Wednesday, January 5, 2011

Tabligh-Leak: Kabel #107: Pecah Malaysia

Aku lihat, semakin hari, bangsaku semakin berpecah belah. Dari segi ekonomi, politik, sosial, bahkan agama sekalipun. Sebagai seorang duri dalam daging freemason, aku sering cuba merungkai apa dia bigger picture yang sedang diusahakan oleh pakcik-pakcik Illuminati dari belah selatan sana. Dan dengan bantuan brader bus stand dan ilmu halimunannya, aku berjaya mencuri pandang satu dokumen penting dalam laci keilluminatian Malaysia dan ingin mengongsikannya kepada semua:

Freemason: Malaysia Lodge

1) Malaysia saja negara yang penguasaan bangsa bumiputera dalam politiknya masih ada. Dapatlak bumiputera itu menganggap agama Islam itu sebagai agama rasminya, maka Malaysia ialah target yang sudah dijustifikasikan sebagai tapak perlaksanaan program pecah dan perintah.

2) Nak pecahkan Malaysia yang gunakan sistem demokrasi, kenalah pecahkan golongan majoriti iaitu bangsa Melayu. Mereka sebelum ini bermajoriti dalam UMNO dan PAS. Dua parti ini masih perlu dipecahkan kerana parti politik rivalnya yang lain masih belum mencapai saiz yang signifikan untuk menggugat mereka setiap kali pilihanraya. Ini telah dilakukan melalui dua cara:
Ramai orang GILA POLITIK di Malaysia. Tapi lebih ramai lagi orang GILAK

a) Penubuhan PKR yang bersifat liberal dan sosialis.
b) Penggalakan peningkatan golongan intelektualis berbanding golongan agama.

Aktiviti dalam item (a) memang sentiasa dilaksanakan memandangkan bangsa Melayu memang suka dengan cerita politik. Internet juga dilihat sebagai penyumbang kerana internet ialah medium utama media alternatif.
Aktiviti item (b) pula semakin menjadi kerana jarum kapitalisme dari proses globalisasi semakin menampakkan hasilnya di Malaysia (ibubapa pentingkan anak-anak ada kelulusan daripada ada budi bahasa atau ada kemajuan spiritual)


3) Dari segi ekonomi, bangsa Melayu dipecahkan kerana kelemahan mereka menyimpan wang dan suka berhutang. Mereka dilekakan dengan gaya hidup moden yang menjadikan wang sebagai penyelesaian kepada semua masalah. Lama kelamaan, mereka akan bergantung kepada sumber kewangan mereka (tokey-tokey besar). Dalam hal ini, umpan freemason dah lama masuk dalam kerongkong orang Melayu dan sekarang mereka menariknya perlahan-lahan (isu manipulasi harga barang setiap kali musim perayaan)

4) Dari segi sosial, serampang dari item 2(b) memainkan peranan penting. Kewujudan golongan intelektual akan memecahkan rakyat Melayu kepada golongan agama dan golongan sekular. Dapat pulak golongan agama ni, tak reti nak berhujah selain dari skop agama. Dalam hal ini, freemason Malaysia hanya merecyclekan taktik yang terbukti berkesan yang telah digunakan di negara Islam lain seperti Turki, Libya dan Bosnia. Apa dia?: musik, seks, dadah/arak dan sukan.

5) Dari segi agama, orang Islam itu dipecahkan menggunakan taktik lama iaitu fahaman kemazhaban. Dengan terlaksananya IJLN dari program freemason2: Globalisasi Pengetahuan, kita sudah boleh membawa kejayaan di Iraq dan Iran ke Malaysia pula. Kita lihat, sekarang orang Melayu berpecah kepada golongan sunni dan syiah.

Ada banyak lagi program yang separuh berjaya atau tak berjaya yang telah dilakukan oleh team freemason Malaysia dalam meng-anarchy-kan negara ini.

Kenapa? 
Kerana Malaysia ialah salah sebuah negara Islam yang lantang dalam isu Palestin Vs Israel. Kelantangan mereka telah mula menarik perhatian rakan-rakan mereka dari dunia bukan Islam (yang selama ini dilekakan oleh program propa Zionis) untuk melihat isu itu dari perspektif Islam pula.

Dan ini amatlah tidak bagus dalam usaha tema Illuminati untuk membina sebuah negara Israel sebagai refuge orang Yahood masa kes pembantaian Yahudi sebeleum kiamat nanti.

Mesej yang kita nak kongsikan di sini ialah agar orang Melayu (dan semua rakyat Malaysia) bersatu kembali di bawah satu bendera dengan pesanan:

Bersiap-Siaga lah. Masa sudah semakin hampir...

Buat masa ni, penyelesaian mudah yang kami lihat ialah dengan ini...

Tabligh-Leak: Kabel# 106: Kenapa ramai yang mati terkejut lately?


PayaBesarPedas, 5 Jan - Menurut sumber yang meminta namanya dirahsiakan, salah satu punca popular kematian mengejut di kalangan artis Malaysia ialah tabiat mereka suka minum air yang mengandungi susu dalam bentuk sejuk. Dapat lak kaki minum tea ais mamak. Lagi la potentsi tinggi...

Yang pergi mengejut tapi macam tak pergi pun...(masih dengar dia azan)

Yang pergi barubaru ini

Ibu kepada ikon Filem Melayu Malaysia

Ini kerana susu dalam tin yang kita gunakan itu bukanlah susu sebenar. Semua tahu ia diperbuat dari olein kelapa sawit.


Kandungan kolestrol dalam olein kelapa sawit sangat tinggi. Macam santan kelapa juga. Benda berkolesterol ni memang sedap; macam kuning telur goreng kat nasi lemak pagi tadi. Macam Roti canai panas.

Bila benda berkolesterol masuk sekali dalam suhu yang sejuk (macam tea ais contohnya), jumlah kolesterol tak terlarut dalam darah menjadi tinggi.

Kolesterol ini akan berkumpul di tempat yang halaju peredaran darah itu tinggi (tindakakan Bernoulli), contohnya di injap-injap masuk jantung. Macam lumut yang terkumpul di lubang saluran air di bilik air.

Bila suhu dada berubah dengan mendadak (macam masuk ke dalam bilik aircond atau keluar dari kereta yang sejuk ke kedai mamak yang panas waktu lunch), kolesterol yang terkumpul akan menjadi keras dan menyekat saluran jantung. Refleks otot jantung akan membuatkan empunya badan jadi panik, yang lagi menaikkan tekanan darah.

Jadi, PayaBesarPedas menyarankan yang berikut sebagai menyokong gayahidup sihat:


 SAY NO TO TEH AIS
and do not drink ice after eating gulai or kambing-made dishes

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails