Showing posts with label kisah para wali. Show all posts
Showing posts with label kisah para wali. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Persoalan




Atan menarik kerusi tempat duduk. Abu dah memang duduk. In fact, Abu dok menunggu si Atan dah dekat 12 minit dah. Sibbaik nak berbuka lama lagi. Aku dok mengadap tab Abang Karkun, dok menaip benda alah ni.


"Abang karkun ngan brader mana?" tanya Atan buat-buat muka innocent yang sememang menjadi trademarknya. Stok muka yang nak kena lempang.


"Diorang lepak surau tadi. Tadarus. Beser arr" jawab Abu boring.
"Abes tu, kau tukang jaga meja la ni?" tanya Atan mengejek sambil mengeluarkan isi dari kocek seluar jeans ketatnya.
"Banyakla kau punya waiter!" kata Abu.

Dari jauh kelihatan Abang karkun dengan brader bus stand menghampiri di celah-celah orang ramai di kawasan makan itu. Ni first time mereka bertemu setelah hampir setahun berpisah. Semua selepas peristiwa masa Abang karkun balik dulu. Dan banyak yang telah berlaku semenjak setahun yang lalu. Kelompok ini telah pergi banyak tempat, jumpa macam-macam orang dan telah mengumpulkan banyak amal. Aku terhenti menaip. Diorang banyak bekalan. Aku banyak dosa...
-------------------


"Wan, jom lah join sekali" ajak si Atan. Beg, bedding, semua dia dah ambik. Aku ajer yang masih hesitate, berdiri termanggu di tengah bilik. Tah kenapa, tibatiba jiwaku kosong. Aku pupus. Aku macam taknak pergi pulak.


"Dah-Dah-Dah! Jangan layan bisikan setan, tu! Dah jom!" kata Atan lagi sambil menarik tanganku keluar bilik. Dari bawah, bunyi kereta membunyikan hon memecah keheningan malam  1 Ramadhan. Mentang-mentanglah dia nak keluar. Orang lain nak kerja, tau tak?

------------------------

Aku bangun menyambut salam dari brader bus stand. Sampai giliran Abang karkun, aku peluk dia. Tetiba jer mata rasa berkaca. Abang karkun menolak aku ke kerusiku. Kami duduk.

"Banyaknya gadget kau, Tan? Dah habis la duit raya kau kerjakan tu?" tanya brader bus stand. Nampaknya brader lebih talkative. Biasa dia senyaaap jer. Kalau tanya pun kadang-kadang dia tak jawab. Susah sebenarnya bercakap dengan orang warak ni.


"Hehe. Dah! Dah habis dah duit raya, elaun apa sumer. Kalau tidak pun, saya nak kena beli henpon, laptop. Dahalang-halang ada duit tu, saya balun lah" kata Atan. Abu ambik tab si Atan. dia mula menguis-nguis skrin di tab Atan.


"Kau tak subscribe Metro, ke?" tanya Abu. Dia menguis-nguis lagi skrin di tabnya. Aku mula terasa dengan perbuatan Abu. Aku slowkan taipan (kuisan) ku pada tab ini.


"Orang mana main Metro-Metro. TV AlHijrah, Al Jazeera, CNN, BreakingNews jer beb" jawab Atan berlagak. ATan memang gadget savvy sikit. Dia uptodate. Samalah gilanya dengan Abang karkun. Aku jer yang stuck dengan tweet text dengan N70 yang dah nazak.


------------------

Selesai iftar ringkas, kami semua bergegas ke surau berdekatan untuk bersolat Maghrib. Ramai gak yang solat awal, Kebanyakannya Pakistan dan Bangla la. Orang kita, ramai masih makan lagi.

Selepas solat Maghrib, kami buat taklim kat surau tu sementara menunggu Isyak. Isyak berjemaah dengan rombongan budak sekolah asrama mana ntah.

---------------

Selesai solat Isyak, kami semua repeat kat kedai makan lain pulak. Kedai nasi Ambeng amenda ntah kat Kampung Baru. Brader la mengidam nak makan nasi ambeng. Atan dan Abu kaki bedal. Abang karkun dengan aku pulak tak kisah. Sambil makan sambil catchup dengan cerita lama. Gila banyak pengalaman menarik abang karkun dan team. Ramadhan kalini memang lain. Usia Dunia semakin hampir. Itu ajer katanya. Tapi dia tak cuak macam tahun lepas. Kalini, muka dia cam happy jer. Aku curiga.

------------------

Malam tu, macam malam dulu-dulu, adalah sepatutnya SuperNatural Night. Tapi sebab siri kegemaran kami tu dah takde kat #RTM3, maka kami semua layan ajer series yang di download dari internet. Kami layan Episod 11-13 dari season 6. Dengar cerita, sekarang kat US dah sampai season 8? Pergh! Tahapalah pulak idea diorang nak menyusahkan hidup Sam dan Dean.


"So, apa plan kau lepas ni, Wan?" tanya Abang karkun.
"Buat masa ni, saya ingat nak kasi setel dulu kerja dan kereta, kasi senang sikit ahliya saya berurusan. Lepas tu cari rumah ka area dekat dengan tempat kerja" jawabku.


"Bukan tu. Maksud aku, bila nak keluar? Jangan dok CAKAP jer melepas lah, menyesallah, rugilah, tapi tak pernah buat azam nak turut serta" kata Abang karkun series padaku.


"Ye-ye" jawabku pendek.
"Sekarang kau paham kenapa fadhilat orang dah kawin yang keluar di jalan Allah tu lagi tinggi? Kau ingat senang ke?" usik Abang karkun padaku sambil angkat-angkat kening kat brder. Brader senyum jer. Atan dan Abu sedang berbincang pasal siapakah Sam yang kembali itu.

Aku, menarik nafas panjang.

Monday, April 11, 2011

Selamatkan Iman Anda!



Pernah aku terdengar dari seorang ustaz yang nampak gayanya macam mengikut aliran tarekat kat area aku. Menurut pandangan peribadinya, sekarang ni ialah dunia akhir zaman. Takyahlah kita nak beria-ria nak berjuang dalam perjuangan yang sia-sia sebab akhirnya nantik, kita akan dinilai pada tahap iman kita ajer. Kalau kita mati dalam iman, maka segala kebaikan yang kita kerjakan akan ada gunanya. Kalau kita mati bukan dalam iman, maka segala kebaikan yang kita kerjakan, tak mengubah apa-apa di akhirat kelak.

Maka pendapat ustaz tersebut, SEKARANGlah masa untuk kita semua menyelamatkan iman diri dan keluarga masing-masing. Menurutnya, inilah sebab kenapa kebanyakan guru ilmu rohaniah banyak membuka penempatan sendiri di tempat terpencil demi menjaga iman mereka. Mereka tak berapa pedulik sangat dengan ke mana perginya dunia ini sebab pada mereka, dunia bukannya semakin baik. Dan semua ini amat merbahaya kepada iman dia dan keluarganya. Maka mereka pun berpindah ke hutan-hutan, kaki bukit dan gunung-ganang nak menyelamatkan iman mereka.


Tapi hutan dan gunung kat Malaysia ni banyak manalah sangat. Dan mereka ni semua, bukannya ada banyak duit nak berhijrah ke negara luar yang lebih laus macam Indonesia atau Kalimantan. Maka akhirnya, naktaknak, mereka ni terpaksalah jugak duduk menetap di flet-flet atau rumah kos rendah selruh Malaysia.
Mereka ada dalam masyarakat, bergaul dalam masyarakat, melihat dan menyaksikan apa yang berlaku dalam masyarakat. Tipulah mereka tak tau isu buang bayi dan jenayah yang semakin berleluasa. Sesibuk sibuk karkun pun, mereka akan tetap tahu akan perkembangan semasa. Jadi, mereka memang menyaksikan dan tahu apa yang berlaku disekeliling mereka. Mereka tak redha. Tapi itu ajer tahap iman mereka. Dihadapan pelaku kemungkaran, mereka cuma mampu tersenyum dan bagi salam ajer. Lebih-lebih kang, takut kena pelangkung dengan meja.

Dan bila kemungkaran berlaku dengan berleluasa, sedangkan orang yang tahu itu ialah sebuah kemungkaran itu nampak ia berlaku, maka ujian untuk masyarakat itu sudah bermula
Jika orang yang tahu itu buat 3 perkara keimanan tu, maka selamatlah masyarakat.
3 perkara itu ialah melarang dengan perbuatan, menegur dengan lisan atau membenci dengan niat dan doa.
Mula-mula nampak maksiat memanglah  mulut terkumat-kamit buat 3 perkara.

Tapi kalau dah hari-hari ngadap paha amoi.
Atau celah gebu dada makcik janda.
Atau bulu keting bapak budak.
Atau rambut terdedah di Bullshit Utama,
lelama, maksiat itu dah jadi biasa.
Takde lagi orang buat 3 perkara....

-------




"Jibrail, kau turunkan bala ke tempat itu"


"Tapi di situ ada seorang alim yang tak pernah lalai kepada Mu walau sesaat pun"


"Maka kau turunkan bala ke atas KEPALA DIA dulu sebab dia tahu dan buat-buat tak tahu"


...lebih kurang macam tu la...

Friday, December 3, 2010

Tuhan Tempat Berlindung (dipetik dari buku Syiah)

Selama 30 tahun Nabi Yunus a.s mengajak kaumnya kepada tauhid, tidak ada yang mengimaninya kecuali 2 orang. Satu orang alim bernama Rubil dan seorang abid bernama Tanukha.

Yunus a.s mengadu kepada Allah dan meminta penurunan azab Nya setelah mereka bermaksud menyakiti dan membunuh Yunus a.s. Lantaran kasihan kepada kaum itu, Rubil tidak bersetuju dengan permohonan ini. Dia meminta agar Yunus tidak mengutuk kaumnya. Namun, Tanukha yang sependapat dengan Yunus menyokong permintaan Yunus itu.

Kemudian diwahyukan kepada Yunus a.s:

"Azab akan turun pada hari dan waktu yang demikian"


Waktu azab sudah dekat, Yunus dan Tanukha telah keluar dari kota. Namun Rubil tetap tinggal. Telah tiba waktu turun azab dan sudah nampak tanda-tanda pembalasan kaum Yunus. Mereka semua menjadi gelisah dah resah. Mereka pergi mencari Yunus, tetapi mereka tidak menemukannya.

"Yunus tidak ada. Berlindung dan tunduklah kepada Allah. Moga Dia akan mengasihi kita"
jawab Rubil cuba menenangkan.

Mereka bertanya: "Bagaimana kami harus berlindung?". Rubil si alim berfikir lalu berkata:

"Pisahkanlah bayi-bayi yang masih menyusu dari ibu-ibu mereka, bahkan pisahkan unta-unta dan anak-anak mereka, kambing-kambing, lembu-lembu dari anak mereka.
Berkumpullah kamu di padang pasir. Saat itu dengan tangisan dan bercucuran air mata, mintalah ampunan kepada Tuhan kita dan juga Tuhan Yunus"


Mereka mengamalkan saranan Rubil. Muncul sebuah pemandangan yang amat menyentuh dan mengharukan. Bayi-bayi menyusui mulai menangis. Orang-orang lanjut usia meletakkan wajah mereka ke tanah. Mereka semua mencucurkan air mata.

Suara haiwan, tangisan dan jeritan kaum Yunus berpadu antra satu sama lain. Rahmat tak terbatasnya Tuhan semesta alam menaungi di atas kepala mereka. Azab menjadi lenyap dan bergeser ke arah gunung ganang.


Waktu azab sudah berakhir, Yunus a.s kembali kepada kaumnya. dengan kehairanan dia menyaksikan kaumnya hidup sebagaimana biasanya.

"Apa yang terjadi kepada kaum Yunus?" tanyanya kepada seorang petani.

Petani yang tidak mengenali Yunus a.s itu menjawab:

"Yunus telah mengutuk kaumnya. Allah SWT pun memenuhi tuntutannya dan menurunkan azab. Mereka menangis dan merintih. Mereka bermohon kepada tuhan Yang Maha Penyayang agar mengampuni mereka. Allah Yang Maha Penyayang pun mengasihani mereka dan melenyapkan azab. Sekarang mereka mencari Yunus untuk mengikutinya"

Yunus a.s sedih, dia menjauh dari lingkungan itu dan pergi ke laut...

Friday, October 15, 2010

Kisah Para Wali (Ahmad Khazruya dengan lilin)


Pada satu ketika, Ahmad hendak menjamu seorang tamunya. Untuk itu Ahmad menyalakan 70 batang lilin. Melihatkan layanan yang mewah itu, tamunya itu menyindirnya.

"Aku tak senang menyaksikan semua ini. Pembaziran ini tidak sesuai untuk seorang sufi"

Ahmad menjawab: "Jika demikian, padamkanlah lilin-lilin yang telah kunyalakan bukan kerana Allah"

Sepanjang malam itu tamunya tdai sibuk memadamkan lilin itu tapi tak satupun dari 70 lilin itu dapat dipadamkannya. Keesokan harinya Ahmad berkata kepada tamunya itu:


"Mengapa kau merasa hairan. Mari, ikuti aku, akan kutunjukkan hal yang benar-benar menakjubkan"


Lalu mereka pergi sampai ke pintu sebuah gereja. Ketika melihat Ahmad dan sahabatnya, pengurus gereja itu segera mempersilakan mereka masuk. Kemudian ia mempersiapkan jamuan di atas meja dan mempersilakan Ahmad makan.


"Orang yang sedang bermusuhan tidak akan makan bersama" kata Ahmad.
"Jika demikian, Islamkanlah kami" jawab ketua gereja itu. Ahmad mengislamkan mereka yang semuanya berjumlah 70 orang. Pada malam itu Ahmad bermimpi dan di dalam mimpi itu, pesanan Allah disampaikan berbunyi:

"Ahmad, engkau telah menyalakan tujuh puluh lilin untuk Ku dan kerana itu untuk mu Ku nyalakan 70 jiwa dengan api iman"

Kisah Para Wali (Bisyr - manusia kaki ayam)



Bisyr, dilahirkan di Merv dan menetap di Baghdad. Sewaktu mudanya, dia adalah seorang yang boros. Satu hari dalam keadaan mabuk, dia berjalan dalam keadaan terhuyung hayang. Tibatiba dia terjumpa secarik kertas yang bertuliskan "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang". Bisyr lalu membeli minyak wangi mawar untuk dipercikkan pada kertas tersebut dan menyimpannya dengan cermat di rumahnya.

Pada malamnya, seorang wali bermimpi. Dalam mimpi itu, ia diperintahkan Allah untuk mengatakan kepada Bisyr: "engkau telah mengharumkan nama Ku, maka Aku akan mengharumkan dirimu. Engkau telah memuliakan nama Ku, maka Aku pun memuliakan dirimu. Engkau telah mensucikan nama Ku, maka Aku pun menyucikan dirimu. Demi kebesaran Ku, Kuharumkan namamu, baik di dunia mahupun di akhirat nanti". Bisyr adalah seorang pemuda yang pemboros, mungkin sudah tersalah mimpi. Wali itu berfikir.

Setelah berwuduk, solat, wali itu tidur kembali namun mimpi itu berulang lagi. Berkali-kali.

Keesokan harinya ia pergi mencari Bisyr. Melalui seseorang, dia tahu Bisyr sedang mengunjungi sebuat pesta buah anggur. Sesampainya di sana, dia bertanya kepada tuan pesta:

"Adakah Bisyr ada di sini?"
"Ada. Dia berada dalam keadaan mabuk, lemah dan tidak berdaya" jawab orang itu.


"Katakan kepada Bisyr bahawa ada pesanan yang hendakku sampaikan kepadanya" wali itu berkata.
Tidak perlu IQ tinggi untuk mendengar mesej dari Nya


"Pesanan dari siapa?" tanya Bisyr.
"Dari Allah" jawab wali.
"Ya Allah!" Bisyr berseru dengan berlinangan air mata.
"Apakah pesanan untuk mencela atau menghukum diriku? Tapi, tunggulah sebentar, aku akan beritahu kepada sahabat-sahabatku terlebih dahulu"


"sahabat-sahabat" kata Bisyr.
"Aku telah dipanggil, oleh kerana itu aku harus meninggalkan tempat ini. Selamat tinggal! Kamu tidak akan melihat diriku dalam keadaan seperti ini lagi"
Bisyr ada di celah-celah gambar para habib ini

Sejak dari itu Bisyr berubah menjadi seorang yang soleh sehingga tidak seorang pun yang mendengar namanya. Bisyr tekah memilih jalan pengasingan diri. Dia begitu asyik beribadah kepada Allah dan muali saat itu ia tidak pernah memakai alas kaki. Itulah sebabnya kenapa Bisyr digelar sebagai manusia kaki ayam.

Kisah Para Wali ( Bisyr dengan Ahmad bin Hambal)

Betul ke ni gambar Imam Hambali? Ada tasbih keliling leher pulak?



Ahmad bin Hambal sering mengunjungi Bisyr. Ia begitu mempercayai kata-kata Bisyr sehingga murid-muridnya pernah menegur sikapnya itu.

"Pada zaman ini, tiada orang yang dapat menandingimu dalam bidang hadis, hukum, teologi, dan setiap cabang ilmu pengetahuan, tetapi setiap saat engkau menemani seorang pemabuk. Betulkah tindakanmu itu?"

"Mengenai setiap bidang yang kamu sebutkan tadi, aku memang lebih mengetahui dari Bisyr. Tetapi mengenai Allah, dia lebih berpengetahuan dariku" jawab Ahmad bin Hambal.

Friday, October 8, 2010

Kisah Para Wali (Sahl dan bermain dengan hati)

Nafsu suka gertak kita dengan gastrik


...Hatinya bersetuju untuk tidak meminta apa-apa lagi. Tetapi ketika sampai di kota Kufah, hatinya berkata:

"Hingga sejauh ini aku tidak pernah meminta sesuatu pun darimu. Tetapi pada ketika ini aku ingin sekerat roti dan sepotong ikan. Berikanlah sepotong roti dan ikan kepadaku dan engkau tidak akan kuusik lagi sepanjang perjalanan menuju Makkah"

Ketika memasuki Kota Kufah, Sahl melihat sebuah penggilingan yang digerakkan oleh seekor unta. Sahl bertanya:

"Berapakah yang kamu bayar untuk menggunakan unta ini?"
"Dua dirham!"
"Lepaskanlah unta ini dan ikatlah aku sebagai penggantinya. Berilah satu dirham untuk kerjaku hingga waktu Isyak nanti"

Unta itu dilepaskan dan tubuh Sahl diikat kepada penggiling itu. Setelah malam tiba, ia pun menerima upahnya sebesar satu dirham. Dengan wang itu dibelinya sepotong roti dan sekerat ikan dan diletakkan didepan dirinya. Sahl berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai hati, setiap kali engkau mengkehendaki makanan ini ketahuilah olehmu bahawa engkau harus melakukan pekerjaan seekor unta dari pagi sehingga matahari terbenam untuk mendapatkannya"

Kisah Para Wali (Sahl dalam fana)

Senang nak FANA dalam tarekat yang ni


Setiap kali melakukan latihan kerohanian, Sahl akan mengalami ekstasi selama 5 hari berturut-turut dan selama itu pula ia tidak makan. Jika latihan iti dilakukannya di waktu musim dingin, peluhnya keluar dan membasahi pakaiannya.

Jika dalam keadaan ekstasi ini para ulama bertanya kepadanya, maka Sahl akan menjawab:
Senang nak pura-pura FANA kalau camni

"Janganlah kamu bertanya kepadaku kerana di dalam saat-saat kerohanian seperti ini, kamu tidak akan mendapat manfaat dariku dan dari kata-kataku"

Kisah Para Wali (Sahl dan necromancer)

Necromancer sebenar betul-betul bercakap dengan empunya roh

Pada satu hari, ketika Sahl sedang duduk berserta sahabat-sahabatnya, lalulah seorang lelaki. Sahl berkata:

"Orang itu mempunyai satu rahsia"

Ketika mereka manoleh, orang itu telah pun pergi.
Setelah Sahl meninggal dunia, salah seorang muridnya duduk di makan Sahl, lelaki tadi lalu pula di situ. Murid Sahl menegurnya:

"Syeikh yang terbaring di dalam makam ini pernah mengatakan bahawa engkau mempunyai satu rahsia. Demi Allah Yang telah Memberikan rahsia itu kepadamu, tunjukkanlah kepadaku"

Lelaki itu menunjuk ke makan Sahl dan berseru:
Necromancer yang ni sekadar bercakap dengan jin jer...

"Sahl, berbicaralah!"

Dari dalam kubur, terdengarlah suara yang lantang:
"Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan Tiada bersekutu"

Lelaki itu kemudian bertanya:
"Telah dikatakan: barangsiapa yakin Tiada Tuhan Selain Allah, maka tiadalah gelap baginya di dalam alam kubur. Benarkah demikian Sahl?"

Dari dalam kubur itu terdengar jawapan Sahl:
"Benar!"

Kisah Para Wali (At-Tirmizi dengan Nabi Khidir)


Telah beberapa lama Tirmizi tidak bertemu dengan Nabi Khidir. Pada satu hari, seorang pembantu yang masih gadis mencuci pakaian bayi dan kotoran-kotoran bayi itu di masukkan ke dalam sebuah besen. Sementara itu, Syeikh Tirmizi dengan mengenakan jubah dan serban yang bersih berjalan ke masjid.


Kerana satu hal yang tidak disangka-sangka, tibatiba si gadis mengamuk dan segala isi besen tertumpah ke atas kepala Tirmizi. Tirmizi tidak berkata apa-apa dan menahan marahnya. Tidak berapa lama kemudian, bertemulah dia dengan Nabi Khidir.

Friday, October 1, 2010

Kisah Para Wali (Abu Yazid dan selubung keakuan)


Abu Yazid berkata: "Dunia telah kutalak tiga. Kemudian seorang diri aku berjalan kepada Yang Esa. Aku berdiri dihadapan Nya dan berkata:
"Ya Allah, tiada sesuatupun yang kuinginkan kecuali Engkau. Apabila Engkau telah kuperolehi, maka semuanya turut kuperolehi"

"Setelah Allah Mengetahui keikhlasan hatiku maka kurnia pertama yang diberikan Nya kepada ku adalah membukakan selubung keakuan dari depan mataku"

Kisah Para Wali (Sedutan dari kisah mikraj Abu Yazid)


..."Tidak ada seorang manusia pun yang pernah mencapai kemuliaan yang lebih tinggi daripada apa yang telah kucapai ini. Tidak mungkin tingkatan yang lebih tinggi dari ini"

Tetapi kuperhatikan betulbetul ternyata kepalaku masih berada di tapak kaki seorang Nabi. Maka sedarlah aku bahawa tingkatan terakhir yang dapat dicapai oleh orang-orang soleh hanyalah tingkatan awal dari kenabian. Mengenai tingkat terakhir dari kenabian tidak dapat ku bayangkan.


Kemudian rohku tembus ke segala penjuru di dalam kerajaan Allah. ...Ketika rohku menemui roh kesayangan Allah, Nabi Muhammad SAW aku melihatnya seratus ribu lautan api yang tiada bertepi dan seribu tirai cahaya. Seandainya kusuakan kaki ke dalam antara lautan-lautan api itu, nescaya aku akan hangus binasa. Aku merasa takut kehairanan. Tetapi betapa besar pun keinginanku, aku tidak berani memandang tiang perkhemahan Muhammad Rasulullah. Walaupun aku telah berjumpa dengan Allah, tetapi aku tidak berani berjumpa dengan Muhammad.

Kemudian Abu Yazid berkata:

"Ya Allah, segala sesuatu yang telah terlihat adalah diriku sendiri. Bagiku tiada jalan yang menuju kepada Mu selama aku ini masih ada. Aku tidak dapat menembus keakuan ini, apakah yang harus kulakukan?"

Maka terdengarlah perintah: "Untuk melepaskan keakuanmu itu ikutilah kekasih Kami, Muhammad. Sapulah matamu dengan debu kakinya dan ikutilah jejaknya"

Kisah Para Wali (Bisyr dan kenaikan pangkatnya)


Bisyr menceritakan: Pada satu ketika aku bermimpi bertemu dengan Nabi. Beliau bertanya kepadaku:
"Bisyr, tahukah engkau mengapa Allah telah memilihmu di antara manusia yang sezaman denganmu?"

"Aku tidak tahu ya Rasulullah" jawabku.
"Kerana engkau telah mengikuti sunnahku, memuliakan orang-orang yang soleh, memberikan nasihat-nasihat yang baik kepada saudaramu, mencintaiku dan keluargaku," Nabi menjelaskan.


"Kerana alasan-alasan itulah Allah telah memilihmu termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh"

Kisah Para Wali (Bisyr dan membelanjakan harta ke jalan yang tak baik)

Seorang lelaki meminta nasihat kepada Bisyr: "Aku mempunyai 2 ribu dirham yang kudapati secara halal. Aku ingin menunaikan haji"


"Apakah engkau hendak pergi bersuka-suka?" tanya Bisyr.
"Jika engkau benar-benar berniat untuk menunaikan perintah Allah, maka jelaskan hutang seseorang, atau berikan wang itu kepada anak yatim atau seseorang yang memerlukan pertolongan. Kesenangan yang diberikan kepada seorang muslim lebih disukai oleh Allah daripada seribu kali menunaikan ibadat haji"

"Namun aku lebih suka menggunakan wang ini untuk ibadah haji" lelaki itu menjawab.

"Ya, kerana kau telah memperolehnya dengan cara yang tidak halal" jawab Bisyr.

"Maka engkau tidak akan merasa tenang sebelum engkau menghabiskannya dengan cara-cara yang tidak baik"

Kisah Para Wali (Bisyr dan erti tawakal)


Beberapa orang mengungjungi Bisyr dan berkata:
"Kami datang dari Syria hendak pergi menunaikan haji. Mahukah engkau menyertai kami?"

"Dengan 3 syarat" jawab Bisyr.
"Yang pertama, kita tidak akan membawa bekalan. Kedua kita tidak akan menerima belas kasihan orang di dalam perjalanan. Dan ketiga, jika ada orang memberikan sesuatu, kita tidak boleh menerimanya"

"Pergi tanpa bekalan dan tidak meminta kepada orang lain dalam perjalanan dapat kami terima", jawab mereka.

"Tetapi apabila orang memberikan sesuatu, kenapa kita tidak boleh menerimanya?"

"Sebenarnya kamu tidak bertawakal kepada Allah tetapi berharap kepada bekalan yang kamu bawa" cela Bisyr kepada mereka.

Friday, September 24, 2010

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham ingin bersuci)

Suatu hari Ibrahim pergi ke sebuah telaga. Timba diturunkannya da ketika diangkat kelihatan timba itu penuh dengan kepingan emas. Emas-emas itu ditumpahkannya kembali ke dalam telaga. Timba diturunkan dan ketika diangkat ia penuh pula dengan butiran mutiara. Mutiara-mutiara itu ditumpahkannya semula. Kemudian Ibrahim berdoa kepada Allah:

"Ya Allah, Engaku menganugerahiku dengan harta karun. Aku Tahu bahawa Engkau Maha Kuasa, tetapi Engkau pun Tahu bahawa aku tidak ingin terpesona oleh harta benda. Berilah aku air supaya aku dapat bersuci"

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham dan jarumnya)

Suatu hari Ibrahim duduk di tepi Sungai Tigris sambil menjahit jubah lamanya. Jarumnya terjatuh ke dalam sungai. Seseorang telah bertanya kepadanya:

"Engkau tekah meninggalkan sebuah kerajaan yang besar, tetapi apakah yang telah engkau perolehi sebagai balasan?"

Sambil menunjuk ke sungai Ibrahim berseru:
"Kembalikanlah jarumku"

Seribu ekor ikan mendongakkan kepala ke permukaan air, masing-masing dengan sebuah jarum emas di mulutnya. Kepada ikan-ikan itu Ibrahim berkata:

"Aku inginkan jarumku sendiri"
Seekor ikan yang kecil dan lemah datang menghantarkan jarum kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

"Jarum ini adalah salah satu dari balasan-balasan yang aku perolehi kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lain-lain belum engkau ketahui"

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham dan harapan)

Ibrahim menceritakan pada satu malam, beliau bermimpi melihat Jibril turun ke bumi membawa segulung kertas di tangannya. Ibrahim bertanya kepada Jibril:

"Apakah yang engkau mahu lakukan?"
"Aku mahu mencatat nama sahabat-sahabat Allah" jawabnya.
"Catatlah namaku" Ibrahim bermohon kepadanya.
"Engkau bukan seorang dari sahabat-sahabat Allah" jawab Jibril.

"Tapi aku adalah seorang sahabat dari sahabat-sahabat Allah itu", Ibrahim bermohon dan hampir-hampir putus asa.

Beberapa ketika Jibril terdiam. Kemudian ia berkata:
"Aku telah terima sebuah perintah: 'Tuliskanlah nama Ibrahim di tempat paling atas kerana di dalam jalan ini harapan masih wujud dari keadaan putus asa"

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham dan Kehambaan)

Ibrahim mengatakan:" Pada suatu ketika aku membeli seorang hamba. 'Siapakah namamu?' tanyaku padanya"

"Panggillah apa yang kau suka" jawabnya.
"Apakah yang engkau makan?"
"Makanan yang kau berikan aku makan"
"Pakaian apakah yang engkau pakai?"
"Pakaian yang engkau berikan untuk aku kenakan"
"Apakah yang engkau kerjakan?"
"Pekerjaan yang engkau perintahkan kepadaku"
"Apakah yang engkau inginkan?"
"Apakah hak seorang hamba untuk menginginkan?" jawabnya.

"Celakalah engkau" kataku pada diriku sendiri. Seumur hidup engaku adalah hamba Allah. Kini ketahuilah bagaimana seharusnya menjadi seorang hamba"


Sedemikian lamanya aku menangis sehingga aku tidak sedarkan diri.

Kisah Para Wali (Ibrahim Adham dan Latihan Tawakal)


Ibrahim mengisahkan: Pada suatu hari ketika aku sedang mengharungi padang pasir dan aku bertawakal kepada Allah. Telah beberapa hari lamanya aku tidak makan. Aku teringat kepada seorang sahabat tetapi aku segera berkata kepada diriku sendiri:

"Jika aku pergi ke tempat sahabatku, apalh gunanya tawakalku kepada Allah?"
Kemudian aku memasuki sebuah masjid sambil bibirku bergerak-gerak mengatakan:

"Aku telah mempercayakan diriku kepada Dia Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati, Tidak ada tuhan selain Nya". Sebuah suara berseru dari langit:

"Maha Besar Allah Yang Telah Mengosongkan bumi bagi orang-orang yang berserah diri kepada Nya".
Aku bertanya:

"Mengapakah begitu?" Suara itu menjawab:
"Betapa seseorang yang telah benar-benar menyerahkan diri kepada Allah, melakukan perjalanan jauh demi sesuap makanan yang dapat diberikan oleh sebarang sahabatnya, kemudian menyatakan:
 'Aku telah bertawakal kepada Allah Yang Maha Hidup dan Tidak akan mati?' Engkau telah memberikan ucapan bertawakal kepada Allah kepada seorang pendusta"

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails