Saturday, July 24, 2010

keterangan graf

Kalau kau tengok, populasi melayu bersolat terbahagi kepada 2. yang belah kiri, berdenyut-denyut menuju kekirian. Semakin ramai beramal sekadar cukup makan atau "yang fardhu ajer" berbanding dulu yang tak tinggal solat dhuha atau zikir atau baca yasin. Ada jugak yang tetiba termurtad pasal dok melepak dengan orang kapir lama sangat sampai dah tak rasa menutup aurat atau perlagaan pipi antara lakidan pompuan bukan muhrim itu takbley. Dengan mak sendiri pun tak buat, ni gatal-gatal nak minggeling-geling. Tapi masuk balik sebab dia sendiri pun tak sedar dia termurtad tadi. Masuk balik pun sebab ada syahadah dalam solat tu...

Yang warak pulak semakin tirus. Bagus. Ni yang kita ndak. Golongan yang tahan dengan ujian masa dan keadaan. Golongan macamni kena dikenalpasti, disemai dan dibaja dengan latihan-latihan yang sesuai agar mereka semakin naik makamnya. Dan bila orang semakin paham Islam, dia akan semakin MLMkan Islam ni...Wali-wali jer bergerak atas arahan direct-remote-control-blutoot-vaibret-vaibret. Tapi memandangkan landskap dunia yang maksiat terdapat disepanjang jalan, aku khuatir golongan warak inipun boleh berkurangan. Sebab macam golongan yang cukup makan tadi, ada jugak orang dalam lower percentile populasi warak ni boleh tibatiba snap dan menjadi orang yang main kat ngam-ngam jer. Contohnya seorang mamat karkun atau tarekat yang hajatnya tak tercapai sebab ayat doanya salah atau niatnya tak betul atau ada la alasan yang munasabah yang Allah ajer yang Maha Tahu, mamat ni rebel. Tapi dia takkan murtad. Ada gak rare case. tapi kebanyakannya tau batasan dan lowprofile. Lagak macam karkun tapi stone cold. Ketayap tajam, tapi baru wirid sikit dah nak terkucil la, gatal la, bisol la...

Dan paling ramai golongan yang sekadar berpengetahuan awam jer di kalangan Melayu Malaysia. Dan diorang ni macam lalang. Bila demam denggi, sumer pakat berasap. Bile demam bola, sumer pakat mamak dan tak produktif. Bila demam politik, semua ader perasaan...Golongan ni mengikut ajer arah angin. Dan angin banyak meniup populasi ke arah kiri. Sibbaik jugak ada konsep mahkamah syariah dalam demokrasi Malaysia ni. Boleh gak dakwa mamat minum arak, beli nombor ekor, maknyah atau buang bayi sendiri. Kalau harap hukum demokrasi alone, lagi bermaharajalelalah golongan kaya.

Kenapa kita rasa peningkatan tahap keislaman seorang melayu PENTING untuk KESELAMATAN MALAYSIA? Sebab sumer orang tau bahawa kita semua masih bernafas ni sebab luck. Sebab diizinkan. Sapa yang izinkan? Sebab apa Dia izinkan? Sebab apa Dia delaykan bencana yang patutnya dah ditimpakan sejak dua tahun dulu?

Sebab masih ada orang miskin yang tertindas setiap hari dan setiap kali pintu kemakbulan doa itu terbuka untuk mereka, mereka hanya tertunduk dan mintak agar negara ini terus aman agar anak kecilnya ini dapat membesar dan bersekolah dan mengubah hidup keluarga mereka. Ini orang miskin tertindas yang ada pengetahuan igamanya. Yang terletak di garisan kewarakan dalam graf kita tadi.
Pergolakan ekonomi telah menambahkan lagi jumlah populasi yang sebegini dan populasi miskin yang dulunya tirus kewarak-warakkan, dipenuhi dengan golongan miskin hidupmelarat yang hanya berada di situ buat sementara waktu. Mereka ini sensitif tak tentu pasal bila takde duit dan gemar berdoa benda yang bukanbukan sewaktu mereka tertekan ketika memandu di jalan raya. Lebihlebih lagi kalau ada anakbini dalam keta. Atau mak mentua. Dan doa-doa mereka ini makbul dan biasanya doa mereka yang tertekan ini bengong dan menyebabkan kemusnahan dan kekacauan. Ni yang malas aku nak explain ni. Dalam sangat. Tu sebab aku buat graf jer.

So, apa peranan kita? Peranan kita ialah memastikan generasi yang akan datang adalah Islam compliance. Ia dimulakan dengan membaca doa sebelum berjimak dengan pasangan yang sah. Lepas beranak, kita kena biasakan anak kita dengan keIslaman dan menyukai kebenaran dan kebaikan. Cakap pelan-pelan. Beradab. Sopan. Lemah lembut. Tapi bukan NYahhh.
Lepas tu kita mesti turut serta dalam aktiviti kemasyarkatan. Aktiviti paling utama dalam Melayu ialah pergi masjid atleast waktu Maghrib dan Isya. Mest Fixed. Kalau tidak kang, tak nampak batang hidung semasing. Bila dah selalu bertemu, buat aktiviti berfaedah amcammenganjurkan aktiviti kejiranan atau kesukanan, atau memanggil orang membuat penerangan tentang isu terkini atau penyakit terkini atau kadar jenayah atau macam-macam lagilah. Jangan kasi boring. Ader jer aktiviti. Dan semua mesti join. Setiap KRT ada map untuk setiap rumah. Rumah kosong pun tau. Dan sapa yang tak datang masjid, kita hantar rombongan meminang. Tuan rumah kena sediakan air dan biskut untuk 20 orang. Sapa taknak kena, pastika ada alasan kalau tak datang masjid magrib ni...

Yang kat bandar pulak, cuba sedar sikit awak tu orang Melayu. Jangan ikut sangat TV atau majalah atau movie tu. INternet lagi satu. Kalau korang terpengaruh, maknanya korang ni lemah. Orang lemah takkan tahan lama. Dan bila Raya, korang balik mana? At least pun hormatilah orang kat sini. Omputih pun tau mintak mahap dan cover cleavage dia bila kita tegur, ni kau budak Pantai Dalam pulak nak marah-marah aku dan ceramah pasal hak kemanusiaan dengan aku pasal aku tegur seluar kau ketat sangat. At least tunaikanlah hak buntut kau untuk bernafas. Ketat sangat tuuu...


Apa kita nak buat kepada yang tua? Yang tua kita senyum-senyum dan bila diorang tanya kita tengah buat apa, kita kata, adalaaaa..

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails