Atan, Abu dan aku sedang berlegar-legar di bazar Ramadhan Ampangan Seremban, membeli-belah kueh sebagai juadah berbuka puasa jemaah 10H kat sekitar sini. Kami khidmat harini. Lauk pauk dengan nasik dah siap di masak. Tinggal kueh jer yang kena beli. Semasa kami nak memasuki kawasan bazar yang kat area pasar, kami terpandang sepasang budak perempuan yang aku anggap sedang menunggu makbapak mereka yang beli air kat gerai sebelah. Aku terdengar perbualan mereka:
"Kau kau kau tinggal poser baper ari?" tanya budak pompuan A.
"Kiter puaser penuh. Mak kita janji nak kasi limerploh inggit kalau kiter puaser penoh" jawab budak pompuan B.
"Mak kita kasi duerploh inggit ajer" sambung budak pompuan A.
Perbualan mereka memberikan Atan idea untuk mensia-siakan puasanya dengan melawak kepada aku:
"Kau puaser berapa hari tahun ni?" tanyanya sambil tersengih macam watak kartun jepun yang kiut.
"Amenderlah soalan. Umor dah tua bangka, kalau tak poser memang nak kena..." aku baru nak menepuk belakang Atan bila dicelah oleh Abu:
"Aku rasa macam tak poser tahun ni" katanya series. Aku dan Atan terdiam sejenak. Kami semua meneruskan pembelian kami dan terus belah.
Malam tu, masa sessi ngeteh, abang karkun, brader bus stand, Atan dan Abu, dengan aku-akunya sekali dok tersandar setelah pekena cendol sejuk. Abang karkun memulakan:
"Makan cendol sejuk ni, bahaya ni" katanya.
"Apsal pulak?" tanya brader. Atan yang sedang menuangkan cendol ke dalam mangkuknya terhenti. Abu terus jer melahap air cendolnya. Bila dah habis, dia menepuk Atan supaya cepat sikit sebab dia pun nak top-up. Aku melirik ke abang karkun setelah mengeleng melihat gelagat Atan dan Abu. Bab memastikan tiada sisa makanan yang terbuang, adik beradik ni memang reliable.
"Sebab cendol tu dibuat dari santan. Dan kandungan kolestrolnya tinggi. Makan pulak dengan ais. Kolesterol yang masuk dalam badan dalam keadaan sejuk itu memudaratkan" explain abang karkun. Abang karkun ni berpengetahuan luas orangnya. Bab meng explainkan fenomena alam ni, serahkan pada dia. Sebab tu kitorang akan suruh dia bayan kalau crowd jemaah lepas maghrib tu terdiri dari golongan cendikiawan. Brader bus stand tersenyum. Atan dah meletakkan mangkuk cendolnya. Dia menelan air liur keredhaan. Kami semua memandang ke arah Abu yang masih terus-menerus membelasah cendol. Tekinyam pulak, rasanya.
"Jangan membazirrrr. Dah beli dah ni...Ayam tak makan cendol" kata Abu sebelum memulakan set ke 3 belasahan cendolnya pada malam itu. Kami ketawa. Inilah masanya. Aku nak tanya brader berapa hari dia dah puasa.
"Brader. Brader dah berapa hari puasa?" tanyaku bangang kepada seorang Islam yang sihat pada 29 Ramadhan. Brader bus stand memandangku. Dia surprise dan kagum sebab aku akhirnya berjaya menangkap dirinya sebelum dia sempat menjawab soalan yang belum keluar dari mulutku.
"Entah? Dua hari jer kot?" jawabnya pendek. Dia terus join Atan dan Abu yang menghabiskan secerek lagi cendol yang orang kasi untuk jemaah kami. Aku dah paham. Walaupun aku ni berpuasa dari segi syarak, dari segi waraknya, aku ni umpama tak berpuasa. Mana tidaknya, kadang-kadang aku makan daging saudaraku di siang hari. Aku juga tak menambahkan amal ibadat kepada Allah dalam bulan Ramadhan. Dan lebih-lebih lagi, makin hujung Ramadhan, makin menyetan pulak rohani aku ni. Aku pun taktau. Adakah aku salah bergaul? Aku memandang ke arah mereka semua. Telatah mereka melalaikan aku. Atan mengutip cendol yang terjatuh dari mangkuknya. Abu terus fokus pada nikmat rasa santan dalam cendol. Abang karkun dan brader bus stand sedang membincangkan sesuatu dan kemudian mereka memandangku. Diorang berbisik sesuatu dan ketawa serentak sambil menuding ke arahku. Aku menghela nafas bingung. Apa yang sedang berlaku ni?
"Bila kau ada fikir risau akan keimanan kau, maka OK lah tu. Sepatutnya ia memotivasikan kau untuk memperbaikinya" kata brader.