Monday, October 11, 2010

Arjuna cam sial di RTM3..hehehe

"Ko-ko pa wer renjessss"

Kalini aku nak sentuh pasal cerita Arjuna kat RTM3. Dah naik muntah aku tengok cerita tu. Sumer orang cakap dah macam cerita Naruto. Jalan cerita dah gempak. Aku rasa silapnya cuma pakaiannya. Kalau pakaian diorang lebih kampung dan sederhana, mesti cerita Arjuna dapat dibandingkan dengan cerita macam Pendekar Kundur satu masa dulu.
Korang tengok rambut hero. Dan mamat baju purple tu. Purple?

Aku rasa RTM3 kena ambik vendor lain selain KRU untuk prime time diorang. Duit memang boleh dicari, tapi kepercayaan penonton itu yang susah nak disembuhkan jika dah terluka.

Setakat itu saja aku nak sentuh Arjuna. Kang aku muntah banyak pulak kang. Betul-betul bikin malu Melayu.

Warning DARI peminat cerita Supernatural di RTM3




"Cuba kau ulang part brader bus stand jalan atas air tu..." kata Dean
Aku warning kepada RTM3. Jangan main-main dengan timing siaran cerita Supernatural setiap Selasa dan Rabu malam. Masa World Cup kau bantai siarkan bincang pasal bola yang tahapahapa tu. Lepas tu kau buat rentetan cerita Mentor pulak. Bila dah kena sound, pandai pulak kau taruk sampai dua kali seminggu.
"Aku lebih uka abang karkun"
Kau orang dah buatkan aku risau dengan keadaan Dean dan Sam. Aku boleh agak cerita ni pasal gabungan good and evil dalam menentang kebenaran. Dan aku suka sangat-sangat episod minggu lepas, so aku berpesan kepada orang RTM3 yang selalu load page Pang Chinn Fei, dan isu bapuk pink tu, JANGAN KACAU cerita SUPERNATURAL setiap hari selasa dan rabu tu. Kalau tidak, aku akan kerahkan setan dan malaikat menyerang Seri Pentas.
Minggu lepas Episod paling best. Cerita pasal Castiel dan 'memilih untuk berpihak kepada Tuhan'

Memang arr sumer benda tu boleh download. Tapi tak thrill la jadi orang Malaysia.
Part tertunggu-tunggu tu yang best...Buatkan aku rasa cam bebudak balik. Jangan lupa tonton

Aku Melayu Jumud?

Sejak kebelakangan ni orang semua kecoh pasal perkauman. Dikatakan garisan yang menghalang si AhChong dari melempang si Junuh telah lama putus putus. Atau kesabaran Mutusami terhadap kesialan Robert dah sampai tahap dewa dewi. Malaysia diambang huruhara. Dan satu-satunya yang menghalang masing-masing dari bertindak ialah hutang pada bank sapa nak bayar kalau dah mati nantik.

Aku pulak, yang dikatakan menyuntik semangat kemelayuan dalam blog ini diberikan amaran kerana cuba menyedarkan bangsaku yang membuatkan AKU terlena. Aku dikatakan low class sebab memilih bahasa Melayu sebagai pengantar. Tak outreach laa, kata seorang blogger yang lawyer.




Aku dikatakan murahan kerana berbicara tentang kesufian tapi bercambur baur dengan keduniaan dan ada iklan dan lain-lain yang melanggar hukum warak. Aku akui. Aku tak kisah.
Obviously, diorang ni tak baca disclaimer kat bawah blog ni. Atau terlepas membaca yang ni.Aku mintak maaf kepada semua dan mengucapkan terima kasih kepada semua komen yang membina. Keep our friends close. But keep our critics closer. Dan untuk itu, semua dijemput mengeklik di sini bagi mendapatkan ucapan subliminal yang menerangkan pendapat aku mengenai tajuk artikel ini...

Wali Dari Bangi (tersilap orang)

Markas Seri Petaling, tempat seribu cerita menjadi satu: Cerita Allah

"Assalamualaikummm" trademark abang karkun yang ditiru oleh brader.
Seorang wali, sungguhpun dia kena menjalankan hukum Allah dalam dirinya (dan kaumnya), mereka juga adalah penenang hati orang yang berdamping dengannya. Tu sebab Baginda SAW sentiasa didatangi oleh pelbagai tahap masyarakat untuk bertanya dan mengadu masalah mereka. Dan Baginda SAW pulak, akan sedaya upaya nak menolong orang yang meminta bantuan. Bukannya sebab politik atau niat tersembunyi. Tapi dah memang Baginda SAW itu ialah manifestasi kasih sayang Allah di dunia ini. Allah Maha la Penyayang dan Pengampun. Tak tergambar kehebatan Nya der.  Jadi, Baginda SAW dijadikan salah satunya sebagai asas perbandingan bagaimana kasihnya Allah terhadap manusia.


Kerana hidup di dunia akhir zaman ni, hati memang kotor dan senang nak jadi tak tenteram. Jadi para wali ni, di samping mengajar manusia untuk dekat kepada Allah, mereka juga pandai jaga hati orang. Pendek kata, wali yang betul, setelah lulus kita uji suluh dengan syariat dan sunnah mereka juga seronok untuk didampingi. Kalau ada masalah kita tak teragak-agak nak cerita kat dia.

"Assalamualaikummm" sekali lagi salam dari brader. Aku dah hampir lupa macamana aku boleh bertemu dengan brader bus stand. Pagi hari itu rasanya paling cibai dalam hidup aku, telah menjadi hari yang paling bertuah kerana bertemu dengan beliau. Dan seperti yang aku agak, hidupku dah tak sama lagi selepas tu.

"Assalamualaikum!" keras bunyi salam brader. Kikiki. Aku dah jawab yang dua tadi dalam hati sebenarnya.

"Wa'alaikumussalammm" jawabku memujuk. Aku membuka pintu bilik. Berkepul asap rokok melarikan diri dari bilikku di rumah sewa di Bangi.
Eh! Bukan brader laaa...
Wali dari Bangi

"Abang karkunnnnn!" kataku terkejut.

"Orang bagi salam secara lisan, jawabnya secara lisan jugakkk. Tulah adabnya. Hablum minallah wa hablum minan nas" kata abang karkun tersenyum pahit. Macam dipaksa-paksa jer. Maklumlaa... Wali takleh marah. Wali kena jaga adab. Kikiki.

"Ingatkan brader, tadi..." kataku mengcover keadaan. Sebuah penjelasan yang tak perlu ketika bercakap dengan seseorang yang boleh baca fikiran orang lain macam abang karkun.

"Abih tu, kalau brader, boleh la bukak pintu lelambat? Apalah nasib housemate kau yang lain" kata abangkarkun tepat sambil masuk ke dalam bilik dan buat cam bilik sendiri.

"Kan cam tu.." jawabku mengcover lagi. Kan aku dah cakap. Takyah aku nak explain-explain der. Baik aku diam jer.

"Abih camner?" tanya abang karkun lagi. Waaahh. Tak kasi chan, nampak? Aku nak ambik jalan diam dan bagi beliau membebel sensorang ajer (maklumlah, kena buat 2jam setengah setiap hari, maka akulah mangsa tetap), tapi aku nak layan dia malam ni.

"Cam beser laaa" kataku sambil ketawa. Aku kononnya menujal bahu abang karkun lembut. Abang karkun membalas dengan menujal bahu aku dengan cam beser. Berdengung bahu aku. Macam biaser.

Abang karkun terus berkongsi denganku takazah terbaru untuk jemaah kami. AKu dah mula rasa macam team mission impossible pulak dah. Macam A team ajer. Eh? Betul lah. Memang setiap kali jemaah kami sambut sesuatu takazah, semuanya bermula dengan plan A jer. Tak pernah pun terpikir nak rangka plan B ke.

Kali ni kami ke Tebing Barat, bukan naik kapal atau UFO. Kami jugak tak gunakan ilmulipat bumi. Abang karkun cakap kami akan naik keretapi. Aku tak sabar nak keluar bulan ni. Eh? Brader ikut tak?

"Ikut" jawab abang karkun.
"Jin-jin Islam tu (Atan dan Abu)?"
"Ikut" jawab abang karkun lagi.

Perghhh. Aku duduk menyandar. Aku tak sabar untuk episod seterusnya cerita Wali dari Bangi ni nantik....

Hipnotisma ala payobosa (Aku Terlupa Save)


Seperti yang korang dah tau, aku update blog melalui CC. Tapi malam tadi aku terlupa nak save dalam pen drive dan bila dah sampai CC ni, aku rasa cam mengong sebab takde material untuk korang sumer.

Anyway, aku ucapkan terima kasih kepada hardcore fan blog ni sepanjang minggu lepas (Dark Half, Blur, Azhafikah, budakbudak dari Israel dan NajibJB). Walaupun aku tak blogwalk, tapi kehadiran korang telah menstabilkan graf pengunjung blog ini. Sekarang aku dah boleh kenalpasti sapa yang aku nak kasi award. Korang buatkan aku bersemangat untuk menulis dan tido lambat setiap malam.

Aku akan cuba update malam ni untuk mengelakkan korang diserang sindrom penarikan sebab tak dapat lagi fix payabesarpedas untuk hari ini. Tapi aku tak janji memandangkan aku baru dapat anak kecik. By the way, terima kasih kepada semua yang vote untuk nama anak aku minggu lepas. Walaupun Qaleesha Humaira paling tinggi, ahliya dan aku bersetuju untuk menggunakan kuasa veto kami untuk menamakan anak kami yang baru sebagai Amanina Humaira (sebab nama anak pertama aku ialah Amanina Zahra)

Sekali lagi, aku minta maaf. Segala yang Allah dah tentukan itu, ada hikmahnya. Kita hanya perlu bersabar dan berusaha dengan lebih giat lagi.

Teruskan melepak di sini.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails