoalkan ialah diri mereka. Para wali biasanya akan naik darah kalau kita persoalkan tuhan atau agama Islam saja. Cuma aku jer yang rasa tak best dengan diri aku sendiri bila berbicara macam bagus.


"Kau tengok pasir dan debu dalam kereta ni" mula brader. Aku memfokuskan pandanganku ke lantai kereta. Memang penuh dengan rumput kering, debu dan pasir.
"Tu bukan sebarang debu, tu Wan" sambung brader lagi.
"Setiap kali aku nak ikut abang karkun kau keluar tabligh, barulah aku basuh kereta ni" sambungnya lagi. Dari tadi aku menafikan keinginanku untuk merokok sebab menghormati brader. Tapi kelopak mataku tibatiba terasa amatlah berat saat brader nak mula bercerita ni. Ni mesti setan punya kerja ni. Aku menampar-nampar pipiku dengan niat menampar setan itu.

"Bang, saya isap rokok, boleh?" tanyaku pada brader walhal aku tau dia boleh baca pikiranku. Brader tersenyum. Aku anggap tu lampu hijau la tu. Aku pun mula menyeluk sakuku mencari lighter. Dari dalam, ku dengar setanku ketawa.

"Aku tak kata boleh, pun?" usik brader. Dia ketawa. Aku pun turut ketawa demi menyegarkan diriku sendiri. Nampaknya tak berkesan sebab masa tengah gelak-gelak tu, aku menguap-nguap tahap kuar air mata punya. Perghh! Ngantuknya! Aku tetap nak teruskan niatku nak nyalakan rokok. Selepas sedutan pertama, aku menyambung kembali...

"Apsal masa nak keluar baru nak basuh?" tanyaku. Asap rokok keluar dari hidung dan mulutku semasa aku bertanya. Terasa macam otai Pekida pulak. Cam raksasa dalam citer Ultraman pun ye gak.

"Sebab aku nak kumpul segala pasir dan debu yang tertinggal di lantai kereta ni. Setakat ni, aku baru ada seguni" jawab brader.
"Apsal plak abang nak buat camtu?" tanyaku bangang.

"Aku gunakan semua tu sebagai motivasi diriku ketika bermunajat kepada Allah" kata brader. Aku termenung. Lama jugaklah aku merenung brader dengan pandangan yang dalam dan kemengantuk-mengantukkan. Sehinggalah aku tersedar kembali setelah brader sound aku:

"Tapi habuk rokok kau tu tak termasuk, jadi sila petik puntung tu kat luar" kata brader sambil tersenyum. Aku cepat-cepat mencampakkan puntung rokok yang baru dua tiga kali aku sedut.

"Boleh brader kembangkan topik tak? Saya blank laa" tanyaku tak paham.

"Aku ni obses dengan soal merapatkan diri kepada Allah. Dan untuk rapat dengan Allah, aku kena tingkatkan tahap kerohanianku. Dan dah banyak kali aku dengar dari orang-orang terdahulu yang berpesan bahawa tingkatan paling tinggi di kalangan orang yang memilih jalan ini (kewalian) ialah hanya di tahap tapak kaki para Nabi" kata brader. Aku mendengar dengan penuh minat.

"Aku pun mula mengkaji kenapa tahap para Nabi itu lebih tinggi. Dan satu persamaan yang aku nampak ialah mereka semua adalah PENYERU" sambung brader. Penyeru? Tanyaku dalam hati.

"Penyeru" benar brader.
"Penyeru manusia kepada Allah" sambung brader lagi. Aku mula nampak apa yang brader cuba sampaikan.

"Dan dikatakan pada hari akhirat nanti, akan ada segolongan manusia yang pada masa huru-hara itu, mereka berada di atas mimbar yang indah, dengan wajah bercahaya lebih terang dari matahari. Mereka duduk setaraf dengan golongan para orang soleh. Bahkan ada yang duduk lebih tinggi dari para Nabi yang terdahulu dari Penghulu Rasul" kata brader.

"...dan para Nabi bertanya tanya, siapakah mereka itu? Dari seseorang, dapatlah mereka tahu bahawa orang yang berkedudukan tinggi itu adalah dari kalangan ummat akhir zaman yang berumur pendek. Mereka tak punya amalan yang banyak. Tetapi kedudukan mereka tinggi kerana mereka berkorban masa, harta, perasaan dan nyawa mereka demi menyambung kerja Rasul akhir zaman"

"Apa kerja Rasul akhir zaman tu?" keluar soalan spontan dari mulutku.

"Menyeru manusia kepada Allah" jawab brader pendek.

"Kedudukan mereka sangatlah tinggi hinggakan debu-debu yang melekat di badan mereka sewaktu mereka di jalan Allah itupun ada kalanya lebih tinggi nilainya di sisi Allah dari golongan yang tak henti-henti berzikir atau beribadat kepada Nya" jawab brader. Aku mengushar kembali debu dan pasir yang berada di kakiku.

"Sebelum kita ikut abang karkun keluar, aku akan bersihkan keretaku sebersih-bersihnya. Kemudian, masa dalam 3 Hari tu, aku akan usahakan supaya kereta ini dinaiki oleh mereka semasa khususi atau ziarah. Dengan ini, segala debu dan pasir itu akan tinggal di kereta ini. Dan pada waktu malam, aku akan kumpulkan sedikit dari pasir dan debu tersebut dan simpan" brader terdiam. Dia tertunduk. Air berlinangan dimatanya.  Aku hanya terdiam mendengarkan cerita brader.

"Dan pada masa-masa aku rasa macam bagus atau ketika aku tak punya masalah, aku akan ambil sedikit pasir ini sebagai motivasi untuk menyedarkan aku dari mana aku datang.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails