Tuesday, April 5, 2011

Perkara paling susah dalam amalan



"Bang, abang ceritalah pengalaman abang masa mula-mula dalam buat usaha, ni" kataku pada abang karkun. Abang karkun memotong dua sekeping pisang goreng. Separuh diambil dan dicicah ke colek sebelum masuk ke mulutnya. Beliau memandang tepat ke mataku. Cepat-cepat aku bayangkan perasaan aku masa aku kena tahan polis kat roadblock semalam. Aku takmau abang karkun membaca pikiranku.


"Panjang ceritanya" jawab abang karkun setelah berhenti mengunyah seketika. Beliau sambung mengunyah kembali dan mengucup ibu jari dan telunjuk kanannya sebelum memegang gelas kopi. Kami berdua jer malam ni. Yang lain dah tidur. Kami sekuriti. Aku suka jadi sekuriti dengan abang karkun. Boleh korek.


"Apa lagi yang kau nak korek, Wan?" tanya abang karkun padaku sambil meleparkan sebuah senyuman sinis. Aduh. Aku ter off guard.


"Bukan apa, mungkin cerita abang akan memberikan inspirasi kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam indastri tablik setempat" jawabku cuba berseloroh. Abang karkun tak makan lawak bodoh. Tapi terbentuk jugak senyuman sumbing di bibirnya. Senyum nak jaga hati.


"Korek, korek. Kang terjumpa lubang ular, kang" kata abang karkun. Aku tak paham lawaknya. Tapi aku senyum juga. Senyum nak jaga hati.


"Dalam buat usaha ni, dua benda yang aku dapati mencabar padaku secara peribadi" mula abang karkun.


"Apa dia?" tanyaku spontan nak menghidupkan keadaan dan mengcover bunyi keletappp rekoder aku. Haha!


"Taat dan istiqomah" jawab abang karkun pendek. Aku harapkan ada penjelasan selepas ini. Jadi, aku diam.

Tapi abang karkun tak sambung. Tiba-tiba dia macam tersentak dari lamunan, dan dia bangun. Kelihatan seperti beliau seolah-olah sedang terdengar sesuatu. Aku memasang telingaku. Takde apa-apa, pun? Abang karkun keluar dari gazebo masjid dan mengushar langit. Bercahaya wajah abang karkun bila beliau mengadap cahaya bulan yang mengambang pada malam ini. Sejak bila pulak cahaya bulan ada warna merah, hijau, biru dan kuning? Berpusing-pusing macam lampu disko, laktu. Aku keluar dari gazebo dan menyertai abang karkun memandang langit.

Kelihatan sebuah UFO terbang rendah di belakang perkarangan masjid. Terang benderang kawasan kubur kat belakang ni dipancari cahaya dari UFO tersebut. Kelihatan juga flashes mata merah haiwan-haiwan yang menyaksikan kejadian ini disuluh lampu UFO. Aku pandang wajah abang karkun.



"Kan, baru cakap? Dah sampai misi baru...Kau pesan kat amersab aku keluar kejap, OK?" kata abang karkun sambil berlari-lari anak ke arah UFO. Cahaya menghambur keluar semasa pintu UFO terbuka sedikit nak kasi abang karkun masuk. Tahh mana lah diorang nak pegi, ni.


"Taatnya..." kataku dalam hati. Nampaknya, aku soranglah menyekuriti malam ni...Sigh...



Dahdahdah!
Jangan dok termenung!

Gelengkan kepala,
Cubitlah paha.
Harini dah hari selasa!

Walau awal bulan takkan kita nak berleka-leka?
Boleh siap harini,
Kenapa nak ditangguh ke esok pula?

Harini,
Siapkan semalam punya cerita,
Besok,
Besok, besok punya cerita...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails