Klik untuk besarkan |
Sementara menunggu waktu bermesyuarat dengan bos pagi ni, aku warming-up otak aku dengan menganalisa data visitor yang datang ke blog aku yang ni. Aku amat terkejut dengan apa yang aku temui. Bukan terkejut sebab jumlah visitor aku yang semakin mencanak sejak aku mula berblogwalk dengan heavy-nya sejak minggu lepas. Bukan sebab mamat Yahood Islam yang semakin kerap datang menjenguk blog aku ni sejak dari artikel ni. Tapi aku terkejut sebab ADA ORANG TAK SOLAT SUBUH sebab baca blog aku. Dada aku rasa berdebar-debar. Tangan aku jadi longlai. Dan aku dapat rasakan 'buffered earning' aku untuk masuk ke neraka semakin meningkat...
Ohhh..mamat Singapore? |
Yang aku tau, mamat tu pakai Internet Explorer 7 (kan aku dah cakap TINGGALKAN IE!), dan OS WinVista (nantik aku nak kempen Linux pulak). I.P addressnya ialah 202.79.203.51. Aku berprasangka baik dengan menganggap orang yang datang ke blog ini semuanya dah TAHU (ISLAM). Cuma bila aku teliti masa dia melepak dalam blog aku ni, aku dapati dia telah terlalai dan telah merentasi waktu solat Subuh. Haduihhhh....
Aku bukan nak kondem mamat ni. Aku pun masih dalam keadaan lalai. Cumanya, Allah dah sampaikan mesej ni pada aku dan aku kenalah buat sesuatu. Aku takut dengan Dia. Kerana setiap masa Dia berkomunikasi denganku, sama ada aku sedar atau tidak. Dan bila Dia dah tinggalkan komen kat blog kepala hotak aku yang mereng ni, maka aku pun kenalah mengambil iktibar dan berubah. Mujur juga Dia masih menegur. Dan aku perlukan teguran Nya. Aku takmau mengambil iktibar setelah di SOUND (melalui lisan orang) atau di lempang (diturunkan bala).
Mamat lalai kita ni mula dikenalpasti pada 2 September lepas melalui artikel ni. Pada 21 September, dia lalai solat Subuh sekali. Aku diamkan ajerlah. Tapi harini dia buat lagi. Dia mula dari pukul 0413 pagi tadi. Kemudian dia main klik-klik 'newer post' sampailah ke cerita ini. Jarak masa antara artikel yang dibacanya ialah 2-3 minit. Paling lama dia ambik masa pun ialah 7 minit (kolum 33 dan 34 dalam gambar di atas). Aku harap dia solat Subuh masa ni. Sebab lepas jarak 7 minit tu, dia terus berada di blog ini hinggalah pukul 0709pagi tadi. Mungkin dia bersolat Subuh dalam masa 2-3 minit jer (pakai skil solat TURBO ke?) Dan kalau ye pun, aku dah lalaikan dia dari pergi solat Subuh secara berjemaah. Haduihhh...
Dulu aku suka pendekkan artikel dengan meletak butang 'read more'. Tapi ini menyusahkan pembaca sebab nak kena klik itu ini dan buang masa nak tunggu load-load page. Dapat lak line internet ni di luar kawalan kita. Jadi aku siarkan artikel secara penuh. Akibat dari cara ini pula, orang yang dah mula membaca, akan susah nak berenti sebab setiap artikel dalam blog ni dibuat dengan skil 'hipnotisma ala payobosa'. Sekali kau dah start baca, kau memang akan baca sampai habis punya. Skil ini sebenarnya aku gunakan sebab aku tau, orang Malaysia (walhal blogger pun) KURANG membaca. Kebanyakan kita cuma baca tajuk artikel dan 1st paragraph saja dan kemudian buat kongklusi macam kita ni dah tau semua. Ini ialah sifat serkap jarang. Ataupun kita hanya lebih suka membaca artikel yang kita buat ajer. Ini ialah sifat ignorance. Self-absorbed pun ye jugak. 'Skil hipnotisma ala payobosa' diwujudkan untuk mengatasi sifat ini seraya membuatkan pembaca terus membaca hingga habis artikel. Tapi macam ni pulak jadinya. Silap-silap lesen wali aku ditarik balik lak kang ni. Haduihhh...
Kepada Allah SWT, aku mintak ampun. Kepada Rasulullah, aku harap Baginda SAW akan maafkan aku sebab dah jadi wali setan sebab lalaikan ummatnya. Haduih...Kepada semua yang berblog, TOLONGLAH JANGAN LALAI DENGAN BLOGGING. Aku taulah artikel kat dalam blog aku ni memang layan-layan belaka. Tapi tolonglah uruskan masa anda. Janganlah terleka dengan blogging, dunia atau apa saja. Waktu solat kita solat. Lepas solat kang kita sambunglah balik. Kalahkan nafsu dan setan tu dengan lojik dan akal. Rilek...Aku tak rasa masalah ini berlaku kepada mereka yang melayan internet kat CC cam aku...
Jadi, sekali lagi aku ingatkan, JANGAN LALAI DENGAN DUNIA. Jangan disebabkan oleh artikel yang tak punya isi atau motif ini menjadi asbab anda jauh dari Tuhan. Tolonglah ye. Lagi sekali aku nampak kau buat camni, aku akan datang cari kau dan belanja kau minum Chai Agung abang karkun dan tasykil kau keluar tabligh 3hari dengan brader burzuk (Otai tabligh yang strict). Kasi picahh sikit batu dalam hati tu....Dan nampak gayanya, dalam hati aku pun dah ada batu sebab tindakan kau ni. Aisehhh. Sesamalah kita keluar 3H dengan brader burzuk pada minggu ketiga Oktober nantik. Haduiih laaa...
Buat masa ni, aku tenangkan hati aku dengan menganggap mamat ni ialah seorang minah sebab pompuan ada excuse. (Tapi takkan sebulan sampai 2 kali lak period?) Haduiiiiihhh makin tak tenteram jadinya.
Takde mood aku nak gi meeting. Makin sejuk enjin aku dibuatnya...
Salam.