Sungguh kelam hati ini,
Terasa tatkala
Menjengah kesunyian malam.
Hari hari diisi dengan berlarilari,
Hingga terlupa
Yang putih kan jadi hitam...
Kemana lagi mahu lari?
Pelusuk manakah mau sembunyi?
Bila yang merasa ialah hati?
Apa lagi yang dicari?
Alasan apakah nak diberi?
Andai jasad sendiri pun memungkiri?
Usahlah berdalih lagi
Teranglah sudah yang kanan dan kiri.
Betulkan kekuda, tetapkan hati.
Kalini semoga,
Tak terhantuk lagi.