Saturday, August 28, 2010
Mari jadi wali. Tapi sebelum tu....
Adakah anda sufi? adakah anda bertarekat? Anda kenal mana-mana Sheikh yang mursyid? Sebelum anda memulakan perjalanan kesufian anda, bacalah info ini dahulu. Dan ingatilah ia sepanjang perjalanan anda.
Kaum Sufi Yang Terpedaya
Adab Makan : Ambil makanan yang terdekat dahulu
Atan dengan Abu (lepak kejap lepas tazkirah)
"Apa yang akan kau lakukan, sekiranya kau tau, takdir yang tertulis untukmu di Kitab Itu, tidak baik? Adakah kau akan bermuram durja dan menyerah kalah? Atau kau akan lakukan sesuatu, sesuai dengan syahadahmu?" tanya brader bus stand lagi. Kami tertunduk diam. Soalan ini agak berat. Kami belum sampai tahap pemahaman sebegini, lagi. Aku baru nak angkat tangan, tapi Abu dah berkata dulu: "Aku akan pastikan api yang menyala di sana nantik, adalah bakaran dari batu dan aku" katanya komfiden. Brader bus stand tersenyum. "Murid Abu Yazid, kononnn, piiirahhh" lawak Atan. Kami semua ketawa sebentar setelah dari tadi dalam kegundahan.
Labels:
Atan dan Abu,
Sufism
Subhanallah
Bukan gambar aku |
Maha Suci Engkau dari apa yang aku perkatakan tentang pentadbiran MU
Tentang apa yang aku fikirkan tentang MU
Atau tentang apa yang aku paham dari Perbuatan-PerbuatanMu
Melalui ibuku, ku kenali kasih sayang Mu
Melalui bapa ku, ku fahami veto kekuasaan Mu
Melalui saudara-maraku, aku belajar untuk bertoleransi
Melalui jiran-jiranku, aku belajar untuk memimpin.
Dan semua ini kutahu
Adalah untuk lebih memahami Mu
Namun, wahai Tuhanku,
Semakin ku cuba memahami,
Semakin aku tak mengerti...
Alone is one thing. Being left alone is another
Labels:
Isu Semasa,
Kehidupan,
Sufism
Subscribe to:
Posts (Atom)