Tuesday, August 24, 2010

Kisah kali ini: Kami hanyalah juadah berbuka puasa

"Kami menanti dengan penuh debaran akan azan itu" kata Amir

Salam. Nama saya John. Saya ialah seketul paha ayam dalam lauk kari untuk juadah berbuka puasa sebentar lagi. Kawan-kawan lain yang semangkuk dengan saya ialah Toto (kentang) dan Mr. KulitkayuManis. Kami sedang bertasbih sambil berbincang akan perjalanan yang bakal kami tempuhi setelah menunaikan maksud penciptaan kami sebentar lagi iaitu: menjadi makanan kepada manusia. Kami juga perasan Amir (kurma), Cik Tiq (buah betik), Cici (nasik) dan Alang (bayam merah) kat atas meja ni. Kami semua tak sabar-sabar nak berkhidmat kepada orang yang sedang beribadat kepada Allah ini.

Dia tidak dimiliki oleh sesiapa


Aku berSAKSI bahawa tiada tuhan selain ALLAH dan Muhammad SAW itu hanyalah hamba ALLAH

Dia yang memiliki Kita
Dia tidak dimiliki oleh sesiapa
Setinggi mana pun PERASAN seorang engkau
ingatlah

Sedangkan Muhammad SAW itu hanyalah hamba
dan hamba tak memuNYA kan tuannya
menyayangi, menyintai itu memang indah
namun mentaati itulah tahap kita

bersyukurlah dipilih untuk menyaksikan semua ini
dan diberi kelebihan menikmati
kemanisan disebalik erti

perbaharuilah syahadah mu!
solatlah!

Interview dengan Wali (Pemerhatian dari Persidangan Para Wali Ramadhan 1431-part 2)

Walaupun Malaysia takde gempa bumi, kau lupa ke keliling Semenanjung ada apa?

 "Kenapa Malaysia takde gunung berapi atau gempa bumi?" tanya abang karkun kepadaku. Aku blank. Amenda tanya soalan Geografi tetiba, ni? Aku buatbuat gelabah dan mengerut dahi seolah-olah berpikir.
"Sebab kita berada di luar lingkaran gunung berapi dunia?" jawabku komfiden.
"Kenapa ada gempa bumi?" tanyanya lagi.
"Sebab pergerakan plat tektonik antara benua" jawabku. Yang ni aku tak kompom. Main tembak jer.
"Dua-dua salah" potong abang karkun.
"Bumi akan bergetar bila salah satu dari 4 perkara ini berleluasa tanpa ada seorang pun yang merasakan perkara itu adalah salah" kata abang karkun.
"Apa dia?" Aku yang dah memang merakamkan perbualan kami, mengeluarkan pen dan kertas seolah-olah nak menyalin info yang abang karkun nak bagi.

Wali dari Bangi (Chai Agung-sesi pekena teh)

Rakyat Malaysia suka teh tarik. Tapi sudahkah mereka merasa Tabligh Chai?

Kitorang tengah lepaklepak selepas selesai semua program untuk hari ini. Cuma tinggal nak buat adab tidur dan solat sunat yang berkaitan jer lepas ni dan kami akan tidur. Dan part inilah yang paling aku suka masa keluar tabligh ni. Part lepaklepak pekena teh. Sebab pertama ialah masa ngeteh ni, kitorang akan bertukar-tukar cerita pasal pengalaman kami keluar tabligh dan sebab kedua ialah abang karkun punya teh memang kaw. Teh dialah Chai Agung.

"Kalau kat Malaysia, kau beli serbuk teh yang kotak hijau ada gambar harimau tu. Kau masuk separuh kotak kecik tu ke dalam periuk yang berisi air kemudian jerang air tu sampai mendidih. Bila dah mendidih, kau masukkan susu isian sejat ke dalam air teh yang sedang mendidih ni tadi. Kau terus masukkan sambil kacau sampai kaler air teh tu berubah dari hitam ke warna air teh yang kaw. Dah cukup susu, kau kasi besar api sampai naik buih. Kasi tutup api dan hidangkan dalam cawan. Gerenti meletup. Ada yang taruk gambir sikit, ada yang taruk cengkih. Tapi teh susu tu pun dah power dah tu. Tak caya, cuber lerrr" explain abang karkun dengan minat.

Atan dengan Abu (Mencari Sahur)

Kelisa Biru

"Bagi aku drive" kata Abu. Abu mengambil kunci kereta dari tangan Atan. Biasanya, Atanlah yang tukang bawak kereta dan Abu akan jadi tukang karut kat sebelah. Tapi malam ni, tahapabendantah, Abu gatal nak bawak keta. Si Atan biarkannn ajer. Diorang masuk ke dalam keta. Start enjin. On lampu dan terus cargas. Malam ni mak takde, so kena beli sahur awal-awal. Kalau lambat kang, takut kedai makan dah takde makanan yang memberansangkan. Yang tinggal cuma kuah dan ayam goreng kecut sahaja. Camana nak membekalkan tenaga untuk mukmin yang berpuasa macam Atan dan Abu kita?

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails