|
Freemason: Malaysia Lodge |
Sebetulnya, aku pun taktau nak mulakan artikel ni dari mana sebab semuanya telah di download secara rawak semasa guru brader bus stand menenung mata aku tadi. Namun, kefahaman itu datang dari Allah dan aku harap korang jangan salah faham. Kalau dah baca, sila komen, dan jadilah follower aku. Hahahaha. Aku pun ada hidden ends...
Siapa yang tak pernah dengar tentang Freemason? Sapa yang taktau Illuminati tu apa? Kalau korang taktau, open new tab dan search kat google. Freemason kat Malaysia berasal dari Singapura. Dan aku rasa, korang boleh agak sapa yang bawak kelab yahudi intelek ni ke sana: askar Yahudi. Dah lama dah. Punyalah lama sampai orang Melayu pun ada yang pernah menyandang kerusi penting dalam freemason Singapura tu. Punyalah lama sampaikan diorang dah masuk dan beranak pinak kat Malaysia; bukan setakat APCO ajer, malah arkitek Yahudilah yang design Masjid Jamek KL (tak perasan ke lambang bintang yahudi kat dinding masjid tu?). Cuma Illuminati (golongan keagamaan dalam Freemason) jer yang masih teragak-agak nak keluar dari almari. Sebagai orang Islam yang schizophrenic, aku memang sentiasa paranoid. Cuma paranoia aku lebih kepada mencari sense dalam non-sense yang berlaku dalam negara ini. Aku ni mamat 80/20. Dan laksana seorang manager yang suka micro-manage, aku lebih suka menumpukan pemikiran aku kepada 20% kategori 'others' yang selalu orang terlepas pandang. Korang tak paham apa yang aku cakapkan ni? Pandaipandailah google kat tab sebelah yang korang bukak tadi...
|
Ipoh Lodge |
Modus operandi yang klasik bagi golongan ini ialah pecah dan perintah. Caranya: mereka suntikkan perspektif-perspektif yang bersifat keakuan dalam semangat kekitaan. Dan sudah tentulah mereka menggunakan jarum suntikan yang sesuai. Diorang dah lama nak pecahbelahkan Malaysia. Dan laksana jeneral perang yang bijak, mereka punyai askar dari golongan mangsa mereka (kita) sendiri. Bahkan dalam kebanyakan kes, askar-askar ini pun taktau mereka sedang dipercaturkan oleh the hidden hands ini. Askar ni ingat, mereka sedang melakukan agenda kumpulan mereka, walhal, apa yang mereka buat sebenarnya selari dengan perancangan golongan freemason tadi. Camana diorang boleh budget apa tindakan korang? Simple. Diorang pakai sistem fishbone diagram cuma soalan why-why tu diganti dengan what if-what if. Kalau buat camni, Melayu akan camni, Cina akan camtu, India akan diammmm jer. Bila Cina dan MElayu tengah sibuk, mereka introduce India pulak dalam equation tu...Mudah.
Cuma kat Malaysia, diorang ada cabaran sikit. Sebab kita juga ada hidden hands kita. Satu golongan kaya-raya (kita panggil x la). Satu lagi golongan agama yang kita label sebagai y dalam artikel ini (aku kagum sebab ada jugak orang kebanyakan yang mula nampak hal ini - sila baca di
sini. Cumanya, kat sini aku nak bagitau pada semua bahawa ada lagi satu hidden hand kat Malaysia. Aku suka panggil diorang ni 'hands of God'. Dioranglah golongan Para Wali.
|
Wali jer ada 124,000. Bakawali jer sama ramai dengan rakyat Malaysia... |
Golongan para wali ni, susah nak dibuktikan kewujudannya sebab ciri utama para wali ialah lari dari perhatian manusia dan menuju ke perhatian Allah. Bila kewujudan diorang mula terbukti jer, diorang akan disembunyikan semula oleh Allah sebab Allah yang Memelihara mereka. Dah, malas aku nak cerita lebihlebih pasal para wali ni secara direct, kang keahlian aku kena tarik pulak. Diorang boleh baca pikiran orang lain, terutamanya pikiran aku yang simple dan lurus ni...sambung ke post seterusnya...
7 comments:
Salam, tuan tanah.. saya terkejut jugak ler bila tuan kata Masjid Jamek KL tu ada unsur2 freemason. boleh tuan paparkan gambar kat mana letaknya logo tu? saya sering lalu sana tapi tak pernah singgah bersolat dalam masjid tu. ni pendedahan menarik ni.
salam cik Dila. logo itu menghiasi dinding masjid. Ia adalah lambang star of david, bintang tangkai 6 yg terkenal dalam bendera yahudi...
nama arkitek masjid ni ialah Arthur Benison Hubback. Dia ni askar dan dia banyak design historical landmark kat kl macam stesen ketapi tu...kat HK pun banyak gak..cubalah google. Mamat ni freemason ni...
now you know...
wali bagus, tapi jgn kuali
terima kasih tuan ziarah...Tapi, komenlah BAEK_BAEK sikit kasi hidayah sama saya. saya benarkan tuan menghina atau mengutuk saya...jangan segan-segan...para wali saya berikan kelebihan ke atas saya yang ego ni...
(sedang riadah...if u know what i mean)
tuan rumah,
aisye... maafkan saya kalau tersilap. Saya tak bermaksud apa2 yg tak baik.
Sebenarnya, saya menyebut 'wali dan kuali' sbb tu perkataan yg kami bergurau dgn kengkawan rakan seusaha.
Lupa pulak yg tuan rumah dgn saya tak kenal apa2, jadi mungkin boleh tersinggung agaknya.
Apapun, di bulan yg berkat ini, semoga tuan rumah terus diberkati.
salam...
Eh, saya pun mintak maaf jugak. Saya faham pasal kuali tu. Saya pun suka kerana tuan sudi menganggap saya serapat itu. Terharu rasanya.
Dan atas kesedaran akan kerapatan inilah, saya membenarkna sahabat-sahabat saya, lebih kepada menegur saya dari meletakkan pedang di leher saya. Tolonglah kritik saya. Saya perlukan teguran...
Teruskan. Semuanya teguran pasti akan saya tapiskan dengan prasangka baik dan perspektif yang positif. Jangan takut.
nak tgk gambar bntang tu leh x? sbb ak bkn tggl kat kl pn.. kalo leh, link la kat email ak.. holoblurbs@gmail.com
Post a Comment