Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Rahsia yang Ali r.a tahu tentang Allah?


Aku sedang melepak menusan di beranda rumah brader bus stand dengan Abang Karkun. Tengah leka-leka memoncongkan bibir nak buat O, nak celen adik beradik Abu dan Atan, tetiba abang Karkun berkata:


"Kau tau Wan, aku sejak dari kecik ada banyak benda yang aku mintak kat Allah. Banyak benda yang pelik-pelik..."


Aku berhenti menghembus asap nusan dari peparuku namun bibirku masih memoncong. Mataku ke kiri kanan cuba mencari jawapan. Dan dengan moncong-moncong tu, aku gelengkan kepala.

"...Ada, aku mintak nak terbang, lah. Siap buat solat hajat, nii. Ada mintak nak jalan atas air. Yang dah jadi rutin ialah mintak nak mimpi makan satu talam dengan Baginda SAW..."

Aku sedut nusanku yang dah tinggal suku dan mencucuh puntung ke ashtray. Ni mesti citer best, ni. Dah lama abang Karkun tak citer benda-benda camni ngan aku...OK. Aku diam.



"Kau ingat tak cerita yang ada satu hari tu, ada sorang sahabat bertanya kepada Ali r.a tentang Allah. Kemudian jawapan dari Ali r.s pulak ialah yang lebih kurang bunyinya: "Kalau aku beritahu kau jawapannya, kau akan kata aku telah melakukan kesyirikan"...Camtuu, laa bunyinya. Kau ingat tak, Wan?"

Aku gelengkan kepala dengan spontan, seperti yang dijangkakan.


"...dan antara yang paling pelik aku mintak , aku pernah mintak kat Allah akan jawapan kepada soalan sahabat tadi kepada Ali r.a..."

Abang Karkun mengalihkan pandangannya ke kejauhan bagaikan nak mula mengimbas satu siri kenangan pahitmanis yang tak tercerita dek lisan, tak tergambar dek perbuatan, hanya boleh difahami oleh yang merasai...


"...dan aku rasa, Allah dah bagitau aku jawapannya..."

Aku excited. Yes!

"Apa jawapannya, bang?" tanyaku bagaikan kanak-kanak yang tak sabar-sabar nak dapat gula-gula.


"Kalau aku beritahu, nescaya kau kena laksanakan hudud ke atasku..." jawab abang Karkun sambil buat roll eyes. Masa tu aku rasa macam nak ambik puntung nusan tu dan cucuh kat mata abang Karkun.

Melawak, rupanya!

Wednesday, October 12, 2011

How to Save a Life



Lagu ni pernah aku post kat blog aku yang lain. Dan ia aku post sebab aku kehilangan seorang mamat yang aku dah plan nak approach sebab semua orang dalam blogosphere komplen beliau ni seorang yang liberal dan free thinker. Tapi terlepas sebab peminat blog ni pergi kacau dia dulu, mengakibatkan mamat tu terus taruk dinding antara aku dengan dia. Sampailah sekarang. Lirik lagu ni membuatkan aku terkedu.

Para pendakwah yang sekular macam aku, pasti dapat merasakan feel lagu ni. Liriknya ialah apa yang aku imejinkan akan berlaku kalaulah pertemuan yang aku rancangkan dua tahun lepas tu, berlaku...

Wednesday, October 5, 2011

Abang Karkun sound aku



Apakah ertinya menjadi orang Islam? Apakah maknanya apabila kita mengaku Islam? Soalan bodoh dan mengundang pelempang kalau ditanya oleh seorang muslim kepada muslim yang lain. Soalan yang taboo kalau kau dalam UMNO, kata Abu.

Kebanyakan muslim yang dapat nikmat iman sejak lahir, selalu terlupa erti menjadi seorang Islam. Kerana mereka jadi Islam bukan kerana kehendak, tapi kerana keadaan. Apa yang kita kena buat ialah mewujudkan kehendak itu, agar keislaman kita, bukan sekadar cukup makan atau barely surviving, tapi satu pegangan yang utuh dan jitu. Sebab kalau tak, jangan sampai tuhan turunkan bala pulak nak timbulkan kehendak itu nanti.

Menjadi seorang Islam bererti kita akui bahawa tuhan itu satu dan nama Nya ialah Allah. Maka patutnya terdetiklah dalam hati dan pikiran kita ni, nak tau dengan lebih lanjut tentang Allah. Kita boleh tau benda benda ni dengan mendalami ilmu tauhid, nama nama dan sifat sifat Allah, apa yang Dia suka tak suka dan benda benda yang macam tu, lah. Dan bila kita dah tau sikit sikit tentang Allah, maka kita akan perlukan contoh atau role model untuk ditiru dan diikut sebagai guideline. Dan Allah dah tetapkan; icon tersebut ialah nabi akhir zaman, khatamul anbiya; Nabi Muhammad SAW.

Baginda tidak menyepak, tapi disepak. Baginda tak memarahi, tapi dimarahi. Baginda balas kutukan dengan senyuman. Baginda telah buktikan, bahawa kejujuran, amanah, rendah diri dan percakapan yang baik baik boleh ubah masyarakat, bahkan masyarakat yang jahil lagi.


Itu semua, baru cerita pasal orang awam punya level dalam Islam ni. Bagi yang memakai jubah keagamaan pulak, kewajiban menjaga imej agama yang dibawa amatlah mustahak. Setiap perkataan, perbuatan, walhal cara bercakap dalam henpon pun akan dipersoalkan. Lebihlebih lagi oleh sedara seagama, kan?

Sebab tulah Baginda SAW pernah pesan agar kita jangan berprasangka buruk sesama manusia (apatah lagi terhadap sedara seagama), dan elakkan dari buat perkaraperkara yang boleh timbulkan syak atau persoalan kepada orang lain. Untuk inilah kenapa kita kena selalu lebih banyak mempersoalkan diri sendiri dari orang lain, dan kena cari 70 alasan nak menjawab paranoia buruk kita terhadap seseorang yang lain.

Amatlah rugi andai kita, yang dah lahirlahir dalam iman ni, tak luangkan masa nak dalami dan amal semua ni atau berusaha nak capai tahap kesempurnaan sebagai seorang Islam, sebelum kita mati. Takkanlah dah 55 tahun idup atas dunia, nama malaikat pun tak lancar? Dan lagilah rugi, andai kita lebih banyak luangkan masa untuk jauh dari Nya. Atau sibuk mengadu domba serta matimati mahu menjatuhkan seorang Islam yang lain.

Baik kita pecahkan aje Kaabah tu, kalau kita terus aje cenggini.

Marilah kita semua clearkan cache dan tekan butang refresh semula. Semoga kita semua sempat, dan kesempatan itu membuahkan manfaat.


~Abang Karkun, 2009, serambi rumah Brader bus stand.

Wednesday, August 24, 2011

Persoalan




Atan menarik kerusi tempat duduk. Abu dah memang duduk. In fact, Abu dok menunggu si Atan dah dekat 12 minit dah. Sibbaik nak berbuka lama lagi. Aku dok mengadap tab Abang Karkun, dok menaip benda alah ni.


"Abang karkun ngan brader mana?" tanya Atan buat-buat muka innocent yang sememang menjadi trademarknya. Stok muka yang nak kena lempang.


"Diorang lepak surau tadi. Tadarus. Beser arr" jawab Abu boring.
"Abes tu, kau tukang jaga meja la ni?" tanya Atan mengejek sambil mengeluarkan isi dari kocek seluar jeans ketatnya.
"Banyakla kau punya waiter!" kata Abu.

Dari jauh kelihatan Abang karkun dengan brader bus stand menghampiri di celah-celah orang ramai di kawasan makan itu. Ni first time mereka bertemu setelah hampir setahun berpisah. Semua selepas peristiwa masa Abang karkun balik dulu. Dan banyak yang telah berlaku semenjak setahun yang lalu. Kelompok ini telah pergi banyak tempat, jumpa macam-macam orang dan telah mengumpulkan banyak amal. Aku terhenti menaip. Diorang banyak bekalan. Aku banyak dosa...
-------------------


"Wan, jom lah join sekali" ajak si Atan. Beg, bedding, semua dia dah ambik. Aku ajer yang masih hesitate, berdiri termanggu di tengah bilik. Tah kenapa, tibatiba jiwaku kosong. Aku pupus. Aku macam taknak pergi pulak.


"Dah-Dah-Dah! Jangan layan bisikan setan, tu! Dah jom!" kata Atan lagi sambil menarik tanganku keluar bilik. Dari bawah, bunyi kereta membunyikan hon memecah keheningan malam  1 Ramadhan. Mentang-mentanglah dia nak keluar. Orang lain nak kerja, tau tak?

------------------------

Aku bangun menyambut salam dari brader bus stand. Sampai giliran Abang karkun, aku peluk dia. Tetiba jer mata rasa berkaca. Abang karkun menolak aku ke kerusiku. Kami duduk.

"Banyaknya gadget kau, Tan? Dah habis la duit raya kau kerjakan tu?" tanya brader bus stand. Nampaknya brader lebih talkative. Biasa dia senyaaap jer. Kalau tanya pun kadang-kadang dia tak jawab. Susah sebenarnya bercakap dengan orang warak ni.


"Hehe. Dah! Dah habis dah duit raya, elaun apa sumer. Kalau tidak pun, saya nak kena beli henpon, laptop. Dahalang-halang ada duit tu, saya balun lah" kata Atan. Abu ambik tab si Atan. dia mula menguis-nguis skrin di tab Atan.


"Kau tak subscribe Metro, ke?" tanya Abu. Dia menguis-nguis lagi skrin di tabnya. Aku mula terasa dengan perbuatan Abu. Aku slowkan taipan (kuisan) ku pada tab ini.


"Orang mana main Metro-Metro. TV AlHijrah, Al Jazeera, CNN, BreakingNews jer beb" jawab Atan berlagak. ATan memang gadget savvy sikit. Dia uptodate. Samalah gilanya dengan Abang karkun. Aku jer yang stuck dengan tweet text dengan N70 yang dah nazak.


------------------

Selesai iftar ringkas, kami semua bergegas ke surau berdekatan untuk bersolat Maghrib. Ramai gak yang solat awal, Kebanyakannya Pakistan dan Bangla la. Orang kita, ramai masih makan lagi.

Selepas solat Maghrib, kami buat taklim kat surau tu sementara menunggu Isyak. Isyak berjemaah dengan rombongan budak sekolah asrama mana ntah.

---------------

Selesai solat Isyak, kami semua repeat kat kedai makan lain pulak. Kedai nasi Ambeng amenda ntah kat Kampung Baru. Brader la mengidam nak makan nasi ambeng. Atan dan Abu kaki bedal. Abang karkun dengan aku pulak tak kisah. Sambil makan sambil catchup dengan cerita lama. Gila banyak pengalaman menarik abang karkun dan team. Ramadhan kalini memang lain. Usia Dunia semakin hampir. Itu ajer katanya. Tapi dia tak cuak macam tahun lepas. Kalini, muka dia cam happy jer. Aku curiga.

------------------

Malam tu, macam malam dulu-dulu, adalah sepatutnya SuperNatural Night. Tapi sebab siri kegemaran kami tu dah takde kat #RTM3, maka kami semua layan ajer series yang di download dari internet. Kami layan Episod 11-13 dari season 6. Dengar cerita, sekarang kat US dah sampai season 8? Pergh! Tahapalah pulak idea diorang nak menyusahkan hidup Sam dan Dean.


"So, apa plan kau lepas ni, Wan?" tanya Abang karkun.
"Buat masa ni, saya ingat nak kasi setel dulu kerja dan kereta, kasi senang sikit ahliya saya berurusan. Lepas tu cari rumah ka area dekat dengan tempat kerja" jawabku.


"Bukan tu. Maksud aku, bila nak keluar? Jangan dok CAKAP jer melepas lah, menyesallah, rugilah, tapi tak pernah buat azam nak turut serta" kata Abang karkun series padaku.


"Ye-ye" jawabku pendek.
"Sekarang kau paham kenapa fadhilat orang dah kawin yang keluar di jalan Allah tu lagi tinggi? Kau ingat senang ke?" usik Abang karkun padaku sambil angkat-angkat kening kat brder. Brader senyum jer. Atan dan Abu sedang berbincang pasal siapakah Sam yang kembali itu.

Aku, menarik nafas panjang.

Wednesday, March 23, 2011

Pengajaran dari keluar tabligh



Aktiviti pentablighan dari luaran memang nampak cam simple. Nampak cam memainn jer. Cam takder penghayatan keimanan langsung. Sambil dengar taklim buleh bertepuk tampar atau jawab tweet. Masa tengah khususi lebih macam borak kosong. Dan masa-masa terluang masa keluar 3 hari umpamanya, kalau bukan sebab duduk dalam masjid, memang series rasa keluar tu macam keluar gi camping jer. Kejap-kejap, makan. Kejap-kejap aktiviti. Namun setelah berkecimpung dalam aktiviti ini sekian kalinya, serta bergaul dengan orang yang berupaya membimbing serta bersabar dengan orang yang banyak tanya cam aku ni, maka aku dapati keluar tabligh adalah latihan prektikel yang paling ketat disiplinnya yang pernah aku alami.

Aku akan sentuh beberapa aktiviti utama saja yang dilakukan masa keluar tabligh tu. Kalau nak ulas setiap saat, series aku cakap aku terpaksa buat satu lagi blog nak cerita pengalaman keluar tabligh ajer. Tapi tu dah kira cam cuba nak menerangkan sedapnya rasa durian lah. Atau umpama nak terangkan wanginya bau bunga ros. Sampai bila pun tak abis.

Benda yang paling basic masa keluar tabligh ialah style duduk dan mendengar. Ada masa kita duduk santai. Ada masa kita duduk formal. Duduk formal ni untuk dalam majlis macam bayan atau taklim atau mesyuarat. Duduk santai pulak ialah time-time selain dari yang tadi. Kedua-dua ni ialah style duduk kat lantai. Skil duduk bersila lelama ni amat penting sebagai seorang Islam sebab kalau kita series nak belajar Islam, kita kena selalu dok dalam ceramah dan berada dalam keadaan bersila. Jadi, skil-skil duduk sunnah ni amatlah mustahak. Pada aku. Nak duduk mengangkang tu memanglah boleh, tapi kita keluar tablighkan nak belajar-belajar hidupkan sunnah? Kita pushlah diri nak hidupkan dalam sunnah masa 72 jam tu. Dan skil duduk ni amat penting. Camana skil tu? Haaaaa....

Benda basic kedua ialah skil berdiri. Budak tabligh akan berjumpa dengan orang. Dan bila berjumpa dengan orang, maknanya kita biasanya akan berada dalam keadaan berdiri. Skil berdiri sambil bercakap dengan orang atau di khalayak ramai, ada bezanya dengan style berdiri masa mendengar orang lain bercakap. Gerakan tangan, body language, sampai ke kening pun amat dititik beratkan. Bila kedua-dua skil berdiri dan duduk ni dikuasai, skil tahan menguap dan mengantuk pula akan turun secara laduni.


Masa bermesyuarat, kita dilatih untuk mengatakan usul atau hujah kita dalam bahasa yang formal dan sopan. Disamping itu, adab mesyuarat juga menekankan konsep tekan nafsu dimana usul orang lain mestilah dilihat lebih bernas dan baik dari usul kita yang perlu lebih diteliti dan diperhalusi takut-takur dek usul kita ni, jemaah pulak yang akan dapat susah. Kengkadang tu, kita memang positif bahawa idea kita ni memang berkesan tapi sebab amersab dah putuskan, kita kena belajar taat. Taat jer satu hal. Nak jaga ketaatan masa melihat apa yang kita khuatirkan tu berlaku, tu satu lagi hal. Dan soal menjaga ketaatan dan kesetiaan kepada keputusan mesyuarat adalah satu nilai murni orang Islam yang aku lihat semakin munafik dalam diri aku dewasa ini. Maka aku kena selalu letakkan diriku dalam mesyuarat.

Masa bayan pulak, kita belajar dua aspek. Aspek mendengar dan aspek berkata-kata. Masa berkata-kata (membayan), kita kena fokuskan kata-kata kita kepada yang benar dan ikhlas saja. Kata-kata yang bercampur-baur niatnya, hanyalah kata-kata yang kosong. Tahan nafsu dari nak bercakap benda yang walau bermanfaat, tapi di luar dari 6 point. Dan apa yang dah dikata, kenalah kota. Jangan cakap benda yang tak buat, atau tak buat benda yang dah cakap. Tu sebab agaknya ada kriteria tertentu sebagai pembayan. Takdelah nantik pembayan dilaknat dek apa yang dikatakannya dek kelemahan amersab mengenal jemaahnya.


Masa khidmat paling banyak perkara yang dapat dipelajari. Khidmat ialah menjadi orang belakang tabir yang menyediakan makanan, tempat rehat dan solat, menjaga imej jemaah yang datang di mata qariah tempatan, serta yang jadi sekuriti. Jangan ingat bila khidmat takyah ambik bahagian dalam program jemaah. Taklim kena pegi. Mesyuarat, bayan, ghash, kena sertai disamping bertindak memastikan para jemaah takyah runsing pasal mana nak makan, nak tido nak bermanusia atau sebagainya.

Haduiiihh. Sakit pinggang lak aku dok menaip benda ni. Aku rasa aku nak berenti sampai sini je lah dulu. Kalau korang nak tau lagi apa benda yang bestnya keluar tabligh ni, korang keluarlah tabligh.
Series best! Wa cakap luuuu...


p/s: Aku rasa kita kena budayakan soalan ini: "Sudahkah Anda Keluar, Bulan ini?"

Tuesday, February 1, 2011

Wali dari Bangi (operasi karkun sejuk 2)



baca dari sini...


Masa tulah kami terjumpa dengan sorang member Atan yang terlibat dengan usaha jugak. Beliau telah berkongsi bahawa setelah mujahadah penat lelah dalam menyempurnakan misi yang diberi, seorang daei mesti menghalusinya dengan bangun malam dan bertahadjud. Beliau kemudian memberikan contoh nama-nama terdahulu yang memang terkenal sebagai orang-orang yang sedikit tidurnya dan kuat amalan malamnya.

Kami bertiga memang terasa benar akan tusukan pilu katakata beliau tu hinggakan tah kenapa, malam tu kami bertiga beriktikaf di sebuah masjid yang ditinggalkan kerana orang kampung baru dapat masjid baru warna biru.

Esoknya masa kami bertiga brekfes kat tepi masjid lepas subuh, kami terserempak dengan karkun sejuk yang kami cari selama ini. Siap dia yang lepak dengan kami serta membelanja dan tapaukan roti canai double untuk Atan dan Abu. Dan seolah sesuatu telah berlaku pada malam tadi kepada beliau, beliau pulak yang tanya bila dia boleh ikut sekali dengan abang karkun naik UFO...

Haaaikkk? Naik UFO? Kenapa semua orang cam dah biasa jer naik UFO? Apsal aku rasa cam aku sorang jer yang baru tau semua ni? Tapi yang membuatkan aku paling teruja ialah pengetahuan bahawa bila kami mengkhususi, maka maknanya kami sedang mengumpul jemaah. Bila kumpul jemaah, maknanya kami akan keluar (sebab dapat misi baru). Kemungkinannya ialah abang karkun dan brader balik dari Tongi bawak takazah. Ntah lah. Aku pun tak tau.

Pepehal pun, tunggu diorang balik dari ijtimak dulu. Dah balik kang baru cerita.


"Ni, apasal pulak lambat benar diorang balik, ni? 
Orang yang naik kapal terbang pun dah sampai lama, dah" kata Atan.

Tuesday, January 25, 2011

Persidangan Parlimen ROH?

Hahaha. Aku sebagai orang REMBAU mengaku SEKARANG MEMANG ADA PERSIDANGAN ROH.
Lebih kurang 2.5 juta ROH dah ke sana dan jumlahnya semakin meningkat...

Bahkan dunia menjoloknya sebagai persidangan ummat Islam kedua terbesar selepas Haji.

Nak tau kat mana?

Tongi, Dhaka, Bangladesh.

Semoga Allah memakbulkan doa KITA SEMUA!

Monday, December 13, 2010

Dakwah ?



"Wan..." mula abang karkun.
"Ye bang" jawabku. Aku berhenti menaip dan memandang wajah abang karkun. Serentak palingan wajah itu, aku terpikir: kan bagus kalau aku layan makbapak aku sehormat aku melayan abang karkun...

"Kenapa kau beria-ia benar mengupdate blog kau kalini?" tanyanya.
Aiseh. Aku dah agak dah perkara ni akan berlaku.

"Takde bang. Saja sebagai terapi" jawabku mudah. Jawapan yang aku dah sediakan sejak sebelum kami keluar 40Hari kalini. Aku tak pasti samada jawapan itu betul atau tidak sebab aku dah PIKIRkan jawapannya SEBELUM soalan ini ditanya. Sedangkan jawapan itu tak pasti lagi secocok atau tidak dengan keadaan masa depanku di mana soalan itu bakal ditanya. Tapi aku tetap teruskan dengan PLAN aku. Aku menatap wajah abang karkun tepat pada matanya. Aku tertunduk sebab tah kenapa hatiku bergetar bila pandang mata dia lelama.

"Banyak manusia masuk neraka sebab lidah mereka" mula abang karkun semula. Aku memang tak budget serangan dari arah ini. Walaupun aku boleh melawak dengan menjawab bahawa aku MENAIP, bukan bercakap, aku juga tau jawapan sebegitu tak membawa perbualan ini ke arah yang produktif. Aku hanya terdiam. Menunggu sambungan dari abang.

"Kalau nak berdakwah pun, biarlah KENA CARAnya" kata abang karkun lagi.
"Syaitan itu bijak. Mereka saling berhubung antara yang dalam hati kau dengan yang dalam hati aku. Dan mereka berpakat membisikkan point-point ke dalam mulut kita semasa kita berdakwah tu. Agar kau dan aku bermusuhan. Dan lari dari niat sebenar" abang karkun bagi mukadimah.

"Diorang bermesyuarat dalam membincangkan agenda mereka. Kita ni pulak kebanyakannya LARI dari keputusan mesyuarat, KALAU bermesyuarat pun. Dan kejahatan yang dimesyuaratkan akan mengalahkan kebaikan yang TIDAK dimesyuaratkan. Perkara yang terancang akan mengalahkan yang tidak terancang. Tak kiralah camana BAIK sekalipun NIAT seseorang itu.

"Ada sebab kenapa kita perlu susah-susah ke sana ke mari dari masjid-ke masjid, rumah ke rumah, pintu ke pintu melakukan apa yang kita lakukan ini.

"Sebab perlakuan sunnah yang kita tiru dari Baginda SAW, punyai hikmah yang banyak. Selagi kita melakukannya SEMIRIP-MIRIP yang boleh dengan CARA Baginda Muhammad SAW lakukannya"

"Adab yang zahir tu, macam adab ghash, walau diulang-ulang setiap kali sebelum kita melakukannya pun boleh lalai, inikan pula adab batin yang tak nampak bila kita melanggarnya"

"Adab batin?" tanyaku blank. Aku pernah dengar pasal adab zahir dan batin ni pasal wudhu dan solat. Macam, masa kita basuh tangan, kita niatkan agar Allah keluarkan dosa yang kita dah buat dari tangan kita tu. Atau menghayati makna bacaan semasa membaca Al Fatihah...

"Contohnya masa kita mendengar mutakalim berkata-kata masa ghash. Adab zahirnya ialah kita kena diam dan mendengar kata-kata yang keluar itu umpama itulah kali pertama kita mendengarnya. Adab batinnya ialah kita cuba sedaya upaya mengingat dan memahaminya dan belajar darinya" explain abang karkun. Aku hanya terdiam.

"Dan yang paling penting ialah, kita sentiasa berada dalam mindset bahawa  yang BERCAKAP itu lebih hina dari yang MENDENGAR". Aku diam lagi.

"Tapi kalau kau berdakwah style macam ni, aku khuatir lebih banyak mudharat dari kebaikan, sekiranya katakata kau itu tidak diFIKIRkan dengan semasak-masaknya" kata abang karkun. tetiba jer kami terkembali ke topik. Ini memang kelebihan abang karkun. Dia buat kita lelan dalam explanation dia dulu, pastu dia balik ke topik.

"Saya blogging ni sebagai terapi" jawabku menegaskan. Masih dengan plan aku.
"Kalau macam tu, takper. Tapi kau jangan berdakwah pulak dengan berblog-blog ni" amaran abang karkun. Aku mengangguk tanda setuju.

"Sebab kita ni orang dah gelar KARKUN. Dan bila kita ni digelar sebegitu, maka kita sudah masuk dalam kancah BERDAKWAH. Dan setiap tindak tanduk orang yang atas jalan Alllah akan dipersoal" kata abang karkun menambah.

"Lebih banyak KEBURUKAN sebenarnya, jika seorang karkun menggunakan style macam ni kalau benar niatnya berdakwah. Bukankah KITA ini pengikut jalan yang mahu percaya bahawa TAKDE CARA BERDAKWAH lain selain cara Baginda SAW?"

Tapi aku bukanlah keluar tabligh ni sebab berdakwah. Yang aku paham, style bertemu mata ke mata, dari pintu ke pintu ni, adalah asbab paling berkesan dalam proses mendidik hati dan akhlak, selepas berzikir yang merupakan doanya. Dakwah hanyalah ALAT mentarbiah diri. untuk BELAJAR. Bukan MENGAJAR. Belajar mengajar tu dalam taklim wataklum. Ghash ni macam praktikel selepas belajar teori dalam taklim wataklum tu.

Aku mengeklik ke arah blog aku yang satu lagi. AKUSKIZO. Aku tunjukkan skrin laptop pada abang karkun.

"Nilah terapi, tu" kataku. Aku tertanya pada diri sendiri kenapa aku tunjuk laptop kat abang. Adakah aku cuba buktikan kebenaran alasanku?. Abang karkun mengangkat keningnya memandang skrin yang tertera muka depan blog. Dia membaca beberapa entry dengan sekali lalu. Pastu satu lagi. Pastu satu lagi. Pastu dia klik 'Older Post'.


"Abis tu, apa jadi dengan peguam skizo, tu?" tanyanya dengan muka berminat.

"La? ABANG pun terpengaruh?" tanyaku kehairanan.

Maka blog payabesarpedas TERSELAMAT buat kali ini...

Monday, November 1, 2010

Ujian Keimanan



"Kenapa monyokkk jer ni?" tanya abang karkun kepadaku. Aku tersentak dari lamunanku dan memandang kepada abang karkun.


"Biaser arr bang, sindrom tengah bulan. Duit dah tahap rentung laa" jawabku.


"Apsal tak sound?" tanya abang karkun. Dia menyeluk poketnya. Aku rasa rendah diri bila dia buat camni. Abang karkun menghulurkan angpow raya kepadaku.


"Nah" abang karkun mempelawaku agar mengambil angpow tersebut. Aku tenung ajer angpow tu. Air mata rasa macam nak berlinang jer.


"Rilek arr bro. Biaser arr ni, student" katanya cuba menenangkan hatiku. Dia memasukkan angpow tadi ke dalam kocek bajuku.


"Timer kasih" kataku lemah.


"Kita kena bersatu padu. Harini aku ada lebih. Mungkin besok lusa, kau pulak yang mengulur untuk aku" katanya lagi nak kasi suasana tenang. Aku tertunduk. Mulia sungguh hati abang karkun. Dahlah bagi duit, rendah diri pulak tu.


Snapshot dari Utusan Harini: Ferrari kat Malaysia lagi banyak dari Australia


"Semakin hampir kita kepada kiamat, semakin banyak ujian keimanan yang datang, sebelum ujian besar" kata abang karkun memulakan.




"Kau kira beruntung kerana diuji dengan ujian yang ringan; kemiskinan" sambung abang karkun.




"Tapi bukan ke kemiskinan tu, mendekatkan kita kepada kekufuran?" tanyaku. Tah kenapa tanganku meraba ketebalan angpow tadi. Cam tebal jer...Setan berbisik (salahkan setan pulak).


"Iyer. Tapi Baginda SAW dulu lebih risaukan ummatnya diuji dengan kemewahan dan kesenangan berbanding dengan kemiskinan" jawab abang karkun.


"Baginda SAW sedar bahawa akhir zaman ni, ummat Islam hidup mewah sebab mereka beramal. Solat 5 waktu tu punca rezeki, jangan tak tau" kata abang karkun.


"Sekurang-kurangnya, kau masih ingat kat Allah masa kau susah. Berapa ramai orang kaya yang menyangka asbab usaha dan ikhtiar merekalah mereka hidup senang" sambung abang karkun lagi.




"Ramai juga yang bila dah senang, ingat cakap dia jer betul. Dia jer yang berpengalaman. Bahkan ramai yang mudah nak lupakan Allah semasa diuji dengan kemewahan" kata abang karkun lagi.


"Dah tu pulak, bila Allah uji mereka dengan menghantar orang yang meminta sedikit bantuan dari mereka, mereka mengelak dengan alasan itu ini. Malah ada yang melabelkan orang yang meminta-minta itu sebagai pemalas atau dungu atau sebagainya" sambungnya lagi. Bertubi-tubi abang karkun bagi point. Tak kasi chan betul setan dalam kepala hotak aku ni nak menyampuk.


"Tapi bang, kadang-kadang, kemiskinan juga mendesak manusia melakukan jenayah atau ada yang sampai menjual maruah atau agama mereka" kataku cuba mendalami.


"Itu dah masuk bab lain" katanya pendek. Aku taktau apa maksudnya dengan bab lain tu. Mungkin sebab aku masih menhadamkan hujah-hujahnya yang tadi. Mungkin sebab aku tak pandai ilmu agama sepertinya. Tapi yang pasti, aku masih lapar sebab dah dua hari aku dok hidup dengan biskut Marrie dan roti banjir jer.


"Dahlah. Jom makan. Aku belanja" kata abang karkun. Aku mengikut...dalam diam, tangan meraba dan meneka; berapa isik dalam angpow. Cukup, ke?


"Allah yang kasi cukup. Bukan tebalnya envelope, atau duit. Tauhid kena jaga, wahai adikku" sampuk abang karkun dari depan sambil merangkul kepala dan menserabaikan rambut aku

Monday, October 25, 2010

Kisah Karkun Sejuk

Karkun kesejukan

Aku pernah ikut tabligh masa zaman aku kat U dulu. Itupun sebab kebanyakan housemate aku adalah budak tabligh. Selalu gakla. Sampai tahap aku pernah keluar 40 hari masa satu cuti semester tu. Tapi lepas grad, aku tak berapa follow sangat aktiviti pentablighan. In fact kadangkala, aku rasa aku lagi mungkar dari budak yang tak pernah keluar tabligh.

Selepas aku start bekerja, aku agak sibuk. Walaupun gaji dari kerja aku dah kira OKlah jugak, namun aku buat jugak kerja sambilan. Aku join MLM. Aku join team kontraktor. Aku juga join member-member yang berniaga di pasar malam pada hujung minggu. Aku perlukan duit. Aku sibuk dengan urusan mencari duit nak membayar pinjaman PTPN aku secepat mungkin. Aku juga nak simpan duit untuk kahwin. Tapi aku lebih memerlukan duit sebab nak keep up dengan lifestyle aku sebagai seorang graduan.

Semuanya OK selama 3 tahun. Sehinggalah aku dikunjungi oleh bebudak tabligh yang kebetulan berziarah petang dan berada di depan rumahku masa aku baru balik kerja. Diorang macam biasa, menyampaikan apa yang patut disampaikan dan mentasykil aku untuk join jemaah mereka dan menyokong usaha tabligh jemaah tempatan. Aku tau semua tu. Tapi aku diamkan diri. Bahkan Maghrib tu, walaupun aku dengar dengan jelas azan yang berkumandang, aku masih hesitate nak pergi solat Maghrib berjemaah dan solat kat umah ajer.

Tak lama lepas tu, kat tempat kerja, ada beberapa budak yang baru bekerja di kilang tempat aku bekerja. Dari gaya mereka, aku tahu mereka adalah budak tabligh. Selalu jugak aku terserempak dengan mereka kat surau. Mula-mula tu, aku perasan dari kayu sugi yang mereka tegakkan di tempat wudhuk. Lama-kelamaan, mereka mula menghidupkan program membaca taklim di surau kilang, setiap selepas solat Zuhur. Walaupun aku tau kelebihan taklim dan ada juga rasa cemburu sebab mereka baru sebulan kat sini tapi berjaya hidupkan taklim (tak macam aku yang dah 3 tahun keja kat sini tapi tak buat apa-apa), aku masih menyembunyikan fakta bahawa aku ialah karkun 40 hari. Aku masih lagi main sembunyi-sembunyi. Kemudian mulalah ia berlaku.

Semuanya rasa tak kena padaku. Aku tak boleh nak fokus. Kerjaku banyak tak menjadi. Kawan-kawanku semakin menyampah denganku. Duniaku terasa sempit. Solatku terasa kosong. Aku tercari-cari apa puncanya. Adakah mak aku marah padaku? Bila aku talipon dan tanya mak, mak marah aku balik sebab pikir bukan-bukan pasal dia. Mungkinkah aku ada cakap benda yang bukan-bukan pasal bapak aku? Aku dah mintak maaf dah haritu. Apa lagi? Mana silapnya ni? Hati kecilku mengatakan bahawa aku kena kembali kepada usaha tabligh, namun aku diamkan bisikan itu dengan mengatakan orang lain takde pun tabligh-tabligh, hepi jer aku tengok?

Dan pada minggu terakhir itu, kejadian datang bertalu-talu. Pada hari Isnin, aku ditasykil oleh budak tabligh kat tempat aku bekerja sebab diorang nak bentuk jemaah 3Hari yang para jemaahnya solid terdiri dari pekerja kilang tempat aku bekerja ni.
Pada hari Selasa, masa aku berenti solat Maghrib di satu surau sebelum aku pergi tapau makan malam, ada jemaah tempatan surau tu yang sedang buat program bayan. Walaupun aku tengah solat masa tu, ada kata-kata pembayan yang aku terdengar dan telah masuk ke dalam hatiku.
Pada hari Rabu, aku menerima panggilan dari bekas housemate zaman U dulu yang tanya camana keadaan iman dan fikir risauku. Tahapa majiknya dia boleh talipon aku dari China (dia tengah outstation kat sana seminggu) dan dia boleh terkenangkan aku pulak.
Pada Hari khamis, sebelum program baca Yasin mingguan, tok Imam boleh buat lawak suruh aku pimpin bacaan Yasin sebab aku ni nampak cam budak tabligh (sebab aku pakai ketayap Pakistan).
Dan pada hari Jumaat, sebelum aku masuk ke dalam rumah setelah pulang dari kerja, jemaah tempatan telah membawa seorang ahli jemaah Pakistan pedal yang keluar di surau Taman aku tu untuk beri tazkirah kat aku. Isik tazkirah tu lebih kepada betapa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba Nya. Mulanya aku tak rasa apa-apa. Tapi lepas mereka bla dan aku masuk ke dalam rumah, hatiku rasa-berdebar-debar.

Aku terpikir: dalam ramai-ramai manusia dan mufti dalam dunia ni, Allah telah pilih seorang lelaki Pakistan yang tak reti cakap Melayu, yang bukannya berharta atau berduit, malah nampaknya lebih miskin dari aku, untuk datang berkelana beribu batu, semata-mata nak sampaikan pesanan bahawa Allah masih sayangkan aku dan mengajak aku untuk kembali kepada usaha...

Dah terlalu lama rasanya aku berada dalam keadaan ini. Aku terasa akan kotornya hati ini. Aku terasa betapa aku telah ditipu oleh nafsu dan setan selama ini yang menjauhkan aku dari usaha dan Allah. Aku ingin kembali. AKu berazam untuk kembali. Hujung minggu ni, aku nak keluar 3 Hari!

Dengan semangat baru itu, aku pun terus SMS karkun yang nak bentuk jemaah dari kilang aku tu dan akhirnya diizinkan untuk join jemaah tersebut. Aku kena tunggu di depan pintu gate kilang pada Sabtu hujung minggu ini, tepat pukul 9pagi.

Sampailah hari yang ditunggu-tunggu. Aku dah siapkan segala kelengkapan untuk 3Hari dan rasa tak sabar-sabar nak keluar hujung minggu ni. Maka aku pun pergilah ke gate kilang, menunggu para jemaah yang lain seperti yang di arahkan.

Setelah hampir 2 jam aku menunggu di depan pintu, usahkan jemaah, budak tabligh yang tasykil orang tu pun tak nampak batang idung. Aku rasa tak best. Aku mula paranoid memikirkan adakah azamku tak diterima? Aku tak mau mengalah. Aku bla dari kilang dan terus pergi surau tempat aku singgah solat Maghrib haritu (sebab aku tau diorang pun bentuk jemaah nak keluar 3 Hari pada hari yang sama).

Sesampainya aku di surau tu, surau itu pun lengang jugak. Api kekecewaan mula berbara di hatiku.
Bisikan yang mengatakan bahawa Allah dah tak pilih aku lagi sebagai asbab hidayah seluruh alam, semakin kuat bergema di hatiku. Sungguh berat perasaanku pada saat itu. Hinggakan air mata mula berlinangan dan jatuh di karpet surau. Aku rasa hina. Aku rasa ketinggalan.
Aku rasa aku kena solat taubat dulu.

Selesai solat taubat dan solat hajat, aku duduk di tangga surau, mengenangkan nasibku. Sedang aku mengelamun, bahuku di sentuh secara tiba-tiba dari belakang. Kelihatan seorang pemuda (yang nampak macam karkun) menghulurkan salamnya padaku. Dibelakangnya ada seorang pemuda yang kelihatan lebih tua sedikit dari yang pertama, sedang menadah tangan berdoa. Pemuda yang pertama berkata:

"Rilek la bro. Allah saja test ajer kesungguhan lu"
katanya sambil tersenyum mesra. Aku menyambut salamnya dalam tersipu-sipu
"Kalau lu betul-betul nak keluar tabligh, lu boleh ikut kitorang, tapi dengan satu syarat!"
kata pemuda itu lagi. Aku bertanya padanya apakah syarat itu.

"Lu kena khidmat selama 3 hari tersebut"
katanya sambil mengangkat-angkat keningnya.
Tibatiba bahu pemuda pertama di tujal oleh pemuda kedua tadi.

"Adoilaaa, abang ni..Lama-lama boleh lumpuhlah tangan kanan saya ni abang asyik tujal-tujal"
kata pemuda yang muda. Aku terdiam melihat gelagar mereka berdua.
"Kau ni asyik main-mainnnn jer. Takleh ke masa tasykil tu cakap elok-elok?"
kata pemuda yang lebih tua tadi. Aku tak mengerti apa semua ini.

"Kau kena ikut kitorang untuk misi rahsia ini. Kau DIPILIH dan kedatangan kami ini adalah untuk mengambil engkau"
kata pemuda yang tua itu. Aku yang masih kaget dengan semua ini, hanya menurut kehendak mereka. Yang muda itu mengangkat begku dan memimpin tanganku ke belakang surau. Yang tua tadi bersujud.




Di belakang surau, aku hampir pengsan kerana melihat sebijik UFO terapung betul-betul di atas atap surau. Pemuda yang memimpinku tadi tersenyum padaku sambil berkata:

"Abang pernah pergi Palestin, tak? Kita nak pergi sana, ni"
katanya. Tibatiba jer aku rasa nak pitam dan mual nak muntah tengok lampu kelipkelip kat keliling UFO tu.

Macam tu sekali Allah nak ajak aku kembali ke dalam usaha. Kalau tasykil yang tahap macamni pun tak mengetuk hatiku, aku taktaulah apa lagi yang dapat membawa aku kembali kepada Nya. Aku kagum. Tapi perasaan bersyukurku yang lebih menguasai...

Wednesday, September 15, 2010

Dialog dengan Satanist




"Kau satanist?" tanyaku straight pada budak metal yang memakai loket salib terbalik. Dia budak Cina. Tapi aku sebenarnya aim kepada budak-budak Melayu yang di sekelilingnya. Tambahan pula, jika aku dapat dia, maka laluanku kepada budak-budak Melayu tu akan mudah. Aku bukanlah tackle budak cina ni atas sebab perkauman atau sebagainya sebab aku tau: diorang ni sebenarnya keliru. Tambahan pula, diorang yang kacau aku sebab aku sensorang kat Terminal 1 ni yang pakai jubah dan berserban bagai. Diorang yang gatal mintak lighter kat orang berserban, apasal? Sibbaik aku ada lighter. Panjang sikit cerita...


"A'ah' Tau pulak kau?" jawab mamat satanist tu. Kita gelarkan dia budak A sebab aku tak suka ulang-ulang taip nama setan. Macam zikir pulak.
"Tengok loket" jawabku pendek sambil melirik pada loket salib terbaliknya. Dia memegang loket tu.
"Kau tak suka ke aku benci dengan Kristian? Bukan ke Islam tak suka dengan Kristian?" usiknya cuba menduga air yang tenang. Umpan dah masuk mulut ikan nampaknya, bisik hatiku. Aku nak biarkan ikan makan umpan lebih dalam lagi, kasi sangkut kat pangkal hati.
"Sapa kata Islam benci Kristian?" tanyaku cuba menyelidik tahap pemahamannya.
"Korang kan selalu mintak supaya jangan jadi macam orang yahudi dan nasrani dalam Al-Fatihah korang?" tanya mamat Cina tadi. Boleh tahan, knowledge. Ni bukan satanist biasa, ni. Ni satanist yang kononnya tahu akan konsep realiti alam, ni. Best-best.

"Mana ada dalam Al-Fatihah kata jangan ikut Yahud atau nasoro. Dalam Al-Fatihah kata 'ghairil MAGHDU bi 'alaihim wa LAD DHOL LIN'. Orang yang dimurkai atau yang sesat lagi menyesatkan. Kalau Nasoro, mesti Allah sebut Nasoro macam ayat-ayat yang lain" aku mengakalinya. Silap la nak debat pasal benda yang aku dok ulang-ulang minima 17 kali sehari. Budak A terdiam. Aku menyerang dia pulak.
Anton Lavey: Pengasas kultus bodoh
"Kau ikut setan ke?" tanyaku. Budak A memandangku semula.
"Kenapa?" tanyanya.
"Tengok nama band kat baju kau pun aku dah tau. Band ni band satanist ni. Lagu dia semua berdasarkan verse dalam Bible Satanic. Kau ikut band ni, maknanya kau ikut setan la, ye" kataku menduga air di sebelah sana pula.
Crowley. Mamat saiko pertama
"Boleh tahan jugak kau ni. Kenapa kalau aku ikut setan?" mulalah dia guna taktik menjawab soalan dengan soalan tu. Cikai punya taktik.
"Sebelum kau nak ikut setan, maknanya kau kena mengaku adanya tuhan, betul tak? Sebab kalau kau tak caya Tuhan, maka takdelah setan. Setan dicipta oleh Tuhan. Camana kau nak ikut setan yang anti tuhan kalau tuhan itu tiada?" kataku bermain lojik dengannya.
"Betul. Tu sebab kitorang dipanggil jugak anti-christ" katanya bangga cam aku tak tau.
"Kalau kau percaya Tuhan dan setan, dan kau memilih pulak nak mengikut setan, maka kau mesti dah tau camana asalnya setan dilaknat, hingga dia rasa Tuhan tak adil dan kecewa dan mengeluarkan ikrarnya? Betul?" tanyaku lagi bagaikan machine gun. Memang tak kasi chan.
"Betul. Tuhan tak adil sebab pasal satu kesalahan, Lucifer terus dilaknat. Dan dari kisah penciptaan makhluk, seolah-olah dah memang set bahawa Lucifer akan duduk merengkok dalam neraka sebelum dia buat pun kesalahannya" jawabnya.


"Sebab Allah Maha Mengetahui akan kejadian sesuatu yang Diciptakan Nya" jawabku selamba.
"Jadi Tuhan memang sengaja buat Lucifer untuk disumbatkan ke neraka?" tanyanya. Aku tau mana perginya soalan ini. Tapi aku nak layan.
"Mungkin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" jawabku pendek, saja memancing soalan seterusnya.
"Kalau macam tu, tuhan tak adillah sebab lahirkan manusia ada yang Islam ada yang tidak" kata budak A. Kan aku dah agak...

"Sebab itulah syahadah ummat akhir zaman ialah kita mengaku Allah itu Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad SAW itu HAMBANya. Kita ni sekadar ciptaan Nya. Sukati Dia lah nak letak kita kat mana. Dan ummat akhir zaman ni termasuklah manusia dan jin dan setan-setan yang kau ikut tu" kataku.
"Walupun Tuhan humban kau ke neraka?" tanyanya memancingku. Aku tau soalan tu datang dari setan.
"Apa yang Allah tentukan, itulah yang Terbaik. Aku cuma boleh mengharapkan kasihan belasNya saja. Dan aku bersyukur sebab pintu taubat masih terbuka untukku selagi aku tidak syirik" pancingku. Muka Budak A berubah. Perkataan syirik tadi menarik perhatian dia dan budak metal member dia yang mula berkumpul mengelilingi kami.

"Setan pernah sembah selain Allah tak? Iblis pernah syirik tak" tanyaku pada salah seorang budak Melayu di tepiku. Mamat tu menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Budak A pun berkerut tanda dia pun tak pernah terpikir benda ni.
"Iblis tu pernah jadi ketua malaikat. Dah tentulah dia tau Tuhan itu hanyalah satu dan tentulah dia tidak akan syirik. Dan dia diberi penangguhan masa sehingga hari kiamat sebelum semuanya tamat" kataku lagi. Budak A dan budak-budak metal lain mendengar kata-kataku dengan penuh teliti. Nampaknya mereka MEMANG TAK TAHU.

"Iblis sepanjang masa menghantar setan untuk mencuri dengar perkabaran dari langit, takut-takut Jumaat ini ialah Kiamat. Sebab bila kiamat, maka tamatlah riwayatnya dan dia tak boleh nak main soal-soal lagi dengan Tuhan" kataku lagi.
"Kau bayangkan, masa dah dekat-dekat kiamat, tibatiba Iblis decide nak mintak ampun pada Allah dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kau agak-agak Allah yang Maha Pengampun tu akan mengampunkan tak dosa si Iblis?" tanyaku lagi. Makin dalam umpanku ditelan nampaknya.

"Iblis tak pernah syirik, maka ada HARAPAN taubatnya diterima Allah. Cuba kau pikirkan kedudukan kau kalau Allah dah ampunkan Iblis. Kau dah syirik kan Allah sebab ikut setan. Maka pintu taubat dah takde lagi untuk kau" kataku. By this time, ada di kalangan budak metal tu yang beristighfar dan membuka rantai dan baju t shirt mereka yang ada lambang salib. Budak A kelihatan tergamam.

"Kembalilah. Korang kena tipu dek setan dan rasa kecewa korang sebenarnya" kataku lagi. Aku berlalu meninggalkan mereka sebelum riak dan ujub menguasai aku. Aku terus menjauhkan tempat itu dengan melintas jalan ke Courts Mammoth dan ke parking kereta. Sementara menunggu enjin kereta aku panas:

"Assalamualaikum, bang" salam seseorang padaku. Aku menoleh ke luar kereta. Terpandang aku dua-tiga orang budak metal tadi berdiri tersipu-sipu di sebelah keretaku.
"Wa'alaikumus salam. Apa halnya?" tanyaku kebingungan. Ada benda tercicir ke? Aku menge check wallet dan handphone aku. Masih ada lagi...

"Kami nak kembali ke pangkal jalan lah bang. Kami nak bertaubat. Camana kami nak mula?" tanyanya padaku. Aiseh..Ni yang aku tak gemar ni. Aku sendiri pun masih mencari jawapan kepada soalan itu.

"Entahlah" kataku. Puas aku mengontrol ujub dan bisikan dalam hatiku sendiri. Bahaya betul ujian kali ni.
"Abang ni macam banyak ilmu, jer. Bantulah kami" kata salah seorang dari mereka.
"Aku sendiri pun perlukan bantuan. Sesama lah kita bertaubat. Dah. Aku takmau dilihat bersama dengan korang lagi. Kang tak pasal-pasal kalau bala turun kat korang, dengan aku-aku sekali yang kena. Hutang keta ni pun tak abis lagi ni" kataku menghangatkan keadaan. Mendengarkan kata-kataku yang kesat itu, aku perasan ada yang berlinang air mata. Macam nak give up pun ada. Aku rasa bersalah pulak sebab pakai method itu tadi.

Album cover ni ingatkan aku pada gambar Crowley yang kat atas tadi

"Tapi keampunanNya bukan terletak pada laknat atau berkat dari aku. Berusahalah, dan kau akan dapati Allah itu MAHA MENGASIHANI" kataku sebagai motivasi dan aku pun bla cepat-cepat sebab seat Recaro ni dah takbley menampung saiz buntutku yang semakin mengembang.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails