Sunday, August 22, 2010

Apa nak jadi dengan TV3?


Sejak dari kecik, hanya TV1, TV2 dan TV3 aje yang clear kat kawasan kampung aku. Kalau nak TV7, 8 dan 9, kena beli boosterla, kena letak antenna atas galahlah, atau kena tebang pokok kundang pusaka nenek yang menghalang gelombang TV ke rumahku. Bukannya kampung aku takde orang yang mampu nak pakai TV satelit. Cuma bilangan orang dalam kampung aku yang dah semakin kurang. Jadi yang tinggal adalah orang-orang tua dan diorang semua tak pedulik sangat apa yang ditayangkan di TV. Tak macam aku atau budak-budak muda yang lain. Sungguhpun di rumah mak bapak kami ada TV, kami lebih gemar melayan TV di kedai kopi kampung sebab boleh bincang-bincang dan berkongsi-kongsi pendapat dan rokok. Namun, sebab owner kedai kopi ni orthodox sikit, TV dia cuma ada RTM dan TV3 ajer. Nak tukar channel pun kena pulas-pulas tombol yang dah dua-tiga kali tercabut tu. Dan sebagai golongan pemuda harapan bangsa yang prihatin, rancangan berita ialah rancangan kegemaran kami.




Sebagai seorang budak kampung yang tak tahu apa-apa pasal kewartawanan atau ilmu politik, aku dapati TV3 dah makin teruk. Aku ingat satu masa dulu; TV3 ni umpama escapism daripada TV1 dan TV2 yang membosankan. Aku ingat masa-masa di mana aku terpaksa curi-curi tengok TV3 kat bilik bapak tiri aku nak tengok cerita "Werewolf" atau "A-team" (sebab TV kat ruang tamu TV3 tak clear). TV3 pada masa tu memang best. Berita pun sumer cerita benda yang betulbetul layak dipanggil sebagai material berita.

Sekarang ni, Buletin Utama tu dah jadi macam risalah flyers iklan yang aku dapat setiap hujung bulan di pintu gate rumah aku. Semuanya pasal iklan atau iklan. Siap ada slot dalam Buletin Utama tu yang boleh dibeli untuk mempromosikan apa-apa produk korang. Mula-mula taktik pengiklanan macam ni keluar dulu, aku ingatkan TV3 nak expose kan sebuah bisnes yang bagus, rupa-rupanya ia hanyalah kempen marketing. Bukan ke tajuk rancangan tu ialah BERITA? Bukannya dokumentari atau "As seen on TV" atau Majalah 3. Time berita, siarkan berita jelah, ni campur aduk dengan iklanlah, indoktrinasilah, kempen politiklah...dah takde beza tengok TV3 atau RTM. Mungkin ni sebab orang dah semakin ramai melanggan ASTRO.

Tapi yang aku tau, TV3 ni swasta, kan? Maknanya diorang ni boleh buat apa yang mereka suka asalkan masih tak bercanggah dengan undang-undang Malaysia. Tapi peliknya, mereka dah jadi macam salah satu kuda kerajaan pulak. RTM 1 dan 2 tu, memanglah sebab diorang tu sumer kerja kerajaan, ada pencen. TV3? Ini maknanya TV3 dah kena beli atau dipaksa untuk menjual. Kita kat Malaysia. Besar mana sangatlah Malaysia ni? Sampai serba serbi lak korang nak kawal sampai rakyat kampung hina yang tak mampu beli setelit TV ni membangang dok dengan berita-berita bias yang korang sogokkan.

Member aku kata: kalau tak suka, tukar jelah channel. Jangan tengok. Memang. Aku boleh tukar channel. Aku boleh dengar radio. Cuma aku sedih sebab TV free yang bermula dengan baik itu, dah sell-out dan jadi macam ni sekarang. Dan inilah satu contoh bagaimana politik membuatkan satu benda yang baik itu jadi boring dan dibenci ramai. Aku cuma mahu TV3 kembali ke tugasnya yang utama: menghiburkan disamping melakukan tugas sosialnya ke arah kematangan rakyat Malaysia.

4 comments:

adnoor said...

scub,
ini kat Tv swasta.. they need income to survive, nko rasa kalau derang dok pleceh kerajaan, nko ingat derang leh survie ker, of course tak dapat project juta-juta...

cth cam compeni alibaba akuler, bila proxy aku adalah seorg yang ada jawatan dalam PKR selangor, habih sumer... hampir muflis.. skang nyawa-nya ikan.. sib baik indon kat kalimantan tu bagi CPR skit...

huhuu...

Irwan said...

Yes, they need income to survive and I think they've made more than enuff money thru commercials and Jom Heboh and stuff. They don't need to become the 'tool of others' in petty political games.

They don't need to peleceh the kerajaan. Just report the news the best way they know how and that is telling it like it is. Not selectively like trying to potray something that's not.

Pasal compeni alibaba kau tu, ni satu lagi kelemahan bangsa aku yang suka menyia-nyiakan human potentials yang ada dalam bangsa sendiri dengan menutup periuk nasi musuh mereka. Amenda, ni? Kita sesama sedara, whatt? Ni lah yang aku katakan dalam http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/08/kehebatan-orang-melayu.html

pergh...self absorbednya akuuu

adnoor said...

well i do understand what is actually we are looking for from berita semasa, but as a MALAYSIAN yang dok takut ngan Govi ni nak buat camna, berani skit jer mulalah kena pangkah...

Cuba nko bayangkan, rancangan KARAM SING WALIA tuh.. aduan rakyat, asyik kerajaan pembangkang jer kena.. mana N9nyer problem, mana melaka nyer rungutan suara, Perak?

Usually when people make business they dont really care their 'pegangan' as long as agenda tersendiri tercapai...

Irwan said...

so? kongklusinya? TV3 dah sell out...

Dipetik dari:

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/07/interview-dengan-wali-3.html

"Jadi, kepada pihak berwajib, kami sarankan agar tindakan segera diambil agar yang berkudis semakin baik, yang berparut, semakin hilang. Karam Wali, ahh, melaporkan"

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails