Antara ramai-ramai orang yang bersolat jemaah dalam masjid tu, sapakah punya pahala yang paling banyak?
Tok Imam?
Makmum?
Siak?
Atau takde sorang pun yang dapat pahala?
Kenapa tanya soalan ghaib camni? Sebab orang yang
bijak, dia buat kerja sikit tapi nak dapat ganjaran banyak...Hehehehe...
Pahala Tok Imam memang banyak. Tapi ia berisiko untuk menjadi dosa kiranya bacaan Tok Imam atau niat Tok Imam tak betul. Nak jadi Tok Imam pun kena ada kelayakan. Kelayakan terbaru ialah mesti pernah join Siri "Imam Muda" kalau umur kita ni baru cecah 20-an. Kalau tidak, yang dah kawin ajer yang boleh jadi imam. Ye ke? NI yang golongan muda rasa nak merusuh ni. Semua yang tua jer dapat. Yang muda dapat janda jer...eh? Nyimpang pulak...
Pahala Makmum memang banyak berbanding dengan tugas yang kena dilakukannya. Bacaan dia ditanggung oleh Imam tapi sebab pahala solat berjemaah tu besar gila pahalanya, dosa salah baca tu kira sebelah mata jer bila jadi makmum ni. Paling penting makmum kena ada usaha nak baca dengan baik. Itu jer. Itu bukanlah bermakna makmum bloeh solat main-main kat belakang. Memang dapat kain buruklah jawabnya...
Pahala Tok Siak memang banyak sebab dia yang bentang sejadah, kemas masjid, cuci tandas dan sebagainya. Tapi pahala yang dia dapat adalah jenis tempias. Bukan macam pahala solat berjemaah yang macam air terjun mencurah-curah.
Orang yang paling banyak pahalanya pada pandangan kami ialah Tok Bilal. Sebab dia azan. Azan ialah seruan untuk mendirikan solat. Dan sapa yang mengajak, dapat pahala amalan kebaikan yang dianjurkannya. Banyak, tu! Kalau sorang makmum dapat pahala solat berjemaah yang macam air mencurah tadi, bayangkan kalau ada satu saf? 3 orang pun dah penuh satu tangki! Tok Bilal yang bijak adalah Tok Bilal yang selain azan, dia juga ajak orang lain untuk berjemaah.
Maka di sini kita lihat,
orang yang malu nak azan itu adalah orang yang jahil. Dan orang yang azan sebab nak menunjuk pulak adalah orang yang mangkuk.
Mesej kali ini ialah agar abang-abang sekalian,
berebut-rebut nak azan bila masuk waktu solat. Anda boleh azan di masjid (rebut mic dari Tok Bilal!), di surau pejabat, atau di surau RnR di sekitar lebuhraya di Malaysia. Dulu kami ada ramai anggota nak pastikan setiap tempat sujud akan terkumandang azan. Tapi sebab sekarang semua orang dah lalai dengan benda lain yang lebih fun (macam menguatkuasakan syariat atau berjihad contohnya)
Ajarkan anak-anak kecil laki dan pompuan kita untuk azan. Biasakan mereka mengumandangkan azan di rumah atau dalam kereta atau di mana saja. Sentiasa tanya mereka dah solat ke belum selain dah makan atau dah siap kerja sekolah ke belum.
Dan artikel ini juga nak memujuk kepada mereka yang telah dan sedang istiqomah melaungkan azan di surau, musolla walhal di masjid tempat mereka tinggal, walaupun selama bertahun diorang azan ni, takde sorang pun yang datang.
Teruskan! Jangan berhenti! Laungkan azan itu dengan bersungguh-sungguh. Dayukan "haiya 'alasolah" tu, semendayunya jiwa yang sedang bersedih kerana manusia diluar sana
DENGAR dan
TAHU tapi
TAK MAHU TAAT. Sambung doa lepas azan dengan permintaan agar Allah bukakan hati mereka yang mendengar azan tadi. Jangan putus asa! Anda sedang melakukan satu perjuangan! Dan kadang-kadang, anda kena kretif dalam usaha anda. Jika nak cari duit anda boleh kreatif dan buat apa saja, masakan dalam bekerja untuk Allah anda main tadah tangan ajer? Gilagila sikit! Dan jangan bersedih! Rilek. Dunia nikan, gurauan? Tunggulah kiamat nantik dan kita akan dapati kitalah orang yang paling 'sejahtera' sekali...
bersambung....