Masa kecik-kecik dulu, salah satu benda yang bersungut Abu nak buat ialah basuh pinggan. Seingat Abu, dia pernah mencarut-carut dalam hati ada sekali tu mak dia paksa dia basuh pinggan sedara mara yang lepas makan tak reti basuh pinggan. Dah tu, bukan sekali tu jer. Abu dah make a point pada maknya yang dia tak bersetuju yang dia kena basuh pinggan, tapi yang sekali tu mak Abu tetap suruh Abu jugak yang basuh padahal Atan ada lepak sensorang kat depan.
"Basuh pinggan ni pun satu riadah kesufian ni bro" mula Abang karkun. Beliau meletakkan pinggan yang selesai disabunnya ke dalam besen bilas yang dipertanggngjawabkan kepada Abu. Mereka kena khidmat untuk majlis kahwin kengkawan Abang Karkun. Abang karkun tukang sabun, Abu tukang bilas.
"Abang ni, semua sufi" jawab Abu sambil menyeluk besennya mencari pinggan yang dilepaskan Abang karkun.
"Betul beb. Abang pun dibukakan hijab oleh seorang karkun tu masa abang keluar kat Pahang dulu" Abang karkun melepaskan sebijik pinggan lagi ke dalam besen Abu. Abu pantas menyambut. Tak mahu susah payah nak cari lagi macam tadi.
"Bukan apa, kau bayangkan. Setiap hari, kita berzikir, fokus zikir tu pada hati. Menghentam enapan dosa kat hati tu, mengosongkannya dan mengisikannya dengan kalimah tauhid..." Abang karkun masukkan sekeping pinggan lagi ke dlaam besen Abu.
"...OK, itu tindakan simbolik. Fokus 'rasa' setiap huruf dalam kalimah tu masuk ke dalam hati agar akhir kalam, perkataan-perkataan nilah yang akan terpancut keluar" sambung Abu yang sememang berilmu orangnya.
"OK. Tapi pointnya ialah ia ialah tindakan PEMBERSIHAN. Membersihkan hati dari noda. Dan kau sendiri yang cakap tadi, tindakan SIMBOLIK. Semua yang manusia buat takde manfaat atau mudarat terhadap apa-apa dalam alam ini. Semuanya, jika berlaku pun, adalah atas keizinan Allah. Dan perbuatannya berzikir dengan penuh fokus itu, sebenarnya tak memberi kesan apa-apa secara mutlak, tapi ia memberi kesan kerana kita menyebut kalimah yang membesarkan Allah dan bila Allah suka dengan kita, apa yang menjadi hajat kita akan terlaksana. Dalam kes ini, hal membersihkan hati. Ada juga orang berzikir nak terbang, nak halimunan, nak tumbuk bisa dan sebagainya..." bertalu-talu Abang karkun memuntahkan info. Sambil tu tangannya bergerak memasukkan lagi pinggan ke dalam besen Abu yang sedang melopong mendengar penjelasan secara machinegun dari Abang Karkun.
"...Jadi, dahalang-alang kita dok mengadap membasuh pinggan ni, kita doalah:
Ya Allah, semoga Kau bersihkan hatiku sebagaimana air dan sabun ini membersihkan pinggan ini."
"Bidaah! Bidaah!" usik Abu yang nak cover terdiam sebab meng-clearkan besennya...