Thursday, March 3, 2011

Ikhlas


Satu masa dulu, seorang Ustaz mengongsikan pengalamannya di serang heart attack. Klimaks cerita beliau adalah masa beliau terfikir bahawa ajalnya sudah sampai. Beliau mengira-ngira, apakah amalan ikhlas yang nak dibawanya berjumpa TUHAN kita.

Adakah solat-solatnya yang compang camping?
Adakah puasanya yang berlubang-lubang?
Atau adakah sedekahnya setiap Jumaat?

Beliau, sebagai seorang tokoh pembimbing yang dipandang tinggi, sebagai ketua dalam majlis zikir tarekat mingguan kami, sebagai seorang yang berserban dan berjubah ke sana ke mari, TIDAK DAPAT PIKIRKAN SATU AMALAN IKHLAS pun yang layak nak dibawa ke sana nanti. Dan kata-katanya memberikan kesan kepada saya.

......

Sejak dari hari itu, saya dah tak ikut lagi Ustaz tu. Saya lebih sibuk dalam memastikan bahawa dalam seminggu, saya mesti buat sesuatu yang IKHLAS.

Ada ikhlas saya tu masih lagi di tahap mengharapkan faedah duniawi (sedekah memurahkan rezeki)
Ada yang di tahap mengharapkan faedah di akhirat (bacaan Al-Quran, solat sunat, zikir)
Masih belum sampai lagi di tahap tak harapkan apa-apa. Tapi masih belajar lagi nak amalkannya.

Dah dekat 2 tahun dah. Dan selama itu, belum lagi saya jumpa amalan saya yang betul-betul ikhlas:
Kalau niat dah ikhlas, perlaksanaan pulak ada unsur riak.
Kalau niat dan pelaksanaan dah OK, bila dah buat pulak ada ujub.
Dan ada jugak sekali-sekala (setelah sekian lamanya) tercakap amalan tu kat orang (terus habis semua).


.................

Dan semalam, semasa saya sedang menunggu ahliya tercinta pulang dari tempat kerjanya, saya terdengar satu pertelingkahan antara seorang anak dan ibunya. Yang menjadi persoalan kepada saya ialah kenyataan dari ibunya:


"Mak dah jaga kau dari kecik, camni kau balas budi mak?"

...................

(nak kena pergi tanya Ustaz itu kembali, nampaknya...)

Aku mahu Menghampiri Mu





Andai Kau adalah cahaya di lilin itu, kuharapkan aku jadi kalikatu
Agar dapat kuterbang menghampirimu.
Kerna ku tahu,
Jika ku berjalan kaki,
Takkan sampai aku ke tempatmu
Takkan terdaki licinnya lilin itu
Dan yang paling aku takutkan
Aku takut tersesat di kegelapan,
Di pangkal lilin itu...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails