Friday, September 24, 2010

Hari ini hari Jumaat

Selamat Hari Jumaat hai pengunjung semua.
Mari kita bersyukur kerana masih bernafas lagi. Mari kita bersyukur kerana harini bukan hari kiamat. Mari kita bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk berubah. Berubah dari semalam yang baik kepada harini yang lebih baik. Berubah dari semalam yang penuh dengan kerja duakali kepada harini yang lebih berhatihati. Berhatihati dalam perbuatan. Berhati-hati dalam perkataan. Dan lebihlebih lagi, berhatihati dalam menjaga kebersihan hati.

Kerana musuh amatlah licik. Mereka kenal kita sedangkan kita tidak kenal diri sendiri. Mereka sentiasa ingat kepada ikrar sedangkan kita masih cuba memahami. Mereka nampak dan mempermainkan kita namun kita selalu lalai walaupun dah terhantuk berkalikali. Bahkan mereka punyai sekutu yang berada dalam diri kita, sedangkan kita masih lagi memilih untuk berdengki sesama sendiri.

Demi Hari Raya minggu ini. Demi janji bantuan dari Ilahi pada hari ini. Dan demi peluang kedua yang dah entah berapa kali. Marilah kita lupakan dulu kehendak jasad. Atau runtunan nafsu yang semakin hari semakin menggiat. Atau gangguan dari manusia yang patut kita dekati lebih rapat dari seorang sahabat. Untuk menumpukan pada keperluan hati nurani. Dan berjalan menghampiri, kepada Dia yang Datang Berlari.

Bersihkanlah diri. Sucikanlah hati. Kerana buntut kuali pun akan kembali berkilat. Walau kita menggosoknya seminggu sekali.

Aku hanyalah kuwali

Aku hanyalah kuali.
Salahsatu dari pelbagai kelengkapan yang terdapat di dapur ini.
Aku selalu digunakan. Dan selalu dilupakan setelah digunakan.
Wajahku yang licin, hanyalah tempat tonyohan pelbagai jenis senduk dan sudip.
Ketika aku sedang berkhidmat pun, tiada siapa yang sedar kehadiranku, kerana mukaku dipenuhi dengan bahan mentah. Aku tahu aku tidak berguna jika aku sendiri. Aku hanya berguna apabila ada api. Tempatku adalah di atas tungku yang kotor dan buntutku hitam dan berkerak dek jelaga.
Pada awal kesedaranku, aku marah. Kerana semakin banyak aku berkhidmat, semakin teruk keadaan diriku. Aku juga tahu bila sampai masanya, jasadku akan disemadikan bersama longgokan sampah. Namun setelah aku mengerti, aku jadi tak kisah. Aku terima siapa diriku dan aku bersyukur kerana aku tahu apa tugasku.

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham ingin bersuci)

Suatu hari Ibrahim pergi ke sebuah telaga. Timba diturunkannya da ketika diangkat kelihatan timba itu penuh dengan kepingan emas. Emas-emas itu ditumpahkannya kembali ke dalam telaga. Timba diturunkan dan ketika diangkat ia penuh pula dengan butiran mutiara. Mutiara-mutiara itu ditumpahkannya semula. Kemudian Ibrahim berdoa kepada Allah:

"Ya Allah, Engaku menganugerahiku dengan harta karun. Aku Tahu bahawa Engkau Maha Kuasa, tetapi Engkau pun Tahu bahawa aku tidak ingin terpesona oleh harta benda. Berilah aku air supaya aku dapat bersuci"

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham dan jarumnya)

Suatu hari Ibrahim duduk di tepi Sungai Tigris sambil menjahit jubah lamanya. Jarumnya terjatuh ke dalam sungai. Seseorang telah bertanya kepadanya:

"Engkau tekah meninggalkan sebuah kerajaan yang besar, tetapi apakah yang telah engkau perolehi sebagai balasan?"

Sambil menunjuk ke sungai Ibrahim berseru:
"Kembalikanlah jarumku"

Seribu ekor ikan mendongakkan kepala ke permukaan air, masing-masing dengan sebuah jarum emas di mulutnya. Kepada ikan-ikan itu Ibrahim berkata:

"Aku inginkan jarumku sendiri"
Seekor ikan yang kecil dan lemah datang menghantarkan jarum kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

"Jarum ini adalah salah satu dari balasan-balasan yang aku perolehi kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lain-lain belum engkau ketahui"

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham dan harapan)

Ibrahim menceritakan pada satu malam, beliau bermimpi melihat Jibril turun ke bumi membawa segulung kertas di tangannya. Ibrahim bertanya kepada Jibril:

"Apakah yang engkau mahu lakukan?"
"Aku mahu mencatat nama sahabat-sahabat Allah" jawabnya.
"Catatlah namaku" Ibrahim bermohon kepadanya.
"Engkau bukan seorang dari sahabat-sahabat Allah" jawab Jibril.

"Tapi aku adalah seorang sahabat dari sahabat-sahabat Allah itu", Ibrahim bermohon dan hampir-hampir putus asa.

Beberapa ketika Jibril terdiam. Kemudian ia berkata:
"Aku telah terima sebuah perintah: 'Tuliskanlah nama Ibrahim di tempat paling atas kerana di dalam jalan ini harapan masih wujud dari keadaan putus asa"

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham dan Kehambaan)

Ibrahim mengatakan:" Pada suatu ketika aku membeli seorang hamba. 'Siapakah namamu?' tanyaku padanya"

"Panggillah apa yang kau suka" jawabnya.
"Apakah yang engkau makan?"
"Makanan yang kau berikan aku makan"
"Pakaian apakah yang engkau pakai?"
"Pakaian yang engkau berikan untuk aku kenakan"
"Apakah yang engkau kerjakan?"
"Pekerjaan yang engkau perintahkan kepadaku"
"Apakah yang engkau inginkan?"
"Apakah hak seorang hamba untuk menginginkan?" jawabnya.

"Celakalah engkau" kataku pada diriku sendiri. Seumur hidup engaku adalah hamba Allah. Kini ketahuilah bagaimana seharusnya menjadi seorang hamba"


Sedemikian lamanya aku menangis sehingga aku tidak sedarkan diri.

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham dan Latihan Tawakal)


Ibrahim mengisahkan: Pada suatu hari ketika aku sedang mengharungi padang pasir dan aku bertawakal kepada Allah. Telah beberapa hari lamanya aku tidak makan. Aku teringat kepada seorang sahabat tetapi aku segera berkata kepada diriku sendiri:

"Jika aku pergi ke tempat sahabatku, apalh gunanya tawakalku kepada Allah?"
Kemudian aku memasuki sebuah masjid sambil bibirku bergerak-gerak mengatakan:

"Aku telah mempercayakan diriku kepada Dia Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati, Tidak ada tuhan selain Nya". Sebuah suara berseru dari langit:

"Maha Besar Allah Yang Telah Mengosongkan bumi bagi orang-orang yang berserah diri kepada Nya".
Aku bertanya:

"Mengapakah begitu?" Suara itu menjawab:
"Betapa seseorang yang telah benar-benar menyerahkan diri kepada Allah, melakukan perjalanan jauh demi sesuap makanan yang dapat diberikan oleh sebarang sahabatnya, kemudian menyatakan:
 'Aku telah bertawakal kepada Allah Yang Maha Hidup dan Tidak akan mati?' Engkau telah memberikan ucapan bertawakal kepada Allah kepada seorang pendusta"

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails