Selama 30 tahun Nabi Yunus a.s mengajak kaumnya kepada tauhid, tidak ada yang mengimaninya kecuali 2 orang. Satu orang alim bernama Rubil dan seorang abid bernama Tanukha.
Yunus a.s mengadu kepada Allah dan meminta penurunan azab Nya setelah mereka bermaksud menyakiti dan membunuh Yunus a.s. Lantaran kasihan kepada kaum itu, Rubil tidak bersetuju dengan permohonan ini. Dia meminta agar Yunus tidak mengutuk kaumnya. Namun, Tanukha yang sependapat dengan Yunus menyokong permintaan Yunus itu.
Kemudian diwahyukan kepada Yunus a.s:
"Azab akan turun pada hari dan waktu yang demikian"
Waktu azab sudah dekat, Yunus dan Tanukha telah keluar dari kota. Namun Rubil tetap tinggal. Telah tiba waktu turun azab dan sudah nampak tanda-tanda pembalasan kaum Yunus. Mereka semua menjadi gelisah dah resah. Mereka pergi mencari Yunus, tetapi mereka tidak menemukannya.
"Yunus tidak ada. Berlindung dan tunduklah kepada Allah. Moga Dia akan mengasihi kita" jawab Rubil cuba menenangkan.
Mereka bertanya: "Bagaimana kami harus berlindung?". Rubil si alim berfikir lalu berkata:
"Pisahkanlah bayi-bayi yang masih menyusu dari ibu-ibu mereka, bahkan pisahkan unta-unta dan anak-anak mereka, kambing-kambing, lembu-lembu dari anak mereka.
Berkumpullah kamu di padang pasir. Saat itu dengan tangisan dan bercucuran air mata, mintalah ampunan kepada Tuhan kita dan juga Tuhan Yunus"
Mereka mengamalkan saranan Rubil. Muncul sebuah pemandangan yang amat menyentuh dan mengharukan. Bayi-bayi menyusui mulai menangis. Orang-orang lanjut usia meletakkan wajah mereka ke tanah. Mereka semua mencucurkan air mata.
Suara haiwan, tangisan dan jeritan kaum Yunus berpadu antra satu sama lain. Rahmat tak terbatasnya Tuhan semesta alam menaungi di atas kepala mereka. Azab menjadi lenyap dan bergeser ke arah gunung ganang.
Waktu azab sudah berakhir, Yunus a.s kembali kepada kaumnya. dengan kehairanan dia menyaksikan kaumnya hidup sebagaimana biasanya.
"Apa yang terjadi kepada kaum Yunus?" tanyanya kepada seorang petani.
Petani yang tidak mengenali Yunus a.s itu menjawab:
"Yunus telah mengutuk kaumnya. Allah SWT pun memenuhi tuntutannya dan menurunkan azab. Mereka menangis dan merintih. Mereka bermohon kepada tuhan Yang Maha Penyayang agar mengampuni mereka. Allah Yang Maha Penyayang pun mengasihani mereka dan melenyapkan azab. Sekarang mereka mencari Yunus untuk mengikutinya"
Yunus a.s sedih, dia menjauh dari lingkungan itu dan pergi ke laut...
Friday, December 3, 2010
Interview dengan Wali (Hanya ada Dia)
Kengkadang kesungguhan kita berdoa tergambar dek kedudukan tangan yang menadah... |
"Saya merasa tersinggung dengan apa yang berlaku dalam hidup saya ni" jawabku jujur. Aku tak berusaha nak menyembunyikan fikiranku di lipatan benak ketiga macam biasa. Aku mahukan penjelasan. Brader bus stand pun menyangkung disebelahku dengan rapatnya, tanda dia nak tau dengan lebih lanjut. Aku pulak yang dapat membaca fikirannya bahawa dia mahu perkara itu keluar DARI MULUTku sendiri.
"Tersinggung apasallll?" tanyanya lembut.
"Saya hairan. Dulu masa saya bujang, mencari rezeki tutakdelah susah camni sangat. Tapi sejak saya dah kawin dan beranak ni, saya terperasan macam semakin mencabar pulak" kataku dengan nada sedih. Aku tau prasangka ini tak baik dilayan. Kerana umpama aku tak redha dengan apa yang Dia dah tetapkan untukku. Brader tersenyum mendengar jawapanku.
"Dulu, masa Maryam zaman anak dara, Allah berikan dia makanan dari langit yang DIHANTAR kepadanya. Hinggakan ayahandanya Nabi Zakaria a.s pun jeles dengan karamah Maryam" mula brader bus stand.
"Tapi sejurus selepas kelahiran Nabi Isa a.s, bahkan ketika nak hilangkan keletihan akibat melahirkan seorang nabi itu pun, Allah suruh Maryam BERUSAHA untuk mendapatkan rezekinya" sambung brader lagi. Aku pernah dengar cerita ni. Ye tak ye juga.
"Kenapa jadi camtu?" tanyaku.
"Kerana zaman bujangnya, yang ada dalam hati Maryam hanyalah Dia. Tapi setelah adanya Isa a.s, hati itu sudah terbahagi kepada dua. satu Allah dan satu lagi anaknya" jawab brader tanpa merenggangkan pun senyuman dibibirnya.
"Salah ke saya risaukan ehwal anak isteri saya?" tanyaku bagaikan yahudi.
"Tak salah. Tapi mementingkan sesuatu melebihi Dia itulah yang Dia beri teguran" kata brader pula. Kami memandang ke arah bas yang tiba. Aku membiarkan saja ia berlalu.
"Ada ramai yang mahukan tahap seperti kau. Cuma kau jangan mengalah dengan ujian di tahap ini. Kau kena kuatkan semangat dan berjuang untuk tidak turun tahap" sambung brader.
"Apa dia?" tanyaku pendek.
"Taat dan tawakal pada Nya" jawab brader pendek juga.
Sungguhpun begitu, aku MASIH kantoi lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)