Tuesday, July 13, 2010
Kita, mug dan realiti.
Ini ialah mug. Sejak dari kecik, aku diajar bahawa inilah rupa sebijik mug. Mug aku cantik. Seramik dan tahan panas. Ada sudu. Ada gambar bunga. Isiknya saja yang berubah-ubah. Kadang-kadang air milo. kebanyakannya air nescafe. Aku suka minuman yang kaw.
Tapi member aku cakap, mug tu ada telinga. Dia kata mug tu ada sudu, telinga kat tepi dan ada gambar bunga. Aku yang tak pernah tengok camana rupa telinga mug, terkial-kial la cuba nak membayangkan camana rupa telinga mug dari tepi. Dan kami akan bertelagahlah sebab masing-masing tegas dengan pendirian masing-masing pasal sama ada mug tu ada telinga atau tidak pada hakikatnya.
Datang sorang lagi member kitorang, dia ketawakan kitorang. Dia kata mug tu mana ada gambar bunga. Dan telinga tu bukan kat tepi, tapi kat depan. Dan kitorang pun main gado-gado.
Last-last, barulah kami tau bahawa kami sedang membincangkan tentang sesuatu yang sama, tapi dari sudut yang berlainan.
Dan semua aktiviti di atas, membuatkan kami terpikir bahawa, sudut pandangan peribadi kami ini, hanyalah salah satu dari spektrum yang menerangkan secebis dari keseluruhan kebenaran. Ada yang tengok dari sisi. Ada yang pandang dari depan. Ramai juga yang perasan, pandang dari atas. Dan kelamaan kami mengakui kepelbagaian perspektif ini namun, kami tetap tertanya-tanya: apakah hakikat mug ini sebenarnya? Apakah penting kita mengetahui akan sifat lahiriah mug itu sebelum mengguna seraya menghargai kebergunaannya? Atau perlukah kami mendalami ilmu pembuatan mug itu sendiri? Atau adakah mug ini akan lebih gempak jika dibuat dari stainless steel? Camana rupa telinga tu nantik? Boleh pakai sudu yang sama ke?
Tengah sibuk-sibuk hairan dengan mug, tiba-tiba si Pencipta ganti mug tu dengan mangkuk pulak.
Barulah kami tahu bahawa, jangan buang masa sangat dengan benda-benda ni sumer. Kalau banyak sangat masa, kenalilah si Pencipta itu sendiri.
Wallahu'alam
Jika hati itu raja, maka negara aku sedang tenat.
Aku risau. Penduduk negara aku nampaknya semakin ramai yang sakit perut, taun dan mati. Akibatnya, golongan yang belum sakit sudah paranoid dan mula mengomen-ngomen dan timbullah kerisaun dalam masyarakat. Anasir-anasir luar yang selama ini ditahan oleh rakyatku di pintu gate, sudah mula berani nak hulur-hulur kepala nak masuk halaman negara, dan kasi panas lagi keadaan. Mula-mula aku tak pasti kenapa. Tapi selepas berjumpa dengan guru tasawuf di raja, aku mendekati masalah ini dengan approach yang berbeza dari biasa.
Negara aku mungkin nampak membangun dan promising dari luar, tapi kat dalam, umpama sebuah kolam di mana air mengalir masuk dari arah yang pelbagai, tapi tak mengalir keluar dengan kadar yang betul sebab memang takde saluran atau saluran dah tersumbat. Akibatnya, semua benda yang dibawa dalam air masuk tadi, mendak dan berkumpul dalam kolam, menyebabkan sumber air untuk penduduk badan aku ni tercemar. Dan akibatnya macam-macamlah. Dengan kolam aku tu berbau dan menjijikkan, dengan penduduk aku yang sakit-sakit dan menggila, tak kurang juga golongan cheerleader yang tah datang dari mana ntah, tiba-tiba jer nak jadi wira rakyat dengan mengomen-ngomen pentadbiran aku.
Memang susah sebenarnya nak mentadbir negara. Dapat pulak dalam keadaan dunia tanpa sempadan, ICT dan kebebasan berfikir/bersuara ni. Yang merasa susah ialah orang yang ada rasa tanggungjawab nak melakukan sesuatu. Sebab aku tau aku kena turun padang, kumpul data, analisa, keluarkan hipotesis dan cuba solusi-solusi yang aku rasa boleh membantu. Part nak turun padang dan kumpul data tulah yang paling penting. Sebab kalau salah tanya soalan, data yang diperolehi tak berguna dan membuahkan hipotesis yang salah dan merugikan masa dan kudrat dalam mencuba penyelesaian yang takkan mengubah apa-apa. Dahlah nak melayan penduduk yang sedang sakit dan gila, disamping menahan saluran air daripada terus masuk, dan tak lupa juga nak melayan kerenah puak cheerleader yang komen banyak, tolong taknak. Last-last, penyelesaian tak berhasil pulak. Lagi kuatla sorakan puak cheerleader.
Kadang-kadang tu, nak je aku biarkan kolam ni kotor, tersumbat. Atau join puak cheerleader. Biarkan dulu penduduk aku mampus dua-tiga orang. Akhirnya mereka akan berusaha sendiri, daripada menunggu bantuan dari aku. Takdelah nak harapkan aku jer nak buat sumer. Aku taktaulah camana keadaan kolam air negara orang lain, tapi penduduk di sana nampak cam ceria dan tak banyak komplen pun. Adakah mereka sedang bagus? Atau mereka sedang berpura-pura? Ataupun penduduk tu tak taupun yang kolam air kotor itu satu masalah dan diorang dah anggap sakit itu normal?
Tapi aku bukan jenis yang macam ni. Aku jadi raja pun bukan pilihanku, tapi jika aku sudah berada di sini, maknanya aku layak dan ada kemampuan. Takkan si Pencipta tu tersilap dalam pentadbiran Nya? OK. Aku taknak mempersoal lagi. Aku nak fokus kepada menjawab jer.
Akulah yang silap sebenarnya. Mesti ada benda yang aku terlepas pandang. Ada peraturan yang aku dah langgar. Ada benda yang aku tak tau pasal menjaga kolam air negara. Maka aku kena fahami dalam-dalam masalah kolam aku ni. Mana datangnya air yang kotor tu. Camana nak bersihkan air kolam yang sedia ada dan memastikan air yang masuk juga bersih-bersih, disamping memastikan saluran keluar air ni lancar dan tidak tersumbat. Penyelesaian ini nampaknya takbley la harap "buat sekali dan bersih selama-lamanya" sebab air sentiasa mengalir masuk. Jadi aku kena buat jadual untuk audit pintu saluran masuk, mutu air kolam, peratus mendakan dalam kolam dan audit saluran keluar. Semua langkah ini, sekadar mengurangkan risiko air tercemar kepada penduduk negara aku. Yang mutlaknya, aku serah kepada ketentuan si Pencipta.
Rupa-rupanya penduduk aku yang tak masak air dahulu sebelum guna sebagai makanan atau minuman. Walaupun ni dah kira bukan salah aku, tapi aku tetap rasa bersalah. Kerana aku yang tak mengajarkan kepentingan menjaga kebersihan dan common sense. Aku assume diorang dah tau.
Rakyat aku jadi lalai kerana aku buat kerja sebagai ketua dengan bagus. Aku kena jadi jurulatih kepada mereka jika aku sayangkan mereka, bukan jadi makbapak mereka. Tapi ini bukanlah bermaksud mendedahkan mereka kepada kebebasan atau pembangunan tanpa batasan kerana kebebasan takkan dihargai atau dapat dikekalkan jika tiada kawalan. Air zam-zam yang pasti akan mengalir sampai kiamat pun Allah suruh buat perigi masa ia mula-mula keluar dulu. Samalah macam keamanan, kesihatan dan pembangunan.
Kenapa nak bersusah payah buat semua ni? Kenapa nak fokuskan kepada masalah mereka yang terang-terang puncanya akibat sikap pemalas mereka sendiri? Kenapa aku nak laksanakan tindakan pembetulan yang kekal selama-lamanya, sedangkan aku pun tak pasti sama ada selepas pilihan raya nantik aku akan tetap jadi raja atau tidak. Tentu raja yang baru ada idea dia sendiri tentang camana nak jaga kolam air negara dan apa yang aku usahakan ini akan dibuang dan digantikan begitu saja. Kenapa? Kenapi?
Kerana pada hari ini, akulah raja. Dan sekuat manapun pengetahuan, semangat dan kudratku, aku tetap akur; aku hanyalah manusia biasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)