Thursday, November 18, 2010

Kita, Mug dan Realiti: Atan dan Abu (SuperNatural di RTM3 malam tadi)


"Perhhh...kau tengok tak Supernatural malam tadi?" tanya Atan pada Abu.

"Perghhh..Lucifer said it all" kata Abu sambil buat muka excited pada Atan.

"Tuu arrr" kata Atan pula.

"Lain arr ceriter supernatural. Diorang paham..." kata Atan lagi.

"Itu konsep satanism, tu. Kau jangan silap. Konsep kasihankan Iblis" kata Abu pula.


"Kasihankan Iblis?" tanya Atan.
"Kan Dean, eh, kan Lucifer cakap dia benci manusia sebab manusia membuat kerosakan di bumi tuhan" kata Abu. Atan melopong. Dia tak delah mendalam camtu sekali...

"Dia dah kata kat tuhan bahawa pengiktirafan manusia sebagai khalifah di bumi adalah satu mistake" sambung Abu.

"..tu yang Iblis pikir dan pegang atas lojik, data dan pemerhatiannya atas apa yang berlaku dalam pentadbiran tuhan di alam ini sekarang"

"Dan manusia, walaupun telah disound sampai tahap cerita Supernatural pun, masih lagi degil" Abu dah mula. Atan merilekkan badannya dan membetulkan duduknya. Dia bersedia nak mendengar cerita Abu.

"Kita masih lagi sibuk mengejar sesuatu yang kita tak tau. Masih menganggap duit, kekayaan dan kedudukan itu lebih berharga dari kejujuran, kesatuan dan kemajuan akhlak. Masih berpusing-pusing dalam kehidupan duniawi"


"Sedang usia dunia ini semakin menghampiri expiry datenya. Kau tengoklah bencana alam, suhu panas dunia, kenaikan paras laut, tanah runtuh..."

"Tak citer lagi yang buang bayi, zina, pembunuhan, judi dan arak yang berleluasa. Kezaliman atas dasar perkauman, politik atau agama yang mereka sendiri tak amalkan. Kelaparan di satu sudut, tapi pembaziran di sudut yang lain" kata Abu berderet-deret macam machine gun. Atan terkulai mendengar keluhan Abu.


"Abis tu, apa yang boleh kita lakukan untuk ubah semua ini?" tanya Atan memecah kesunyian semasa Abu mengambil nafas.

"Aku pun tak tau, Tan. Aku pun tak tau" kata Abu.

"Tapi aku tak pernah berhenti mencari..." sambung Abu lagi sebagai punch line. Kasi gempak sikit.


Malam tu mak masak gulai ikan sembilang salai, lawan dengan ulam raja dan kacang botor. Sambal tempoyak bagi mereka yang inginkan kelainan. Abu dan Atan makan dengan lahapnya. Maklumlah. Raya Haji kali ni ada kelainan. Mereka semua dapat menghabiskan makanan dengan aman. Takde gaduh-gaduh cam duludulu...

"Minggu depan, kira Sam dan Dean bergabung balik, lah?" tanya Atan pada Abu. Abu menarik puntungnya dalam.

"Bergantung pada RTM3..." kata Abu pendek.

"Yang pentingnya, Supernatural semalam mengajar kita akan konsep taat. Kalau tuhan kata sujud, sujud je lahhh" kata Abu.


Atan termenung. Itulah yang dia kagum kat Abu. Walaupun movie mengarut camana pun yang Abu tengok, semuanya akan pergi ke tuhan jugak...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails