Thursday, January 13, 2011

Selamat Hari Lahir, Tuanku


Esok ialah hari lahir tuanku
Esok semua orang kena cuti
Tapi aku kena kerja jugak.
Perasankah tuanku
Esok juga ialah hari Jumaat?


Jumaat lepas aku telah ditemukan dengan rakyatmu yang macam aku jugak;
Miskin, takde kabel, anak bini sakit dan terdesak.
Namun,  bila ditanya, katanya pada raja kita kena taat.

Jumaat sebelumnya aku sedang memandu di jalan raya,
Terpaksa bawak slow sebab minyak keta kering giler.
Sampai di stesen minyak, duit spare terpaksa aku guna. 
Yang dapatnya tak sampai separuh tangki sebab petrol dah naik harga.

Jumaat sebelum-sebelumnya, aku sedang berpanas di atas bumbung rumah orang sebab nak pasang awning. Setelah susah payah, siaplah sudah dan dapatlah baki bayaran dari pelanggan. Tak sampai 3 jam, duit itu habis kugunakan nak beli barang keperluan yang kekontangan.

Pernah beberapa kali aku nak bersalam dengan tuanku lepas solat Jumaat,
Tapi sebab pakaianku tak kemas agaknya, aku tenggelam oleh deretan jawatankuasa masjid, datukdatuk dan mangkuk-mangkuk yang nak menyium tangan tuanku.

Pernah beberapa kali aku cuba nak berkomunikasi denganmu sebelum aku berputu asaan. Tapi tak sapa yang tahu alamat, email atau akaun FB kau. Rumah tuanku pun jauh dari pintu gate. Pasti tuanku takkan dengar laungan salamku pada petang itu.

Setiap Jumaat kami doakan kesejahteraanmu
Khatib tu akan ditukarkan kalau dia tak buat begitu.
Takkanlah takde seorang dari 40 orang ini yang doanya makbul?
Selalu aku tertanya dalam hatiku,
Sedang tanganku yang hina ini menadahkan amin untukmu:

Pernahkah tuanku berdoa untuk kami?
Pernahkah tuanku FIKIRKAN tentang kami?


Esok ialah hari lahir tuanku
Aku akan doakan kesejahteraanmu buat kali terakhir
Kerana selepas itu,
Semua ini tiada erti lagi padaku.


Daulat Tuanku
Aku sudah putus asa denganmu

Atan dan Abu (kisah depan Wisma Persekutuan Seremban)

Baitulmal tak cover tunggakan pinjaman kenderaan

"Assalamualaikum, brader. Sedih jer? Boleh join nyangkung?"
salam Atan kepada seorang lelaki yang duduk menyangkung termenung di tepi jalan. Orang itu memandang Atan. Atan tersenyum. Orang itu cuba untuk tersenyum.

"Wa'alaikumusalam. Sedih-sedih gak, tapi hidup kena teruskan juga"
jawabnya. Atan pun join orang tu duduk menyangkung. Mereka berdua tersenyap sekejap memerhatikan sebuah bas sekolah yang lalu di depan mereka.

"Buat apa kat sini?"
tanya orang itu.
"Saya sedang tunggu orang. Dari tadi saya tak nampak pun dia, atau kengkawan saya"
jawab Atan.

"Janji nak jumpa kat mana?"
tanya orang itu macam berminat.
"Kat sini lah. Depan sekolah Tamil" jawab Atan.
"Abang buat apa kat sini?" Atan bertanya pula.

"Tengah menyangkung. Baru sebentar tadi kereta abang kena tarik"
jawab orang itu rilek.
"Series ke ni?" tanya Atan. Mungkinkah ini orangnya?

"Ye"
kata orang itu. Dia merenung jauh ke seberang bukit yang menuju ke arah Jabatan Pendidikan.

"Abang rilekkk jer?"
tanya Atan yang masih tak percaya.

"Abis, takkan nak menggelabah pulak?"
seloroh orang itu. Hebat orang ini. Kereta baru kena tarik pun dia boleh melawak lagi. Atan pulak yang saiko dibuatnya.

"Abang dok mana?"
tanya Atan.
"Pinggiran Senawang" jawab orang itu.

"Abang ada dua orang anak lelaki dan isteri abang seorang suri rumah, kan?"
tanya Atan. Orang itu berpaling dan memandang Atan dengan muka series-series pelik. Dari jauh kelihatan Abu dan abang karkun mendekati mereka setelah mereka keluar dari bangunan Wisma Persekutuan.

"Camana kau tau?"
tanya orang itu.
"Saya rasa, abanglah orang yang saya tunggu itu"
kata Atan. Abang karkun dan Abu sudah menghampiri. Setelah bertukar-tukar salam, abang karkun bersuara:

"Nampaknya kau dah jumpa dengan orang itu. Korang hantar dia dulu, aku nak ke MAINS sekejap. Malam kang jumpa kat tempat biasa" kata abang karkun sambil memandang Atan. Orang itu masih terpinga-pinga.

"Jom, bang" ajak Abu. Orang itu macam blank-blank.
"Pergi mana?" tanya orang tu.

keta camni pun nak tarik ke? (gambar hiasan)

"Hantar abang balik rumahlah"
jawab Atan pula.
"Kan keta abang baru kena tarik? Camana abang nak balik?"
tanya Abu. Abang karkun dah jauh meninggalkan mereka. Abang karkun kalau jalan sensorang, memang laju cam lipas kudung. Berkelip jer mata, zup dia dah seratus meter.

Orang itu masih terpinga-pinga. Atan jalan dulu untuk mendapatkan kenderaannya yang diletakkan berhampiran. Abu berjalan dengan orang itu.

"Korang memang datang nak jemput aku, ke?"
tanya orang tu.

"A'ah"
jawab Abu.
"Camana korang..."
orang tu tak sempat nak habiskan ayatnya.

"Tau? Haha. Kami pun sekadar menurut perintah. Tapi ini tak penting. Yang penting sekarang ialah sekarang dah masuk waktu makan tengahari. Kita singgah Restoran Negeri, dulu, OK tak bang? Saya belanja"
kata Abu panjang lebar, cuba melonggarkan keketatan yang sedang bermisteri dikepala orang itu. Orang itu tertunduk.

"Takpelah dik. Abang patutnya kena beli makanan untuk orang rumah abang. Lepas tu, abang kena tebus balik keta abang tu. Kalau tak kang, susah abang nak pergi kerja besok" kata orang tu.

"Takper. Kami tau. Abang ikut jer kami"
kata Abu lagi. Atan dah u turn dan menghampiri mereka. Orang itu dipersilakan masuk dan mereka semua menuju ke Restoran Negeri.

Orang tu hanya terdiam sepanjang perjalanan

Wali Dari Bangi (Terima Kasih!!!)

To those who cares
"Sebagaimana yang sedia maklum, kita perlukan wang untuk menebus kenderaan brader tu. Siapa yang sanggup mengorbankan sedikit wang untuk maksud itu?" tanya abang karkun kepada kami. Kami sedang bermesyuarat. Kami sedang memesyuaratkan tentang rancangan kami nak bantu orang yang keretanya ditarik tadi.

"Saya cuma ada ni ajer"
kata Atan sambil menghulurkan sumbangannya.
"Saya sanggup ni ajer. Keringlaaa" kata Abu.

"Saya kena keluarkan duit dari ATM dulu"
kataku.
Brader bus stand tak bercakap. Dia cuma menganggukkan kepala tanda dia akan bagi kemudian.

"Ada apa-apa cadangan camana kita nak tambah lagi jumlah sumbangan?"
tanya abang karkun. Semua hanya diam. Benda camni adalah baru padaku. Aku ingatkan, abang karkun akan support semua memandangkan dia anak orang kaya. Tapi tak. Approach abang karkun ni agak lain padaku.

"Aku cadangkan agar kita minta sumbangan dari rakan-rakan terdekat agar kita semua dapat sedikit habuan dari keadaan ini. Melepaskan kesusahan saudara amatlah besar ganjarannya" targhib abang karkun.

"Kejap lagi Atan dan saya akan keluar mengepau rakan-rakan kami"
kata Abu sambil angkat-angkat keningnya pada Atan.

"Saya akan buat iklan dalam blog-blog saya"
kataku. Aku sendiripun tak berduit, dan inilah saja ikhtiar yang terilham dariku pada ketika ini. Aku pun tak tau ada pekdah ke aku buat iklan dalam blog aku yang tak seberapa mana sangatlah pembacanya. Ah tak kisahlah.
Brader bus stand sekadar mengangguk-angguk tanda bahwa dia juga ada plan dia yang tersendiri.

"Baiklah. Atan dan Abu keluar sekarang. Kita bertemu semula pada pukul 11 malam nanti. Kita akan kumpulkan berapa yang kita ada dan kita rancang camana kita nak bantu dengan apa yang kita ada tu nantik"
syor abang karkun. Kami tangguhkan mesyuarat dengan tasbih kifarah dan surah Demi Masa.

Orang itu tak tau apa yang sedang berlaku kerana dia sibuk menenangkan anak-anaknya yang diserang selsema sejak kami sampai tadi. Sorang batuk dengan ngerinya. Isterinya juga tak berapa sihat dan kami pun tak nak tanya lebih-lebih lagi.


Malam itu, kami bertemu kembali pada pukul 10 malam. Duit yang dikumpul cukup-cukup untuk menebus kenderaan orang itu esok. Semasa menyerahkan sumbangan tersebut, baru kami perasan keluarga itu (dan kami juga) masih belum makan malam. Tapi wang kami telah kehabisan. Jika kami gunakan, maka esok tak cukuplah duit nak tebus kereta...Kami semua blank.

Ketika itu jugalah mesej masuk ke henponku mengatakan ada sedikit sumbangan dari kawan baruku. Syukur...Dengan wang itu, kami beli sedikit keperluan dari kedai runcit yang masih buka dan masak cincai-cincai.



p/s: Di sini kami nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah menghulurkan sumbangan pada hari Jumaat dan sabtu lepas. Kamu semualah miracle yang kami maksudkan di dalam entry yang ini:


Jazakallah khairan katheeran...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails