Friday, December 14, 2012

Masa telah tiba

Fibonacci Spiral, Golden Ratio, Phi, natural law 
Agama ialah kepercayaan. Walau semakin ramai mula menterjemahkan 'percaya' kepada erti simboliknya dalam dunia materialistik, majoriti tetap bersetuju bahawa 'agama' ialah pegangan kerohanian manusia, bahawa alam ini punyai aturan dan sistemnya yang tersendiri, dan sistem itu cenderung kepada harmoni dan kemurnian.
Alam fizikal penuh dengan batasan
maya yang tidak kelihatan
Manusia hanya dengar kata dari dirinya sendiri, atau seseorang (atau sesuatu) yang dia percaya punyai 'kuasa' atau 'hak' ke atasnya. Ini bermakna, batas yang ada dalam diri seorang manusia, ialah norma yang dia percaya. Apa yang kita percaya pula ialah apa yang dia telah pelajari melalui pengalaman yang diperolehinya melalui pendidikan, keluarga, masyarakat atau keadaan semasa dunia.

Manusia dilahirkan di atas bumi, walau bermula dari pelbagai latar belakang yang berbeza, sebenarnya akan melalui perjalanan kerohanian yang sama. Perjalanan yang bakal kita tempuhi, adalah sesuai dengan untaian memori yang terbentuk dari tok nenek kita, hinggalah ke saat kita mulai sedar akan kewujudan kita. Kita mulai bertanya akan nilai dan erti kehidupan, dan mulai mencari tempat kita dalam 'the big picture'.

Kita akan bertembung dengan pelbagai paras dalam pendidikan seorang manusia, bermula dari melengkapkan keperluan asas seperti membaca, mengira, menjaga diri sendiri serta nilai-nilai asas kemasyarakatan, didedahkan kepada kemungkinan yang tiada batas dalam pengajaran ilmu-ilmu keduniaan, diajarkan pintu-pintu ke dunia spiritualiti dan kemudian dilepaskan ke dalam dunia dimana kita mula mengamalkan segala teori atau kefahaman yang diperoleh tadi, untuk membentuk kefahaman serta kepercayaan terhadap fahaman tersebut.
Kapitalisme; agama manusia materialistik
yang buatkan manusia fikir, dialah tuhan.
Buat sementara waktu, kita disibukkan dengan segala persediaan bagi memastikan kehidupan duniawi yang bakal ditempuhi sehingga tua nanti, dilalui dengan aman. Kita kumpul duit, harta, memperkukuh dan membina keluarga, serta mencipta satu imej baru untuk diri kita. Bagi yang dimudahkan, semoga mereka tidak bongkak dan merasakan mereka bagus merancang. Bagi yang temui kegagalan, ingatlah bahawa kegagalan adalah tangga-tangga dalam pembelajaran. Kita terus leka dalam membayar semula hutang budi kepada yang telah bantu kita hingga ke tahap ini, disamping menaikkan harga hidup kita sendiri. Hinggalah suatu hari, kita disedarkan semula oleh sesuatu seperti bala yang menimpa keluarga atau satu video yang menyentuh hati dari Youtube, yang mengingatkan kita kepada soalan yang kita tanya masa kita mula-mula dibukakan dunia ini, dulu; siapa kita dan apa ertinya semua ini?

Barulah kita kembali reverse engineering kan hidup, membuka lembaran mukasurat dalam diari lama, atau duduk bersandar meletakkan tangan di dahi merenung apa yang telah terjadi hingga kini, mencari spiritualiti. Yang tidur takkan nampak selagi mereka tak buka mata dan melihat. Yang bahaya ialah mereka yang rasa diri mereka dah cukup baik. Yang baik adalah mereka yang rasa dirinya sama.

Dan dalam kesuntukan masa, kita penuhkan sisa masa kita dengan mengenalpasti bayang-bayang dalam kehidupan kita, memberikannya nama agar kita tidak tertipu LAGI olehnya. Namun, masih ada juga yang leka dengan pengetahuan tentang kegelapan hingga mereka terus hancur dan rugi. Hanya segelintir saja yang hatinya tak tergoda tapi terus kekal dalam sifat kemanusiaannya. Mereka takkan terpedaya dengan kekaguman yang terhasil dek bayang-bayang, tapi terus mencari punca kepada wujudnya bayang-bayang itu (cahaya). 

Jangan leka dengan bayang-bayang...

Kenapa? 
Kerana mereka sentiasa fokus kepada soalan dan tak cepat puas hati dengan jawapan.

"It was dark in there, so tonite
 I got my torchlight on"


"Agama. 
 Kepercayaan. 
 Semua orang boleh percaya.
 Hanya bukakan matanya"

...soalnya, apa tindakan kita, 
andai hijab dibuka?


Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails