Dah dekat 2 minggu aku tak tengok tivi. Ye. Sejak cerita #Supernatural dah takde kat #rtm3, cerita #Smallville pulak dah pulang ke planet Kripton secara tibatiba, aku dah hilang nafsu nak tengok tivi. Kalau tengokpun, sekadar tengok berita setiap hari Ahad jam 1230tengahari. Takpun tengok sitcom tetiap hari pukul 8malam tu.
Tapi, aku perasan yang kengkawan komplen pasal isu Mat Sabu yang memonopoli ruang udara dua tiga menjak, ni. Pada mulanya, aku takdela ambik port sangat. Ni mesti pasal miskomuniskasi, ni.
Isu definasi komunis dalam politik Malaysia tu, mula dipopularkan oleh golongan sosialis dalam PKR. Golongan ni yang memang terkenal dengan keanehan pahaman mereka tentang sesuatu takrif dalam kamus, telah menanamkan benih bahawa makna komunisme yang sebenar lebih bersifat nasionalis dan bukan rasis atau fasis, seperti yang diajarkan dalam bukubuku teks demokrasi.
Dari sini, mereka membawa perspektif para pejuang komunisme tanahair ke media mainstream. Perspektif sebegini sebelum ini merupakan taboo untuk diperbincangkan dalam sebuah negara demokrasi yang masih muda, kini menjadi bualan dan bahan walhal pakcik tua yang sebelum ini taktau pun yang China tu masih di bawah komunisme. Pada pendapat mereka, kemerdekaan ialah kejayaan daripada orang luar. British memang dah lama kat Tanah Melayu. Tapi British pulak masa tu, tengah goyang dek Jepun. Komunis Malaya yang kecoh ni, lahir masa ini lah. Masa Jepun atas, komunis dan British dok dalam hutan. Bila Jepun kalah, komunis lawan British pulak. Dari sini, puak ni kata bahawa komunis ni lah pejuang kemerdekaan. Kahkahkah. Pastu benda ni pusingpusing kat situ jer dari hari tu. Isu 6% ke atas pengguna prepaid pun tak meluas camni.
Yang kelakar sampai ada yang bersepanduk membantah kenyataan Mat Sabu. Lagi kelakar bila ada yang persoalkan Malaysia ni merdeka ke tidak sebenarnya. Dan lawak ni semakin hari semakin menjadi jadi. Tengok ajerlah #bullshitUtama
Dari sini kita lihat betapa setiap butir katakata pembangkang, tindaktanduk mereka, diperhati direkod dan dianalisa. Bahkan, keadaan rakyat marhaen di kawasan jajahan mereka juga, mendapat liputan media dan dunia. Kat sini kita belajar, kalau mau suara anda didengari, pilihlah pembangkang.
Mat Sabu baru naik jadi orang nombor 2 PAS. PAS pulak dalam pakatan pembangkang ni, macam senyaap je. Balik balik DAP. Balikbalik PKR. PRU dah dekat, ni. Mat Sabu berada di posisi di mana dia memang standard la kena buat isu nak kasitau dunia politik Malaysia yang lepas ni PAS akan lantang. Dan isu komunisme ni, dalam bulan kemerdekaan memang simbolik.
Jadi, adakah Mat Sabu bodoh, pengkhianat atau boneka dalam isu ini? Pada aku, dia dah bukak gelanggang. Aku cuma harap dia akan teruskan bergendang sebab ramai sedang berdendang...
Wallahualam