Wednesday, July 14, 2010

Den budak Podeh (2)

Aku bangga jadi rakyat Malaysia. Masa zaman aku lepas SPM dulu, aku bukan tak suka Malaysia, tapi aku lebih suka negara luar yang kononnya ada kebebasan bersuara dan berpikir. Tambahan pula, kat luar mudah nak buat maksiat. Tapi itu dululah. Sekarang, setelah aku ke Eropah, ke China, Ke Amerika, dan ada anak, aku dapati Malaysia memang best. Hujan emas itu ada di sini. Cuma kena mendulang sikit...Hehehe

Kat sini, aku mudah nak amalkan hidup cara Islam. Ada banyak musolla dan masjid. Dan makin ramai sekarang yang dah mula memilih untuk bersolat jemaah dari bersolat sendirian. Ni satu peningkatan yang bagus. Dan ada pulak golongan yang mengajak orang bersolat di masjid. Ada golongan yang menguruskan jenazah, jadi aku tak risau sangat pasal sapa dan di mana aku ditanam nantik. Ada juga golongan yang menyediakan khidmat mengajar ilmu agama. Dari basic sampailah ke tahap nak jadi wali. Bagus untuk aku, keluarga dan keturunan aku sebab patutnya tugas mengajar ilmu agama kepada ahli keluarga ni, tugas aku. Tapi aku pun tin kosong, camana nak ajar orang?

Kat Malaysia jugak, mudah aku nak cari makanan yang terbaik. Aku taknak makan bangkai. Dan kesedaran akan kepentingan halalan thoyyibah tu semakin meningkat. Dan agensi pemantau pun semakin berani dan tahu apa tugas mereka. Cuma kebanyakan bahan makanan ruji kat Malaysia ni masih dikuasai oleh golongan bukan Islam yang tak berapa paham sangat konsep halalan thoyyibah ni. Ni salah aku sebab aku tak bagitau diorang. Sebab aku pun kadang-kadang main belasah jer. Diorang pun buat dono jerlah. Janji masyukk. Salah diorang ke? Tak ah. Salah aku. Sapa yang terdaya nak elak hidup dalam dunia kapitalis? Aku yang TAHU, tapi dulu BUAT TAK TAU. Tu pasalla jadi camni sekarang. Padan muka aku.


Tempat aku menetap ni, umpama puncak keindahan dalam bermacam-macam keindahan duniawi. Aku dok kat Paya Besar Pedas, N9. Rasa-rasa aku nak daki gunung, ada 3 gunung yang berdekatan: Gunung Tampin, Gunung Datuk dan Gunung Angsi. Rasa nak mandi laut, ada Port Dickson. Rasa nak mandi air panas, ada Pedas Hotspring dan kolam air panas dara kat Kg Lada, Rembau. Masa terluang, aku boleh bawak anak aku round-round kampung yang penuh dengan kehijauan dan taik lembu yang bersepah-sepah. Dapat lak sekarang musim rambutan dan durian. Siap main sepak-sepak jer buah durian kat tepi jalan. Kalau rasa nak tengok kemajuan, aku cuma perlu ke Rembau, naik komuter dan ke mana saja. Atau start keta dan masuk tol Pedas Linggi dan straight ke KLCC. Hambik...Takyah pegi Amerika atau HongKong atau Jepun dah. Kat KL tu dah macam fesyen show dah. Dulu nak tengok orang pakai pelik-pelik, kena pergi gig underground. Sekarang dah macam hari-hari ada gig. Dah tak heran dah mohawk-mohawk ni. Bukan takat tengok kat TV jer. Cleavage, pangkal buntut, kulit paha yang gebu, aku boleh tengok LIVE kat Malaysia, negara Islam ni. Takyah susah-susah nak cover-cover download clip lucah dari youtube. Buang karan jer. Kalau nak melancong atau catch-up dengan sejarah, aku cuma perlu ke Melaka. Sebelah jer. Nak ikut tol boleh, nak ikut jalan lama pun boleh.

Dan yang paling penting, kat Malaysia takde bencana alam yang hebat. Banjir tu biasa lah. Setiap tahun, salji yang dah cair dari tanah besar Cina akan turun ke Semenanjung. Kena bersedia lah, kan? Macam naik motor. Dah nampak kat depan tu gelap nak hujan, berentilah pakai raincoat dulu, sementara kita kat bawah jejantas ni. Gempa bumi tu patutnya dah berlaku tapi asbab ada manusia yang sedang buat sesuatu yang Allah suka kat Malaysia ni, bala tu Dia tekan butang pause dulu.

Kenapa aku bercakap macam warganegara yang jati ni? Sebab aku tak boleh berubah jika aku tak tau sapa diri aku dan kat mana aku berada. Yelah. Camana nak mulakan perjalanan jika kita sendiri taktau kat mana kita berada? Aku kena mengaku aku yang buat salah, barulah aku tau apa yang aku perlu perbetulkan. Aku kena menyayangi tempat aku, barulah datang semangat samada nak mengekal atau memperbaiki tempat tinggal aku. Aku kena sedar apa yang dah aku lakukan hari ni supaya aku dapat perbaiki lagi untuk hari esok.

Dan bila aku dah tua nantik, kampung aku ni memang sesuai sebagai tempat persaraan. Aku boleh bela ayam, kambing, kerbau dan kalau aku takde duit nak makan, aku sembelih jer diorang ni,dan petik apa-apa pucuk yang ada kat belakang rumah. Aku tak boleh buat semua ni di bandar atau di rumah orang tua. Dan macam yang aku cakap tadi, kat N9 ada banyak guru agama. Dari yang muda dan agresif, sampailah kepada yang tua dan kewali-walian. Atau aku boleh habiskan sisa hidup aku jadi wali Allah dengan join tabligh pergi menyebarkan kalimah tauhid ke seluruh dunia. Semua peluang ini ada di kampung dan negara aku.

Aku tak perlukan ketua aku ingatkan aku bahawa kita hanya ada SATU Malaysia. Aku tak perlu ke luar negara untuk mengetahui apa yang bermain di benak pemikiran orang-orang di sana. Aku cuma perlu tahu apa yang aku nak lihat dan semuanya akan terbuka di depan mataku, di tempat aku sendiri. Dan barulah aku tahu, apa yang aku perlu lakukan demi esok yang lebih ceria.

Aku taknak mati dan bawak semua benda ni dalam kubur. Ada banyak manusia di luar sana yang masih tercari-cari, melabur terlalu banyak masa untuk sesuatu yang akan mereka tinggalkan. Buang masa kumpul duit, last-last duit kena hambik kat orang. Buang masa untuk naikkan kompeni sendiri, last-last kena buang dari kompeni tu (macam Steve Jobs dulu). Rumah terbakar, keta baru yang tak reliable. Awek atau balak yang tahapabenda yang dia nak selain duit.

Tapi aku bukan anti kemajuan. Cuma definasi MAJU pada aku, berlainan dengan maksud MAJU pada orang lain. Dan aku rasa, inilah yang telah hilang dari masyarakat Malaysia. Kita ada bangsa Cina, India, Melayu, omputih dan lain-lain. Semua ni ada falsafah mereka tentang keharmonian dan apa itu kehidupan. Dan semuanya boleh hidup aman damai kat Malaysia. Kenapa? Sebab moyang kita dulu paham dengan erti kehidupan.

Tapi kapitalisme semakin mencengkam. Dah takde orang yang buat sesuatu kerana falsafah (ikhlas). Sumer mesti ada motif duit. Walhal yang nak jadi ketua (pemegang amanah rakyat) pun ada udang di sebalik nasi goreng. Aku keluarkan blog pun sebab duit. Hahaha. Dan perbezaan bangsa kat Malaysia ni semakin terasa. Mangkuk-mangkuk ni balik-balik pakai konsep fahaman kebangsaan yang cenderung kepada "racial superiority" sebagai tool dalam meraih undi. Aku sarankan kepada semua rakyat Malaysia: kalau ketua korang menyebarkan kebencian terhadap bangsa lain, sembelih ketua tu. Tapi kalau dia setakat cerita pasal survival bangsa dia, tu bagus. Normal lah tu. Dan korang kena pandai menilai ketua korang dalam hal ni sebab pencuri dah makin bijak sekarang ni..


Hentikan penyebaran kebencian di Malaysia ini kalau kau nak anakbini kau hidup selamat. Kalau tidak, aku sendiri yang akan lempang kau nantik. Jangan paksa aku suruh jin-jin kat sebelah ni "melawat" kau. Hahahahahahahahaha.

Wallahu'alam

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails